Rate

1

Romance Series 4044

Hannani baringkan kepala di atas paha Puan Hanna. Rindu pula hendak bermanja dengan ibu yang bersusah payah membesarkan mereka tiga beradik setelah kehilangan ayah tersayang.

"Haih.. anak ibu ni termenung pula. Ingat kan pakwe ke?" tanya Puan Hanna. Pening kepala fikir jodoh anak sendiri. Umur sudah pertengahan dua puluhan. Calon? Haram seorang pun tak ada. Perasan muda sungguh! Padahal sudah layak jadi mak orang.

"Ala ibu ni. Hani kan muda lagi. Apa pakwe-pakwe ni? Tak sukalah." Rengek Hannani manja.

"Muda Hani kata? Umur tu dah sepatutnya jadi mak orang tau?" Hannani tadah sahaja telinga mendengar bebelan si ibu. Tidak fasal-fasal tidak bau wangi syurga kalau melawan.

"Ibu, jodoh belum sampai lagi Nanti dah sampai Hannani kahwinlah."

"Macam mana nak sampai kalau kamu tak mencari?"

"Ada hikmah tau bu kalau jodoh lambat. Hani ada peluang jaga ibu. Itu kan tanggungjawab Hani sebagai anak. Suruhlah Izlan kahwin dulu. Kan? Okay bye ibu.."

Hannani pantas bangun dari sofa. Kaki diatur naik ke atas bilik.

"Lah.. baru cakap sikit. Dah merajuk.." Tak sampai beberapa minit, Hannani turun dengan lengkap berpakaian untuk keluar. Tangan ibunya dikucup perlahan sebelum dia bergerak ke arah pintu, "Ha.. nak ke mana tu?" "Hannani nak keluar jap, ibu. Nak ambil angin."

Puan Hanna hanya mengiyakan. Hannani keluar dari rumah dan terus berjalan ke taman. Langkah dilajukan. Ingin menenangkan fikiran yang berserabut.

Kahwin, kahwin, kahwin! Perkara yang mudahnya dapat membuat hati Hannani gundah gulana. Ingat senang nak cari calon suami? Kang dapat yang panas baran, yang kaki pukul? Tak ke haru tu?

Nyaman sungguh udara segar di sekelilingnya. Baru tenang sedikit hatinya. Langkah diperlahankan namun kaki terus melangkah tanpa tujuan.

Pandangannya terpaut pada sepasang suami isteri yang sedang bergurau senda di taman. Tampak mesra sekali. Di antara mereka berdua ada seorang anak kecil yang menjilat aiskrim.

Entah dari mana, perasaan cemburu menerpa dirinya. Bukan sebab lelaki tu ex dia ke apa. Cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antara dua insan. Dia juga ingin begitu.

Tetapi masih tidak ada cinta yang bertandang di hatinya. Cinta? Apa yang Hannani faham tentang cinta? Cinta itu satu bebanan dan sangat menyusahkan. Buktinya, berlambak teman-temannya terperangkap dalam cinta remaja. Dari zaman sekolah menengah, sampailah universiti. Yang bagusnya, dialah kaunselor cinta tidak berbayar mereka. Pelik. Tidak pernah bercinta, tetapi boleh jadi kaunselor cinta. Bak orang melayu kata, Single gives the best love advice. Ek eh? Betul ka?

Kadang-kadang Hannani hairan. Mudah sungguh orang jatuh cinta. Pandang pertama kononnya. Pertama, minat-minat gitu. Lama-lama jadi couple. Tak sedar ke? Couple itu haram tapi couple mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin! Kalau nak berhubungan, kahwin teruslah. Itu pun kalau berani masuk meminang. Nak jaga anak orang. Jangan nak jadi pengecut sangat! Ececeh.

Habis tu? Hannani ni kenapa? Masalah pada Hannani pula. Jodoh masih tak ada lagi.. nak buat macam mana.

"Apa nak jadi.. apa nak jadi.. sampai sekarang tak kahwin lagi.." Nyanyian kecil meniti di bibir.

"Macam mana nak kahwin? Calon pun tak ada lagi." keluh Hannani sendiri. Sambil kaki melangkah, mata Hannani liar melihat manusia yang berada di taman. Senyuman terukir saat matanya menyapu wajah seorang lelaki. Agak kacak di pandangan mata.

"Astaghfirullah, apa ni Hani? Jaga pandangan mata! Menggatal je kerjanya.." Pipi sendiri ditampar. Sedar khilaf diri.

Daripada mengumpul dosa stalk anak orang, baik aku dengar lagu. Earphone yang sudah bersambung dengan telefonnya, dilekapkan ke telinga yang diselindung di balik tudung. Laju tangannya menekan butang 'play' pada telefon bimbitnya.

Tubuh dan kepala Hannani sedikit terhinggut-hinggut mengikut alunan muzik. Syok sendiri walau dah macam minah gila orang tengok. Langsung tidak toleh kiri kanan. Apa ada hal? Asalkan hati dia senang.

Sedar tak sedar, dia menyusuri kawasan rumah pangsa lima tingkat. Tanpa sedar ada seorang lelaki sedang melangkah menghampiri.

Hannani yang tidak tahu apa-apa bergerak menuju ke kedai runcit berhampiran. Nak makan aiskrim. Jealous tengok budak kecil tadilah tu..

Lelaki itu semakin cemas menghampiri.. sekejap-sekejap lelaki itu memandang pada tubuh Hannani. Hannani langsung tidak menyedari. Masih leka dengan alunan muzik di telinga. Aduh.. Hani oi..

Sepantas kilat lelaki itu menolak tubuh kecil Hannani. Tubuh Hannani terkehadapan. Rasa melayang seketika..

Buk!

Hannani jatuh tertonggeng. Perit rasa lututnya jatuh begitu. Serentak itu sebuah pasu bunga terhempas di belakang Hannani, pecah berderai.

Lelaki itu menarik nafas lega. Mujur dia sempat menolak wanita di hadapannya. Kalau tidak pasti sudah berlumuran darah di sini. Dia menggelengkan kepala, "Kenapalah letak pasu bunga kat beranda tu. Dah tahu rumah tinggi, nak juga gantung pasu macam tu."

Matanya jatuh pada wanita yang ditolak sebentar tadi. Hannani masih terduduk. Kaku. Apa sudah jadi?

"Awak tak apa-apa?"

Terkejut. Mata dikecilkan. Mamat mana pula ni. Bingung. Macam mana dia boleh jatuh? Rasa macam kena tolak je. Hannani sempat berteka-teki dalam hati.

Hannani menggumam, 'apa?'
Dia lihat lelaki tadi berkata sesuatu tapi tidak difahami. "Awak cakap apa ni?" bentak Hannani.

Lelaki itu gelengkan kepala. Tangannya dipanjangkan, lantas jemari mencabut wayar earphone milik Hannani. "Erk, patutlah tak dengar. Tak tanggal earphone rupanya."

"Tahu pun. Lain kali jangan leka sangat. Bahaya depan mata pun tak sedar." Pesan Hariz.

"Bahaya? Kau yang tolak aku tadi?" Mencerlung bebola matanya menjamah wajah lelaki di hadapannya.

"Memang saya yang tolak, asal?" Selamba badak sahaja Hariz mengaku.

"Kau ni kenapa tolak orang tak tentu pasal?"

Hariz tepuk dahi. Naik geram juga layan minah di hadapannya. Bukan hendak berterima kasih , siap marah-marah lagi. Namun bibir Hariz masih menguntum senyum. Tidak ikhlas sebenarnya.

Dengan nada yang terlalu sinis, selamba sahaja dia berkata, "Helo cik adik, cuba awak toleh ke belakang. Awak nampak tak pasu yang pecah tu?"

Sarah mengalihkan pandangan. Lambat-lambat dia mengangguk, menjawab soalan Hariz.

"Kalau saya tak tolak tadi, agaknya dah pengsan awak kena hempap pasu bunga tu." Ujar Hariz. Bibir masih terhias cantik dengan senyuman sinis miliknya.

Sarah? Sarah malu sendiri. Malu seh! Orang dah tolong, boleh pula dia marah-marah. Bijak betul! "Er.. okay fine. Thanks."

"You're welcome. Awak okay tak? Nak saya tolong?" Tangan dihulur, niatnya mahu menolong.

"Tak apa. Saya bangun sendiri." Dia cuba bangun walaupun lututnya terasa sakit.

"Betul ni tak nak saya tolong? Saya ikhlas ni."

Laju Hannani menggeleng, "Tak nak, tak naklah. Mana boleh bersentuhan lelaki perempuan tanpa lapik! Haiya.." Geram Hannani dibuatnya.

Sekali cakap tak nak dengar. Ada yang makan pelempang petang-petang ni kang.

Hariz terdiam. Terus dia buat keputusan untuk beredar. Daripada kena halau, baik dia pergi dengan rela hati.

"Tak apalah. Saya gerak dulu. Semoga berjumpa lagi. Bye bakal suri hati." Langkah diatur meninggalkan Hannani tercengang.

Jumpa lagi? Memang tak nak aku! Suri hati? Apakah? Dalam hati sempat juga Sarah mengucap syukur. Macam mana dia boleh leka? Kalau tidak ada mamat tu, tidur hospitallah jawabnya malam ni. Kalau tidur hospital, kalau tidur kat kubur? Astaghfirullah..

"Hish, taubat lepas ni aku tak nak dengar lagu masa berjalan!" Earphone dan telefon bimbitnya cepat-cepat disimpan ke dalam poket seluar. Langkahnya diatur perlahan. Lututnya sakit dan pedih. Apalah nasib... betul-betul teruk harinya hari ini.

Keluar berjalan hendak tenangkan diri, sudahnya dapat penyakit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience