Rate

JSM

Romance Series 2856

Hidup tanpa ibu sejak berusia 8 tahun dan tinggal bersama ayah yang terlalu sayang dengannya. Sehinggakan muka ibu sendiri pun dia sudah lupa.

Pindah sekolah baru? Suasana baru? Kawan kawan baru? Ya dia selalu rasa benda tu. Tapi kenapa kenangan di sekolah terakhirnya ini susah dia ingin lupakan?

Dapat kawan yang tidak ubah seperti emak, perangai seperti budak 7 tahun dan member yang boleh dia luahkan semua masalah.

Tapi semua itu hanya lah kenangan ketika zaman persekolahan.

Tidak berhenti di situ 6 tahun sudah berlalu dia terjumpa kembali dengan member yang dapat dia luahkan semua masalahnya ketika di zaman sekolah dan mengaku sebagai teman waktu kecilnya dan ingin menunaikan janji.

"Saya nak tunaikan janji waktu darjah 3 dulu,
saya nak halalkan awak"

Sekali nafas ayat yang di kemukakan oleh lelaki itu dapat menggetarkan jiwa dan raga seorang Safiyyah Maisarah.

"Beri saya masa"

Safiyyah Maisarah tidak minta banyak, cukup bagi dia masa untuk berfikir dan membuat keputusan.

...

Hampir sebulan Safiyyah Maisarah berfikir tentang tawaran gila lelaki itu, saat dia ingin memberi kata putus datang pula seseorang menyatakan cinta dan sayang terhadap dirinya.

"Saya sayang awak Fiyyah"

Terkejut beruk Safiyyah Maisarah mendengar ungkapan sayang lelaki di hadapannya kini.

"Saya dah hantar rombongan kat rumah awak tadi, kejap lagi pasti ayah awak call".

...

Belum selesai soal lamaran dan luahan sahabatnya muncul pula ibu yang sudah 15 tahun tidak bersua muka, ingin meraih kemaafan darinya.

"Mak minta maaf, mak tahu mak salah"

Makin serabut otak Safiyyah Maisarah memikirkan masalah yang dia hadapi sekarang

Betullah orang kata ujian ketika dewasa ini di luar kotak pemikiran manusia. Apa tidaknya selama 23 tahun dia hidup di muka bumi ini tidak pernah langsung dia terlibat dalam hubungan antara lelaki dan perempuan , tapi sekarang? Dia tersepit di antara 2 jejaka yang ingin meraih hatinya. Manakala mak yang sudah di anggap 'mati' muncul semula ingin menebus dosa yang lama.

...

Hati mula suka tapi kejujuran menghancurkan perasaan suka dan di ganti dengan perasaan benci.

"Kalau tak tergerak hati aku ni nak datang rumah kau pasti aku tidak akan tahu kebenaran sampai bila bila kan?!!!".

Air mata? Sudah kering. Sakit di hatinya kini sudah tidak tertahan selepas melihat kawan baik yang dia percaya membuka pintu rumah 'bakal tunang' nya itu.

...

Seorang membawa janji zaman kanak kanak.

Seorang lagi datang menawarkan hati yang pernah Safiyyah Maisarah suka ketika di sekolah menengah.

...

Siapa yang akan Safiyyah Maisarah terima?

Lelaki dengan janji zaman kanak kanak?

Atau

Lelaki yang pernah dia suka dalam diam ketika zaman menengah?

...

Happy reading everyone??????

saya harap korang suka karya saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience