*Aku dan Mereka*

Horror & Thriller Series 1041

Cerita yang nak aku kongsikan hari ini merupakan pengalaman yang pernah aku alami sendiri sewaktu aku di Tingkatan 4 dan bersekolah di sebuah sekolah yang boleh tahan hebatnya di Seremban. Cuma, watak yang aku selitkan dalam cerita ini telah diubahsuai untuk menjaga nilai privasi semua pihak. Okey, jom…

Nama aku Bunga. Aku seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti badan beruniform. So, aku nak try benda baru and aku decide nak join team silat. Alhamdulillah, aku memang boleh go dengan sukan tu. Di situlah, aku mula kenal dengan seorang senior Tingkatan 5, Laili. Cantik, manis, pandai dan sangat kuat! Dia antara player yang sangat digeruni pihak lawan. Dia merupakan partner tempur aku masa latihan. Tiap kali latihan, kalau tak lebam tak sah. Walaupun dia cuma genggam lengan aku, kesannya, MashaAllah… berminggu nak hilang!

Kisah bermula bila Laili pergi ke pertandingan peringkat negeri dan memenangi tempat pertama kategori perempuan. Itu adalah permulaan bagi setiap rahsia. Laili rupanya menuntut ilmu silat turun-temurun dari keluarganya sejak zaman datuk neneknya dahulu. Laili menuntut ilmu tersebut sepenuh jiwa raganya dan ada ‘sesuatu’ yang mendampinginya. Dijadikan cerita, balik dari pertandingan tersebut, Laili terbawa pulang ‘perkara’ tanpa sengaja. Disebabkan itu, berlaku pertelagahan antara ‘sesuatu’ dan ’perkara’. Ini membuatkan Laili bertukar menjadi sangat kasar dan terlalu kuat. Laili menghentakkan kepala ke dinding berkali-kali untuk beberapa saat dan kemudian membelai dirinya sendiri sambil bercakap, “shhh… kesiannya. Dia sakit ya,” dengan suara serak .

Dan kemudian dia kembali menyakiti dirinya dan berkata, “dia aku punya!” dengan suara yang jauh lebih serak dan garau dari yang sebelumnya. Berulang kali adegan tersebut dipertontonkan.

Syukur, ada ustaz dan imam di masjid berdekatan yang datang untuk membantu. Laili diberikan cuti selama dua minggu untuk pulih sepenuhnya.

Sepanjang dua minggu itu, aku berlatih silat dengan partner yang lain sehinggalah segalanya berubah apabila saat aku berjumpa semula dengan Laili.

Masih aku ingat dengan jelas, pertemuan aku dan Laili berlaku sebelum masuknya waktu solat Isya’. Selesai aku mengambil wudhu’, aku toleh ke belakang dan aku lihat Laili dengan senyuman yang meleret dan mata yang kemerahan. Hanya Allah yang tahu perasaan aku.

“Adik sihat? Kenapa nampak pucat ? Takut dengan aku?” Tanya Laili sambil memegang belekang leherku.
“Akak buat apa dekat sini? Akak dah sihat?” Tanyaku pula. Dan persoalan aku dibalas dengan hilaian tawa sambil dia berlalu pergi.

Azan Isya’ berkumandang dan dunia aku menjadi kelam. Apabila aku sedar, aku berada di hospital Seremban. Ustazah kata aku pitam di surau dan aku dibawa pulang ke asrama dengan menaiki van sekolah.

Sesampainya aku di pagar masuk asrama, aku ternampak seorang wanita tua tanpa wajah di bumbung asrama dan seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur 8 – 9 tahun merangkak dengan laju dalam keadaan berbogel.

Di saat itu aku mula meronta dan mengganas. Seperti yang dinyatakan rakan-rakan, aku menjadi sangat kuat dan aku telah memukul beberapa orang ustaz dan pelajar lelaki. Tiga almari baju terpaksa diganti kerana kemik dek kerana tumbukan dan tendangan aku. Akibatnya pergelangan tangan kanan aku terseliuh dan jari kelingking kiri aku patah. Lebam-lebam di seluruh badan, tak mungkin mampu digambarkan.

Aku diberikan cuti hampir dua minggu dan aku pergi mendapatkan rawatan traditional. Katanya aku didampingi tanpa aku sedar dan syukur ‘ia’ telah dibuang. Namun kesannya, mungkin akan kekal selamanya.

Sejak aku menjalani perubatan traditional, aku seolah-olah mampu melihat ‘mereka’ namun tidak terlalu jelas. Cuma kehadiran mereka, dapat aku hidu, rasa dan lihat walaupun dalam kesamaran. Pada aku, itu mungkin mainan perasaan aku ataupun cuma bayangan aku sendiri.

Aku mula sedar yang aku mampu melihat susuk ‘mereka’ ketika aku di tingkatan 5.

Aku seringkali terlihat susuk seorang wanita dalam pakaian serba kuning (pakaian penari istana termasuklah perhiasan atas kepala) sedang menari dengan iringan muzik traditional yang aku sendiri kurang pasti. Namun, cuma aku. Ya, cuma aku tanpa rakan-rakan. Penat dengan kekeliruan, aku nekad ceritakan pada seorang ustazah dan ya, ‘ia’ memang ada dan ‘ia’ sudah lama tinggal di bangunan tersebut. Sejak itu, aku mula sedar aku mampu melihat dan merasa kehadiran mereka walau cuma dalam kesamaran.

Dan ya, aku masih seperti itu hingga kini. Aku tak minta perkongsian ini dipercayai oleh korang semua. Cuma apa yang ingin aku sampaikan, ‘mereka’ wujud walau di mana sahaja dan ‘mereka’ sangat teruja sekiranya kita sedar yang ‘mereka’ ada disamping kita. ‘Mereka’ juga suka ‘bergurau’ ya.

_PenaItuBerkata_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience