Chapter 18

Romance Completed 10568

Bab 18

Biar aku penat jaga dia berbanding aku sendiri tanpa dia. Kenapa dia yang masih muda yang harus dibunuh? Kenapa dia yang tak mengerti apa-apa yang harus menjadi mangsa? Kenapa tidak aku yang dibunuh?

Adakah si pembunuh ingin lihat aku menderita?

Ya. Aku menderita. Hati aku sakit.

“Kak Long sayang Diya.”

“Kak Ijat dengan Kak Ara pun sayang Diya.”

Semua orang sayang akan Diya.

“Jangan pergi, Diya.”

Jangan pergi.

Pintu tandas aku tutup. Tudung yang senget aku betulkan. Memang penat dan mengantuk tapi aku buat tak endah. Ara ke kafeteria dan Ijat masuk tengok Diya. Aku duduk di atas kerusi. Menunggu Ijat keluar. Entah berapa lama Diya mampu bertahan.

Aku hanya mampu berdoa.

“Kak Long, pergilah masuk.”

Aku angguk dan mula atur langkah.

Senyuman kukoyak saat melihat wajah Diya yang pucat dan tidak beriak itu. Senyuman aku mati tatkala melihat dua kuntum bunga ros di sisi Diya. Degupan jantung Diya semakin menurun. Kelopak mata aku bergenang. Kepala aku geleng.

Waktu untuk Diya pergi dah tiba ke?

KERONGKONGKU terasa perit. Air mata mencurah sedari tadi dan aku hanya membisu. Langsung tak tergerak untuk bersuara. Akhirnya… Diya pergi. Kembali kepada Yang Esa. Diya hanya mampu bertahan selama beberapa hari dan tinggalkan kami bertiga. Takdir untuk Diya meninggal. Ayah meninggal. Ibu meninggal dan sekarang… Diya yang meninggal.

Hati aku sakit tapi mustahil untuk aku luahkan betapa sakitnya hati ini.

Hanya DIA yang memahami.

Aku tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini.

Mungkin akan ada lagi yang bakal dibunuh.

Tapi… kenapa kami harus dibunuh?

Kata-kata Diya terngiang-ngiang di cuping telingaku.

-

“Lepas ni, siapa yang akan mati?”

-

“Macam mana kalau Diya yang mati?”

Dan Diya memang benar-benar pergi. Pergi untuk selamanya.

“Kak Long…”

Ara mendekatiku. Air matanya mengalir tanpa henti dan aku bawa dia ke dalam pelukanku. Belakang tubuh Ara aku usap.

Tangisan Ara buat aku buntu. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.

Aku rasa aku perlu hantar Ara dan Ijat balik ke rumah tok abah di Perak. Rumah yang simpan sejuta kenangan ni dah tak selamat. Kalau pembunuh tu mahu bunuh salah sorang daripada kami, biarlah aku yang mati. Ara dan Ijat tak bersalah.

Tapi… kenapa pembunuh tu mahu bunuh kami?

“Ara takut.”

Pelukan kuleraikan. Anak mataku mencari anak matanya.

“Semuanya akan okey.” Kucuba usir gundah di hati dia.

Ara geleng kepala.

“Pembunuh tu takkan berhenti, Kak Long.”

Macam mana aku nak hentikan semua ni? Macam mana aku nak cari pembunuh tu kalau petunjuk pun tak ada?

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa satu per satu ahli keluarga Duri mati? Apakah motif pembunuhan tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience