Chapter 17:kerana sayang

Short Story Completed 16713

(dua hari lepas...)

“Bad, kenapa muka bini aku sama macam muka mak kau masa muda?"Khairul merenung tajam ke arah lelaki itu.tertelan air liur Badrul dibuat nya.aduh!!apa harus dijawab ni....

“errr....mana aku tau.. ''

Khairul tersenyum senis.satu fail ditunjukkan.‘‘fail ni bagai kan bukti semua nya terungkai"fail itu dicampakkan tepat depan mata Badrul.“aku tak sangka bini aku itu yang aku harap jangan ada kaitan dengan Balqis akhirnya terjadi.aky tak sangka, Bidadari rupanya adik kau dan Balqis.kalau aku tau....''khairul tersenyum penuh misteri.Badrul menelan air liur.

“jangan Khai,jangan hukum dia.dia...dia tak salah.yang salah kan Balqis...''badrul mulai takut.dia tau, Khairul berdarah dingin.dia cepat melenting dan cepat marah bila sesuatu yang dia tak inginkan.sudah,perkara sudah berlaku.masa mana boleh putar kan??“kau nak halang macam mana sedangkan adik kau tu dulu buat aku macam mana??kau fikir,aku akan biarkan macam mana adik kau buat kat aku dulu??''Khairul melenting.

“aku tau.tu salah Balqis.bukan salah Bidadari.jangan hukum orang tak bersalah.baik kau lepaskan sahaja.''pinta Badrul.Khairul ketawa senis.“kau ingat aku bodoh.tunggu dan lihat sahaja apa yang terjadi."Khairul merampas fail itu dan berlalu.

Khairul terus ke lif tanpa perduli dengan kawannya itu.aku tak jahat....tapi...apa adik kau buat kat aku,tak akan aku biarkan macam tu je....sakit hati aku masih wujud dalam hati ni.takkan aku biarkan macam tu je....

(sekarang..)

Bidadari diletakkan di atas katil king.Bidadari masih nyenyak ketiduran.tidak sedar dirinya diangkat oleh Khairul.Fail yang diberikan tadi diselitkan di sebalik tangan Bidadari.Khairul menarik nafas lemah.dia tidak percaya perasaan ini..

Dia cuma mahu Bidadari menjadi ibu asuhan Ara.tidak lebih dari itu.khairul mengelang.dia benci sekali perasaan ini.ya.dia benci.terlalu benci.selama ini,dia memang terlalu takut pada perasaan sendiri.sama ada benci atau sayang.dia tak mahu dia akan menerima nasib yang sama macam dia bersama Balqis.

Khairul merebahkan badan di sebelah Bidadari.dia mengiring menghadap Bidadari.dia menelik wajah Bidadari.tak sangka bini aku ni cantik lah.tidur pun cantik,malu lagilah... hehehe....Khairul menarik nafas lemah.tak sangka kau dah rampas hati aku Bidadari....

kalau tak sayang lah...lama kau jadi mangsa marah aku.dia menarik pinggang Bidadari.rapat ke badan nya.tidur dulu....

??????

“Bad,kalau lah mama tau tadi,mama culik dia."Lina menangis tersedu sedan.Badrul membisu.“rasanya dia kat mana??tempat mana dia pergi??''

Bahu Lina digosok perlahan.“mama jangan risau.Bad dan Kimi akan pastikan kedudukan dia selamat."

“terima kasih, Badrul."

Badrul memalingkan muka ke arah Hakimi dan Kamilia

“apa rancangan kau lepas ni,bang??"tanya Hakimi.Badrul merenung Kamilia.“Alia,kau cari maklumat latar belakang dia dengan aku.kau kimi,awasi je pegerakan Ari.aku nak pastikan Khairul tak apa apa kan Ari"

“baik!!''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience