Rate

JSM1

Romance Series 2856

Kaki melangkah menuju ke pagar gerbang sekolah.

"Tahun baru ,bulan baru ,hari baru dan semestinya sekolah baru". Ayat itu meniti di bibir mungil Safiyyah Maisarah.

Setiap tahun Safiyyah Maisarah atau lebih di kenali sebagai Fiyyah akan berpindah sekolah demi sekolah luar dan dalam negara,maklumlah ayahnya bekerja sebagai 'Digital Marketing'. Paling lama setahun paling sekejap sebulan.

Mak? Dah lari ikut jantan lain sebab tak sanggup nak hidup dengan lelaki yang asyik outstation. Tinggalkan Fiyyah sendiri di rumah dan keluar bersuka ria dengan jantan lain. Sakit? Ya mula mula dulu memang rasa sakit tapi bila masa berlalu rasa sakit tu bertukar kepada tiada rasa apa apa.

Hampir setahun mak Fiyyah curang tanpa pengetahuan ayah. Bak kata pepatah sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Malam sebelum rahsia terbesar mak terbongkar kami seperti biasa akan menjamu selera bertiga di meja makan tapi dengan tiba tiba telefon mak minta di angkat, mak apa lagi gelabah lah sudah lah phone tu berada di sebelah ayah. Ayah yang sibuk menjamu selera memandang sekilas nama pemanggil itu, alangkah terkejutnya ayah apabila melihat nama tertera di situ 'baby'.

Start dari malam kejadian itu mak dan ayah sudah tidak bertegur sapa, ayah sibuk dengan kerjanya mak dengan halnya manakala Fiyyah pula terabai. Sebulan selepas tu mak minta cerai, ayah dan mak pun bercerai atas  pertujuan masing masing. Ketika itu Fiyyah baru berusia 8 tahun tapi keluarganya sudah porak peranda.

Pembesaran Fiyyah tidak sama dengan kanak kanak lain, hanya dapat layanan sebaiknya ketika tadika dan darjah satu. Di saat pelajar lain di jemput oleh ibu dan ayah mereka Fiyyah hanya dapat melihat dari jauh.

Luka yang berdarah Fiyyah simpan rapi tidak mahu orang lain turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya, cukup dia saja yang rasa. Tutup kesedihan dengan kegembiraan? Ya itulah cara Fiyyah.

.

.

.

Jam tangan di jeling, sudah lewat 2 minit,waktu sekarang sepatutnya Fiyyah sudah berada di dalam kelas memperkenalkan diri tapi boleh pula dia sesat.

Dari bangunan ke bangunan, tingkat ke tingkat tapi batang hidung kelasnya pun dia tidak jumpai.

"Ni lah salah satu aku malas nak pindah sekolah, sesat". Rungutnya sendiri sambil mata melilau mana lah tahu ada kelibat pelajar lalu kawasan dewan pelajar bolehlah dia minta tunjuk arah ke kelasnya.

Setiap kali ke sekolah baru pasti akan sesat tak kira lah sekolah besar ataupun kecil.

Salahnya juga tadi selepas ke pejabat, cikgu menawarkan diri untuk membawan dia ke kelas tapi dia tolak atas alasan dia mahu bersiar siar,oleh sebab ketika itu masih awal cikgu pun mengizinkan.

   "Eh, buat apa kat sini?". Seorang pakcik pertengahan umur menegur Fiyyah yang masih mencari jalan ke kelas.

Dari segi pakaian pasti pakcik ini seorang security.

  "Saya cari jalan nak ke kelas 5 Permata, pakcik". Balas Fiyyah sopan.

Rezeki lah dapat jumpa security di sini kalau tidak rehat pun belum tentu dapat jumpa kelas. 

  "Ikut pakcik biar pakcik bawa pergi kelas kamu". Senyuman tidak lekang di bibir pakcik itu menambahkan karisma yang tinggi terhadap dirinya.

  "Pasti kamu ni pelajar baru kan?". Pakcik itu memulakan bualan antara mereka.

"Ya, baru harini masuk". Balas Fiyyah sambil melempar senyuman kearah pakcik.

Hampir 3 minit berjalan akhirnya Nur sampai ke tingkat 2 bangunan dan kini dia berada betul betul di hadapan pintu kelas 5 Permata.

   "Assalamualaikum". Sapa pakcik sambil mengetuk pintu.  Fiyyah cuma berdiri bersebelahan pakcik itu menjadi tugu negara.

    "Waalaikumsalam". Balas cikgu wanita ketika membuka pintu.

  "Eh, pak Hamid Buat apa kat sini?". Tanya cikgu itu lagi.

Siapa saja tidak kenal Pak Hamid, security yang paling lama berkhidmat dekat sini, hampir 16 tahun. Fiyyah tahu pun sebab Pak Hamid yang beri tahu dia tadi.

  "Ni Fiyyah, dia sesat tu yang Pak Hamid hantar". Balas Pak Hamid sambil menunjuk diri Fiyyah di sebelahnya.

  "Oh, Fiyyah ya? Sini masuk". Cikgu wanita itu menjemput Fiyyah masuk ke dalam kelas. Fiyyah pun masuk ke kelas barunya, malu? Oh sudah tentu.

  "Kalau macam itu, pakcik pergi dulu lah ya, Fiyyah belajar rajin rajin". Nasihat Pak Hamid dan dia pun berlalu pergi.

Semua mata kini tertumpu dekat dirinya,Fiyyah hanya menunduk buat tidak tahu, sempat tadi dia kerling kelas itu, cantik kemas itu lah perkataan yang dapat di gambarkan. Jarang jumpa kelas cantik dan kemas apa lagi kalau pelajar lelaki lebih ramai berbanding perempuan.

  "Fiyyah pergi lah duduk kat tempat kosong". Cikgu wanita itu memberi arahan kepadanya.

Perkenalkan diri? Dah ketinggalan zaman, lagi satu sekarang waktu belajar tiada masa nak kenalkan diri segala.

Fiyyah hanya mengangguk dan menuju ke meja paling belakang sekali sebab dekat situ saja terdapat meja kosong.

  "Cikgu berhenti dekat mana tadi?". Tanya cikgu wanita itu kepada pelajarnya. Dan mereka pun kembali meneruskan pembelajaran.

Hampir setengah jam cikgu itu mengajar akhirnya habis juga, keluar saja cikgu hampir semua gadis di kelas ini melihatnya dengan muka menjengkelkan manakala lelaki pula sudah bermain bola sepak menggunakan kertas.

"Apa pula kali ni?". Bisik Fiyyah pada diri sendiri.

   "Nama awak siapa?". Gadis cantik yang duduk di meja depannya memusingkan kerusi lalu menghadapnya.

  "Safiyyah Maisarah binti Ahmad Sufian boleh panggil Fiyyah". Fiyyah mengenalkan diri tanpa menghiraukan mata helang gadis gadis di kelasnya ini.

  "Oh, hi. Nama saya Hanis Zulaika awak boleh panggil kita Anis". Gadis ramah ini memperkenalkan diri.

  "Kebetulan tadi saya ada bawa majalah sekolah tahun lepas, nah awak baca lah". Majalah sekolah kini bertukar tangan.

  "Anis meja sebelah awak tu kosong ke?". Tanya Fiyyah.

Sebenarnya ada 3 meja kosong dalam kelas ni sebelah Anis satu dan sebelah Fiyyah satu. Kalau meja sebelah Anis kosong dia mahu pindah ke situ.

  "Eh tak lah, pelajar ni ada latihan tu yang kosong kejap lagi pasti dia datang". Terang Anis panjang lebar.

Fiyyah hanya mengangguk dan kembali menilik majalah sekolah yang di beri oleh Anis tadi.

Siapa sangka sekolah ini mempunyai atlet bola keranjang yang merangkap ketua pengawas 4 tahun berturut turut. Punya lah tamak pelajar itu, menjadi atlet bola keranjang 4 tahun menjadi ketua pengawas 4 tahun.

  Ahmad Amar nama yang tertera di situ. Macam pernah dengar nama itu tapi di mana ya?

   "Fiyyah".

.

.

.

TBC?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience