"Bye Arissa,Rin." Ucap Liah kepada mereka.
"Bye."
Rin membalas dengan senyuman manakala Lissa hanya menganguk.
Rin bangun dari kerusi lalu mencapai beg sandang kecilnya. Dia pergi ke tepi tingkap. Melihat keadaan yang agak sunyi di luar. Mungkin ramai yang dah balik.
"Kau tengok apa?" Tanya Lissa.
"Tak de apa...cuma tengok suasana luar." Balas Rin. Lissa hanya menganguk.
"Dah ah, jom balik" ajak Rin.
"Jom" lissa membalas.
"Wey, nasib rumah kita dekat je kan? Tak de lah jauh sangat. Boleh jalan kaki sama-sama." Kata Rin.
Lissa melihat Rin lalu tersenyum. "Haah. Nasib baik."
----------------------------------------------------
"Arissa,Rin. Kami ada kena pergi oversea. Untuk seminggu jugak lah..so jaga rumah eh?" Puan Riana berpesan kepada mereka.
"Ok,ma" Rin membalas sambil mengangguk.
"Kami pergi dulu,bye. Jaga diri,jaga rumah." Pesan Encik Reza pula.
"Ye,pa. Kitorang tau." Balas Lissa pula sambil menganguk.
"Haah pa. Tak payah risau. Lissa ade kan dengan Rin." Kata Rin sambil memandang ke arah Lissa yang sedang tersenyum ke arahnya.
"Betul tu papa. Lissa akan jaga Rin. Tak kan terlepas pandang pun." Lisaa balas.
"Papa percaya kamu Lissa." Kata Encik Reza.
"Baik,pa"
--------------------------------------------
"Rin, kau nak makan apa?"
"Nasi goreng je lah."
"Ok"
Sambil mereka makan sambil mereka menonton berita di televisyen.
"Kematian di lorong 4 itu masih lagi misteri. Polis sedang menyiasat keadaan di sana dan mancari pelakunya. Kemungkinan kes ini akan mengambil masa yang agak lama unyuk diselesaikan. Jadi penduduk diminta berhati-hati semasa di sana."
Rin yang sedang menyuap makanan ke mulutnya terhenti." Wow. Masih tak selesai lagi fasal misteri pembunuh tu. Lama gila." Kata Rin.
"Tulah pasal, tapi kita dikira agak selamat lah sebab dah tak terlibat lagi. Dah jauh dari tempat tu" kata Lissa.
"Haah" setuju Rin.
"Boom!"
Serentak Rin dan Lissa pandang ke atas.
"Bunyi apa tu? " tanya Rin.
"Tak tau. Tapi macam dari atas."
"Aku pergi tengok." Rin terus bangun dari duduknya.
"Wait, aq pergi sekali." Kata Lissa.
"Buat apa? Takkan kau takut kot" Rin tersenyum senget.
"Banyak lah kau. Dah ah. Jom."
--------------------------------------------
Rin membuka salah satu pintu bilik di tingkat atas itu. Selepas memastikan tiada apa-apa yang pelik dari arah pintu, dia pun masuk ke dalam diiringi Lissa.
"Bunyi tu macam dari arah sini" kata Rin.
"Aku pun rasa macam tu." Setuju Lissa.
Lissa melihat sekeliling bilik itu. Itu adalah bilik tetamu jadi bilik itu jarang digunakan. Dia melihat ke arah bawah pula. Lissa agak terkejut. Ada sebuah pasu bunga yang pecah. Lissa datang mendekat.
"Macam mana pasu ni boleh pecah? " kata Lissa.
"Pasu? Mana?" Rin melihat ke arah yang Lissa tuju. Dia juga turut terkejut.
"Pasu... bukan atas meja ke? Tak kan lah ada kucing masuk pulak."
Lissa masih melihat ke arah pasu itu. Tanpa mereka perasan,ade seorang lelaki di dalam almari pakaian yang kosong di dalam bilik itu. Lelaki tersebut terus membuka pintu almari dan serbu ke arab Lissa. Rin terkejut. Lelaki itu membawa pisau. Dia memakai topeng.
"Lissa!!!" Rin terus menolak Lissa dengan kuat.
Lissa jatuh terduduk. Dia agak terkejut. Lissa melihat ke arah Rin. Mata dia terbuntang tanda terkejut. Pisau yang dibawa lelaki itu tertusuk di perut Rin. Rin muntah darah. Lissa yang masih terkejut bangun dari duduk.
"Rin....Rin...!!!" Jerit Lissa.
Lissa terus menolak lelaki perompak itu dengan kuat. Lissa memegang bahagian perut Rin.
"Rin. Tahan kejap" Lissa mendudukkan Rin lalu mengambil kaca pasu pecah itu yang berdekatan.
Dia menggenggam kaca itu dengan kuat. Dia bangun dan melihat ke arah perompak itu.
"Kau memang tak guna. Sampah!!" Lissa berlari ke arah perompak itu lalu dengan pantas tanpa lelaki itu sempat mengelak, kaca itu ditusuk ke perut lelaki itu.
Kaca itu tidak terlalu besar. Lissa masih lagi tak berpuas hati. Dia menyepak kaki perompak itu. Perompak itu terjatuh. Lissa memijak-mijak perut lelaki itu dengan kuat. Rin hanya melihat. Dia tak boleh bergerak. Terlalu sakit.
"Lissa, dah la tu. Lissa."panggil Rin.
Lissa terus membaling kaca di tangannya dah membaling ke arah perut perompak itu. Lissa datang ke tempat Rin. Dia mengambil pisau yang ditusuk di perut Rin.
"Sakit.." adu Rin.
"Tahan kejap." Lissa mengangkat Rin lalu turun ke tingkat bwah untuk mendapatkan bantuan dari pekerja di rumah itu.
Share this novel