Pagi tu masa aku tengah tekun meneliti laporan kewangan syarikat, tekak aku rasa lain macam. Asyik dahaga je. Nak minta Kak Rose buatkan air, kesian. Ibu mengandung, tak elok susahkan dia. Lagipun setakat air Nescafe tu, ambil je 3-in-1, masuk air panas sikit dah siap. Tanpa berlengah aku mengatur langkah ke pantry. Sampai di muka pantry aku dah terbau aroma yang sungguh mengasyikkan. Erm nak kata bau Nescafe bukan sebab terbau macam Milo juga. Hurm, apa ya?
"Kamu buat air apa?"
Gadis itu berpaling tanpa sempat aku beralih. Dia terdorong menghadapku. Mug yang dipegangnya tanpa disengajakan tertumpah, aduh… air dah tumpah dan tali leher aku yang jadi mangsanya. Mataku dah bulat. Baru pagi ni la aku nak merasmikan tali leher baru ni.
"Opss sorry… sorry Uncle. Saya tak sengaja.."
Aku dah menggelengkan kepala. Habislah… eh, wait a minute. What she called me? Uncle? Aku tua sangat ke? Segera aku berpaling pada wajah gadis di hadapanku. Meneliti raut mukanya.
"I’m so sorry. Saya tak tahu Uncle ada kat belakang tadi.." suara gadis itu kedengaran agak cemas.
Aku dah tak tahu nak cakap apa. Bukan pasal tali leher yang dah bau macam Nescafe campur Milo ni, tapi… Uncle???
"Far… napa?" soal Kak Rose . Entah dari mana muncul, tadi aku lintas nak ke pantry dia tiada di meja.
"Tak…Sky terkejut tadi. Tu yang tertumpah Neslo. Erm, kena pada Uncle ni.." gadis yang digelarSky itu menjawab.
Aku lihat Kak Rose terpana. Direnung wajahSky dan aku silih berganti.
"Uncle? MaksudSky … Encik Raeed ya?" soal Kak Rose . Dia kulihat dah mengulum senyum, mesti rasa kelakar aku digelar Uncle! Aduh, tua ke aku ni?
"Ha… ye2, kena pada Uncle Raeed ni. Eh jap, pe Kak Rose bilang tadi? Encik Raeed ? That means…" Otakku cuba mencerna maksudnya tapi gagal. Yang kulihat Kak Rose dah menganggukkan kepalanya.
"Opss sorry again Uncle.. eh bukan Encik Raeed ,"
Kak Rose tersengih lagi. Hatiku dah berubah rentak. Mana taknya, aku yang macho ni digelar Uncle. Haishh… budak ni memang tak sayang mulut.
"Maaf ya Encik Raeed . Dia baru masuk kerja hari ni. Nama dia Skylar yang ganti kerani kita tu, si June…" Kak Rose membuka cerita.
"Ooo.. ok.." Tali leher telah aku rungkaikan. Yalah tak akan nak pakai yang dah berbau. Otak dalam pada itu cuba mencari di mana aku campak tali leher pemberian Nisha, model dan juga teman lamaku.. erm, ole-ole dari London.
"Biar saya cucikan tali leher Un..unc.. erm Encik Raeed ," Tengok tu! Si Skylar ni asyik tersasul je. Uncle la tu yang dia nak sebut tadi.
"Ha.. betul tu Encik Raeed . Beri saja padaSky , dia akan bersihkan," Kak Rose pula menyampuk.
Tali leher kemudiannya dah beralih ke tangan gadis ni. Ringan pula aku beri pada dia. Macam dah kenal lama. Aku berkira-kira nak balik ke bilikku. Tapi…
"Erm… rasanya tadi Encik macam nak minum kan? Tak apa saya tolong buatkan…"
Kata-kata itu yang membuatkan langkahku terhenti. Aku berpaling.
"Erm.. tolong hantar ke bilik saya," Tanpa menunggu jawapannya aku dah bergerak keluar dari pantry. Dan sayup-sayup aku dengar tawa yang meletus dari pantry. Hurm, dah agak dah…
Share this novel