CHAPTER 5

Other Series 2741

Selepas asar selesai abah dikebumikan , saat ini aku rasa seperti sudah tidak ada rasa gembira . Aku tak mampu untuk terima semua ini , Aku seperti hilang segala kebahagiaan yang aku rasai selama ini .


Seminggu sudah abah pergi meninggalkan kami , Emak dan adik beradik yang lain termasuk abang tiri aku duduk dan berbincang membahagikan barang barang abah . Aku dan abang keempat ( Achik ) hanya duduk di rumah atas mendengar . Seorang daripada abang tiri aku (Man) berkata “ Barang barang abah ni semua man nak “ . Tetapi angah membantah dan menyuruh emak yang membahagikan seadilnya , aku bercakap sendiri “ ya allah , baru 1 minggu abah tiada . Kenapa mereka datang dan seperti hendak meriuhkan keadaan “ .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience