BAB 1

Romance Completed 7165

Nun jauh di sana kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul di bawah sepohon Chermai yang meninggi. Kedengaran riuh rendah dengan pekik dan sorak mereka. Masing-masing membuka cerita, dari perihal sukan, awek dan sebagainya. Adatlah, nama pun pelajar-pelajar sekolah. Sudah tentu masih remaja. Dunia mereka hanyalah keseronokan tanpa perlu memikirkan masalah duniawi golongan dewasa yang memberat.

Nurul Natrah seorang gadis pemalu. Berwajah manis dan ayu. Lesung pipitnya yang dalam, menambahkan lagi keayuannya. Setiap kali dia tersenyum, pasti ramai yang akan tertawan. Hari ini, Nurul Natrah terlewat ke sekolah. Bukan disengajakan. Tiba-tiba tadi tayar basikalnya pancit. Terpaksa dia menyorongnya ke kedai basikal, dan bergegas ke sekolah berjalan kaki. Peluh membasahi diri, tapi Natrah tak kisah, yang penting dia sudah sampai ke sekolah. Ketika dia melewati tempat pelajar-pelajar lelaki berkumpul, terdengar siulan-siulan nakal mereka. Ahh..memerah juga pipi Natrah. Malu benar dia, bila mendengar usikan nakal pelajar-pelajar tersebut.

“Arahh! Ehh, tunggu aku.” Terdengar seseorang memanggil dari belakang, Natrah menoleh.

“Kau ni kenapa? Menonong saja jalan. Laju betul. Penat aku kejar tau.”Salina bersuara dalam kepenatan. Natrah hanya tersenyum. Tahu benar dia dengan sikap rakannya yang seorang ini.

Mereka terus berjalan menuju ke kelas. Sebentar lagi, loceng pasti berbunyi. Nasib baik lagi mereka tak terbabas masa. Kalau mereka sampai selepas loceng berbunyi teruk la mereka. Di kelas,suasana begitu bising, bagaikan pesta layaknya. Masing-masing sibuk bercerita. Natrah dan Salina menuju ke tempat duduk mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience