Itulah saat perkenalan aku dengan Skylar . Baru aku tahu kenapa dia panggil aku Uncle. Usianya yang baru menjengah 18 tahun. Muda kan? Beza dengan aku hampir 10 tahun. Dia nak cari dui poket. Katanya bosan nak tunggu keputusan SPM. Dari buang masa baik bekerja. Boleh dapat duit.
Citarasa kami banyak yang sama. Dan yang paling aku sukai adalah hobi kami yang menggemari novel. Ha, jangan tak percaya. Aku sendiri pelik bagaimana boleh jatuh cinta dengan novel. Yang aku tahu sejak aku terbaca novel "Cinta Pertama" karya Norhayati Berahim. Aku dah terus sukakan novel. Novel tu pun sebenarnya aku jumpa di bilik kerjaku. Mama yang tersalah letak. Dan akhirnya novel itu setia menjadi penghuni tetap bilik kerjaku.
Tak sangka juga aku dan dia sekepala. Memang aku suka berkawan dengannya. Aku ulang… "KAWAN". Tapi, aku tak tahu kenapa akhir-akhir ini ada satu rasa lain yang membuai perasaanku. Pelik.
"Uncle… dah habis kerja?" soal Skylar ketika memasuki bilikku. Aku menjeling jam di tangan. Hampir pukul enam. Hurm, cepatnya masa berlalu.
"Eh,Sky dah pukul 6 ni.. tak balik lagi?" Aku pula yang bertanya. Skylar dah pun duduk di hadapanku.
"Orang tanya dia, Uncle Am soal kita balik. Hish, kena luku kang," bebel Skylar . Ini juga kegemaranku. Kata-katanya adalah penyeri hari-hariku. Sungguh, apakah aku sudah angau?
"La, kalauSky tengok Uncle ada kat sini maknanya tak balik lagi la tu," Aku sendiri dah membiasakan namaku sebagai Uncle.
"Eei.. kalau Uncle tengokSky ada kat sini maknanya tak balik lagi la juga," Dia mengajuk percakapannku. Tersengih sambil mengangkat dua jari tanda peace. Aku akui dia memang comel.
"Erm, Uncle Am dah baca? Hlovate?" soalnya lagi.
"Hlovate? Which one?"
"Ala yang ada tulis… All boys are stupid, some men too…" Dia tersengih. Keningnya juga aku rasa sengaja dijungkitkan. Ha.. dah mula la tu. Mesti kes nak berperang.
"Oh.. 5 tahun 5 bulan, am I right?"
"Ha.. very the one! So?"
"So? Apa?"
"Ala Uncle Am ni lampi la…"
Digelarnya aku lampi? Haishh dia ni memang la.. memang tak sayang mulut. Dari awal perkenalan hingga sekarang dah pelbagai jenis perkataan keluar dari mulut comelnya. Lampi, sengal, tbb … haishh anak muda sekarang ni aku rasa dah terlebih advance tentang bahasa.
"So.. tak ada komen ke?"
"Komen? Untuk yang mana? The novel or your words?" Aku tau sangat dah, dia mesti nak berdebat pasal ayat tu. Ala yang itu…
"Erm, dah tentu yangSky cakap tadi. Betul kan, all boys are stupid?"
"Ewah-ewah, sedap je ngata. Ni depan ni boys tau.."
"Ek? Bukan man ya?’ giat dia lagi. Akhirnya tawaku meletus. Tu la perasan lagi yang aku ni muda.
"KenapaSky ? Selalu jumpa ke boys ni?
Skylar tersenyum simpul. Manis sekali. "Entahlah Uncle, tapi kan masa kat sekolah dulu memang ramai kawan lelaki yang bajet bagus. Tapi semuanya haram tak guna. Sebab tuSky rasa ayat tu memang sesuai sangat-sangat.."
Aku hanya tersenyum. Hakikat itu aku tak nafikan. Memang benar yang budak lelaki ni kan lambat matang dari perempuan. Slow ya amat. Sebab itu kadang-kadang buat perangai yang bukan-bukan je. Zaman sekarang ni pun bila dah membesar, boleh tengok entah berapa kerat yang betul-betul jadi orang. Yang lainnya, bersepah di jalanan jadi sampah.
"Tak semua macam tuSky , manusia kan lain-lain,"
"Hurm.. ya la tu. Tapi yang banyaknya macam tu la.." omelnya lagi.
"Ha dah laSky , jom kita balik. Uncle hantar…"
"Hehe.. memang la.. siapa lagi yang nak hantar kan…" Skylar bangun. Beg galas disandang. Aku juga turut bangun. Dah macam pemandu pula, hari-hari aku hantar Skylar pulang. Memang meletihkan tapi aku tetap suka, kenapa ya?
Share this novel