BAB 7

Romance Completed 7165

“Abang ni kenapa?Tiba-tiba jer? Lucu sangat ke bang?” Bertalu-talu soalan Natrahpada suaminya itu. Faiz masih lagi dalam mod lucu. Patut la kali pertama Natrah keluar berdating dengannya, Natrah gugup semacam saja.

“Tak ada apa la sayang. Tiba-tiba abang teringatkan waktu mula-mula abang keluar dengan sayang. Abang ingatkan sayang tak sihat masa tu. Siap mengigil lagi, tapi dahi tu berpeluh. Cemas juga abang masa tu.” Natrah turut tersenyum mendengar penjelasan suaminya. Itu semua Salina Dan Asmah punya pasal. Paksa dia keluar bertemu dengan Faiz. Mereka pun tahu, Natrah tu pemalu tapi mereka juga membantu Natrah sebenarnya. Pertemuan itu menjadikan hidup Natrah amat bermakna.

“Abang tahu tak, masa tu Arah gugup sangat. Sebab abang la orang pertama yang Arah suka. Abanglah cinta pertama Arah. Bagi Arah, biarlah abang jadi cinta pertama dan terakhir dalam hidup Arah. Arah sayang abang.”

“I love you too sayang. Sepatutnya kita kena ucap terima kasih pada Salina dan Asmah, kerana merekalah yang telah menyatukan kita. Bersyukur juga kepada Allah, kerana telah menjodohkan kita.” Faiz menarik Natrah dekat padanya. Dikucupnya dahi Natrah berkali-kali. Rasa bahagia menyelinap ke seluruh urat nadinya.

Natrah juga cinta pertamanya tapi memandangkan Natrah selalu bersorong tarik dengannya, Faiz tak berani meluahkan perasaannya. Lagi pun, ketika itu Natrah digilai ramai. Tapi takdir menentukannya. Natrah kini sudah dimilikinya. Moga kebahagianjuga milik mereka hingga ke hujung nyawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience