Chapter 38

Romance Completed 10568

Bab 38

Aku tahu Farabi buat semua ni bersebab. Dia takkan saja-saja hancurkan hidup aku. What goes around comes around.

Farabi senyum.

“Nasib kita sama, Baiduri.”

“Kita dah tak ada sesiapa.”

“Tapi awak tak sepatutnya bunuh ahli keluarga saya.”

Air liur aku terasa berpasir. Selepas bertahun-tahun abah meninggal, baru aku tahu perkara yang sebenarnya. Baru aku tahu yang… abah dah bunuh orang.

“Aku nak kau rasa apa yang aku rasa, Thorn.”

Memang pedih hilang orang yang kita sayang. Memang sakit tengok orang yang kita sayang terbaring kaku dan tak bernyawa lagi. Dalam masa yang cukup singkat, aku hilang semua ahli keluarga aku. Hanya mereka yang hilang orang yang aku sayang faham perasaan aku. Sedih. Sangat sedih. Dan aku tak boleh buat apa-apa untuk selamatkan mereka.

“Puas hati aku tengok ayah kau kena bunuh.”

“Puas hati aku tengok kau hilang semua orang yang kau sayang,” bisik dia rendah.

“Sampai hati awak buat saya macam ni.”

“Dan sampai hati ayah kau buat aku macam ni.”

Muka aku sembamkan ke dashboard kereta. Terhinggut-hinggut aku menahan esakan.

“Aku cuba bagi clue selama ni dekat kau. Takkan kau tak perasan? Aku dah beritahu semuanya dalam diam tapi kau tetap tak faham.”

Tak. Aku tak faham. Aku tak pernah tahu dialah pembunuh. Ya. Aku memang bodoh sebab tak perasan pasal tu. Pembunuh ada di depan mata aku dan aku selalu jumpa tapi aku tak pernah tahu. Semua yang terjadi salah aku.

“Meja nombor 2, 3,4 dan 6. Kau tak perasan semua tu?” tanya dia.

Aku angkat muka dan tengok dia lama. Dia lempar senyuman nipis.

“Kau tak hairan kenapa aku tak duduk meja nombor 1?

Hairan sebenarnya. Kenapa nombor 2,3, 4 dan 6?

“Aku tak duduk meja nombor 1 sebab aku dah bunuh ayah kau. Aku bergerak ke meja nombor 2 sebab mak kau akan jadi orang nombor 2 yang aku bunuh. Then, aku gerak ke meja nombor 3. Aku bunuh adik kau yang bongsu dan gerak ke meja nombor 4 sebab adik kau yang satu lagi tu akan jadi orang keempat yang dibunuh.

Dan aku terus pergi ke meja nombor 6 sebab aku dah bunuh dua orang adik kau dalam masa yang sama. Aku takkan duduk dekat meja nombor 6 lagi kalau aku dah bunuh kau,” terang dia.

Bijak. Dia bagi clue tapi aku tetap tak faham.

“Sama macam bunga ros. Ayah kau mati, aku letak sekuntum. Mak kau mati, aku letak dua kuntum. Adik kau yang bongsu tu mati, aku letak tiga kuntum.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Farabi akan bunuh Duri pula selpas ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience