Chapter 3: pertemuan kedua

Short Story Completed 16713

“mak Ngah kerja kat banglo family yang besar kedabak ni larat ke??"

pertanyaan Bidadari membuat Mak Leha tersenyum.“larat je,Ari.Datin sentiasa membantu"Bidadari lega lalu duduk di sofa mewah itu.“hish,tuan rumah tau ke Ari datang ni,mak ngah??"

“Dato' tak ada dekat rumah.dia ada urusan bersama Datin.yang tinggal anak lelaki dia dan cucu dia.dua lagia anak dia berkerja dan belajar.mana pula anak dia dan cucu dia.rasanya pergi taman lah tu"Mak Leha tau Bidadari tidak suka ke rah orang tanpa kebenaran.

“baguslah macam tu.mak Ng...''

“Assalamualaikum!!"

“hah, panjang umur''Mak Leha tersenyum lalu ke pintu utama.“Waalaikumusalam."

“Mak Leha,anak saudara Mak Leha dah datang eh?"tanya Khairul.Mak Leha mengangguk.Ara masuk kedalam rumah.

“Kak Ari??"

Bidadari yang meneguk air oren itu memalingkan muka.dia meletakkan cawan itu “Ara?"

“Ari kenal Ara??''tanya Mak Leha.Khairul melihat anak saudara Mak Leha.hummm....boleh tahan lawa budak ni.

“haah,tadi Ari nyaris nak langgar budak ni sebab main lari lari kat jalan."Bidadari tersenyum.dia sudah tidak selesa kerana Khairul melihat nya macam nak makan dia.

“ha,ni anak lelaki tuan rumah.nama nya khairul.khairul, perkenalkan,ni Bidadari,anak saudara Mak Ngah."

Bidadari menghulur senyum manis.Khairul membalas dengan senyuman nipis.“papa,boleh tak Kak Ari jadi mama Ara??"

Bidadari yang sedang minum itu tersedar dan terbatuk-batuk.Khairul membutang mata mendengar kata-kata Ara.

“Ara!kenapa cakap macam tu?"

“yelah, Ara suruh papa cari mama tak nak.ha,biar Ara tolong carikan.takkan papa nak Khawin dengan nenek tua kot"Ara meneguk air oren.

Bidadari rasa nak cabut lari je dari rumah ni.ya allah...kenapa ada soalan cepuk emas macam ni??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience