CHAPTER 2

Other Series 2741

Aku meminta bantuan abang aku yang digelar (Angah) untuk mengangkat abah , kami berdua memapah abah ke tempat tidur abah . Tetapi abah memeluk aku dengan sangat erat , Perasaan sebak dan pelik timbul . Aku bercakap didalam hati “Adik rindu abah adik , Adik nak abah adik macam dulu” . Setelah kami menghantar ke tempat tidur abah , kami berdua berlalu untuk masuk tidur kerana sudah lewat pagi .


Pada jam 08:32 pagi , sedang aku enak tidur . Terdengar keadaan seperti kucar kacir di ruang tamu , Lalu aku terus bangun dan keluar untuk melihat keadaan . Apa yang aku lihat membuat aku betul betul lemah , Abah betul betul dah tiada daya . Mak memanggil jiran untuk membawa abah ke klinik kesihatan , Abah berdegil tidak mahu pergi tapi jika dibiarkan apa yang harus kami lakukan ? Angah terus mendukung abah membawa masuk ke dalam kereta dan menyuruh jiran bawa abah terus ke klinik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience