Setelah setengah jam berlalu, Lisa masih berteleku dengan esakan yang tidak habis. Kelihatan Lisa memeluk surah Yassin dan membasahkan kubur ayahnya dengan mineral yang dibawanya. Kelihatan jelas bahukan bergerak dek esakan yang kuat.
Di perkuburan itu, Lisa masih tidak berhenti menangis. Tangisannya semakin kuat, semakin jelas. Dia sendiri tidak tahu cerita mana yang harus diceritakan kerana terlalu banyak kisah duka yang terjadi. Terlalu banyak airmata yang keluar sepanjang pemergian ibu bapanya.
Lisa mencapai telefon bimbit dari tas tanganya. Hadiah dari kakak iparnya sempena hari jadinya yang lepas. Iphone xs max yang sangat dijaga rapi. Abangnya beruntung kerana mempunyai isteri yang sangat baik, sangat menjaga maruah, sangat menyayangi abangnya dan Lisa. selalu motivate Lisa untuk kekal positive.
Semasa peristiwa itu terjadi, abangnya sudah berkawan rapat dengan Melissa. Ketika itu mereka di tahun akhir di university. Mengikut cerita Melissa, abangnya banyak membantunya dalam pelajaran. Memandangkan Melissa datang dari keluarga kahwin campur, tidak ada masalah untuk Melissa memeluk agama islam dan berkahwin dengan abangnya.
Lisa menaip di telefonnya.
- Abang, adik dah selamat sampai di kampung kita. Adik solat subuh tadi kat Masjid bandar, Adik terus ke kubur ibu ayah. Adik menangis jer dari tadi abang, entahlah, banyak sangat dosa adik pada ibu dengan ayah. adik banyak berdosa abang. Abang jangan call adik, adik tak nak cakap – Lisa tekan send sampai menangis
Tidak sampai beberapa minit, kelihatan abangnya menaip
- Alhamdulilah, adik abang dah selamat sampai. Pelukkan mereka untuk abang. Abang dah cakap banyak kali, Allah itu Maha Mengampun. Maha Memberi ujian, Maha Melihat semuanya. Jadi semua itu ujian, adik terpilih . Abang dah lama redha dengan apa terjadi, cuma adik kena move on. Abang harap sangat adik move on, pls dik –
Lisa seen text tu, tapi tidak mampu untuk membalasnya. Bagaimana harus dia membalas kepada abang yang sangat baik budinya, abang yang senantiasa membuatkan dia hilang duka, abang yang sanggup berganti nyawa kerana seorang adik yang banyak menyusahkannya.
Sebelum bangun, Lisa meninggalkan message kepada abangnya.
- Adik sayang abang dunia dan akhirat - dengan emoji menangis
Lisa tidak lagi menunggu abangnya membalaskan message. Dia perlahan beredar dari perkuburan ayahnya. Selamat tinggal ayah, Lisa akan datang lagi nanti. Lisa janji, Lisa berkata di dalam hatinya.
Lisa mengesat air matanya, dengan air mineral water yang masih ada, dia membasuhkan mukanya. Dia mengemaskan tudungnya, membetulkan seluarnya, juga menyapu tanah yang melekat pada punggungnya.
Share this novel