Rin membuka matanya. Dia melihat sekeliling. Terlihat banyak yang berwarna putih. Dia dapat meneka bahawa dia berada di hospital. Rin cuba bangun dari pembaringan.
"Auch!" Rin memegang perutnya. Dia baru teringat akan kejadian pencuri itu.
"Rin! Kau dah bangun? Kau ok tak? Masih rasa sakit ke?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Lissa. Lissa kelihatan sangatlah risau akan keadaan Rin.
"Aku okay. Kau okay tak?" Rin bertanya kembali. Lissa menarik nafas lega. Dia tersenyum. Lalu mengangguk kepala ke arah Rin.
"Aku okay." Jawab Lissa.
"Syukurlah. Tapi..... apa jadi dengan pencuri tu?" Tanya Rin kepada Lissa.
"Pencuri tu? Sebenarnya pencuri tu.... dia dah mati." Jawab Lissa.
"Mati?" Ternyata Rin terkejut dengan info itu.
"Yes. Semalam pencuri tu sempat lari dari rumah. Kak Ana kata ada kawan dia datang secara tiba-tiba. Dia pensankan Kak Ana lepastu larikan diri. Tapi semalam dapat berita yang dia dan kawan dia dibunuh." Terang Lissa.
"Berapa lama aku kat sini sebenarnya?" Rin memandang Lissa.
"Dah 3 hari."
"3 hari?!" Rin jelas terkejut.
"Kau sekarang dah tak perlu risau. Kau dah selamat. Pencuri tu pun dah tak ada. Mama dengan papa balik malam ni. Aku dah bagitahu masatu tapi atas sebab tertentu diorang kata baru boleh balik harini." Terang Lissa kepada Rin.
"Okay" ringkas jawapan Rin.
Sememangnya Rin masih lagi terkejut akn kematian pencuri itu. Lebih-lebih lagi Lissa kata itu adalah kes pembunuhan. Macam mana boleh tukar kes pembunuhan pulak ni? Siapa yang bunuh? Terasa macam pelik.
_____________________________
"Anak mama okay tak ni? Sakit lagi ke?"
"Ok ma. Dah tak sakit sangat." Rin tersenyum ke arah mamanya.
"Betul ke ni?" Tanya papa. Rin melihat papa langsung berkata "Betul lah pa. Rin okay je sekarang. Lagipun masatu Lissa ade.
Nasib baik kalau tak,tak tahu lah apa jadi kat Rin."
"Arissa. Mama dengan papa berterima kasih sangat dengan Arissa sebab dah jaga Rin. Terima kasih Arissa." Kata Puan Riana.
"Sama-sama mama. Arissa dah janji kan."
"Haah"
__________________________
Setelah 2 bulan.........
"Mama,Rin pergi sekolah dulu."
"Ha,yelah2. Hati-hati tau." Pesan Puan Riana.
"Dah jom. Nanti lambat." Ajak Liah.
"Ok"
..........................
"Wei, Rin,Arissa!" Panggil Nina.
Rin yang baru meletakkan beg dia atas kerusi terus melihat ke arah Nina.
"Nak apa?" Tanya Rin.
"Kerja rumah semalam kau dah siap?"tanya Nina.
"Dah. Asal? Kau nak pinjam?"
Nina hanya tersenyum melihat Rin. Rin pun faham maksud senyuman itu. Nampak sangat dia tak siap lagi. Rin mengeluh.
"Nah" Sambil menghulurkan buku latihan.
Tanpa sempat Nina mengambil tiba-tiba tangan Arissa terlebih dahulu mencapai buku latihan itu.
"Kau buat sendiri." Kata Arissa.
Nina melihat dengan pandangan tidak percaya. Seriously? Alahaiii.
"Alaa, Arissa. Bagilah aku pinjam. Rin bagi je aku pinjam. Kau asal?"kata Nina.
"Last kau cakap haritu last kau pinjam buku Rin. So sekarang ni apa? Langgar janji?."
Nina membuat muka kelat. Tidak tahu nak berkata apa. Ya. Memang haritu dia ada cakap haritu last dia pinjam. Tapi tak sangka yang Arissa masih ingat lagi. Nina hanya mengeluh.
"Abistu macam mana?" Tanya Nina.
"Kalau x faham tanya kitorang. Senang." Jawab Arissa tenang.
Nina dah tak boleh tolak. Kalau Arissa cakap tak boleh memang dia tak boleh buat apa. Arissa memang kadang-kadang tegas. Dan dari apa yang dia nampak sejak dia jumpa Arissa dah Rin, Arissa memang selalu ambil berat tentang Rin. Memang tak boleh dipisahkan.
Liah dan Rin yang memandang situasi itu hanya tersenyum.
Share this novel