Rate

Prolog

Romance Series 4044

Hannani terus menuju ke meja di hujung sekali. Tersembunyi sedikit. Kalau member nampak dia minum kat sini dengan mamat ni, malu beb! Confirm kena bahan punya.

Sebenarnya dia pelawa mamat ni minum atas sebab sudah tiga kali diselamatkan mamat ni. Ya, mamat yang sama. Kalau tidak.. hm.. hye-hye, bye-byelah. Bukan Hannani berkenan sangat dating ngan lelaki ni. Tapi.. tidak belanja minum nanti dilabel tidak kenang budi pula. Lagi haru.

Mata Hannani merenung tajam lelaki dihadapannya. Pemilik rambut yang kemas terpacak. Alis yang lebat bersama sepasang mata bundar yang bersinar. Hidung sederhana mancung juga dua ulas bibir yang kemerah-merahan. Punya lekuk lesung pipit di sebelah kiri yang mampu mencairkan hati wanita. Mungkin. Tetapi bukan Hannani.

Muka memang kacak, tapi dalam kita tak tahu. Dan tidak sudi mahu ambil tahu pun! Lelaki zaman sekarang, bukan boleh percaya sangat. Mulut sahaja manis tapi perangai.. huh! Hampeh! Bukan semualah. Ada je lelaki yang baik-baik. Contohnya abang dan adik Hannani. Ceh! Puji adik beradik sendiri.

'Seram pula mamat ni. Duk tersengih sorang-sorang. Ee.. gila kot dia ni. Ke mat gian? Eh.. astaghfirullah. Merepek je.'

Hannani menepuk meja perlahan, menyedarkan lelaki di hadapannya dari lamunan. "Dah puas tengok?" Lelaki itu menggelengkan kepala sambil tersengih.

"Dahlah sengih macam orang gila." Kutuk Hannani terus terang.

"Biarlah senyuman saya kan manis. Manis seperti gula." Ek eh, pandai menjawab!

"Hmm.. apa-apa jelah. Nak minum apa?" "Apa-apa pun okey. Saya minum je." Bibir masih tersenyum. Merenung seraut wajah yang mendebarkan hati. Wajah yang suka menyembunyikan senyumannya. Tetapi sekali tawanya pecah, mampu mencairkan hati miliknya. Sekali pandang, hati hanya berkocak Tetapi bila sudah empat kali bertemu, haih! Jantung sudah berdegup tidak senada.

"Betul tak kesah?" Hannani jongketkan kening. Hehe.. idea sudah datang menyapa.

Hariz anggukkan kepala. Mata masih terpaku, namun telinganya masih tajam menangkap butir bicara wanita di hadapannya. Asyik sungguh mata memandang anak dara orang, haih.. mana tak jatuh cinta! Mata sudah hantar signal pada hati supaya jatuh cinta! Matanya jatuh pada wajah wanita itu. Wajahnya memang cantik tapi tidaklah cantiknya luar biasa. Lesung pipit di pipi Hannani benar-benar menggetarkan hati lelaki. Tapi dia tidak pasti apa yang istimewa. Kenapa Hariz boleh terpaut?

Hannani luruskan tangan. Jemarinya dilambaikan, memanggil pelayan. Sekejap sahaja, pelayan itu sudah di hadapan mata. "Bagi saya Nescafe O panas dua. Satu cawan tak perlu letak gula ya," Hannani tersenyum manis.

Erk, biar betul pelanggan ni! Pahit kot! Hannani mengangguk, meyakinkan pelayan tersebut tentang pesanannya. Pelayan itu terus berlalu pergi membawa pesanan aneh dari Hannani.

"Eh, bak sini kad pengenalan." Pinta Hannani.

"Nak buat apa?" Dahi Hariz berkerut tanda hairan. "Nak ceklah. Entah-entah awak ni penjenayah yang dikehendaki ke apa ke."

"Eh, mana ada!" Tangannya menyeluk saku seluar. Kad pengenalan yang tersimpan rapi dalam dompet dikeluarkan. Tak sempat nak hulur, Hannani sudah rampas. Haiya.. ganas betul.

Oh! Hariz namanya. Sedap. Hariz Aqhar.

Hannani menghulurkan semula kad pengenalan Hariz. Dua cawan Nescafe O sudah terhidang di atas meja. Hannani tersenyum ke arah pelayan tadi, sebelum dia berlalu pergi. Kerja banyak lah tu.

"Tunggu apa lagi? Minumlah," Ajak Hannani.

"Er.. asal saya punya tak ada gula?" tanya Hariz kebingungan.

"Sebab.. awak kata senyuman awak dah manis macam gula. Kat situlah gulanya. Tak gitu?"

Senyuman boleh ganti gula dalam Nescafe? Ala.. Hariz kau layankan jelah. Bibirnya didekatkan ke bibir cawan. Menyisip sedikit air Nescafe O khas untuknya.

"Sedap tak?" Hannani menanti ekspresi muka Hariz yang sepatutnya kelat. Tapi.. tak ada pun. Selamber je.

"Sedap je." Hannani menayangkan muka tak percaya. Guna ilmu apa mamat ni?

"Kan saya dah kata senyuman saya manis bak gula. Awak honey dan saya gula. Manisnya tidak terkira. Sesuai sangat. Tak gitu?" Hariz tergelak kecil sebelum menghadiahkan kenyitan mata pada Hannani.

Kenyitan mata yang sungguhnya telah mengundang debar di dada seorang Hannani. Mamat gila ni..

Kenyitan mata yang mampu membuat Hannani jatuh cinta~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience