BAB 27

Romance Completed 47479

Adham dan Adib yang sudah berusia lima tahun bermain di luar selepas selesai kenduri "jangan lah fikir sangat biarkan dia tenang..." terkejut aku dengan Indah yang menepuk bahu ku.

"susah...." ujar ku dengan sayu,mata ku masih terarah pada Adham dan Adib "aku tahu tapi biarlah tak baik di kenang orang dah tiada...."aku hanya senyum.

"roger suspek telah di jumpai bermain di hadapan rumah"aku memandang Mark yang lengkap berpakaian melayu hitam dengan tangan digaya kan pistol pergi kearah Adham dan Adib.

"apa ni walid kami bukan penjahat lah!"marah Adib aku hanya senyum "eh yeke habistu kenapa. mengelak dari makan?tadi walid suruh tunggu dekat dalam kan?haaa,hanya penjahat je tak dengar cakap.." kata Mark.

"alah kenyang" ujar Adham "arhh takde takde kalau macam tu macam mana nak jadi macam daddy Farish,abhi Nazim dan babah Mirza?" mereka berdua berfikir,aku tak suruh mereka panggil mereka macam tu tapi mereka tetap nak

"ha fikir lagi nanti abah Adlan datang gigit korang Dua ni yang degil" Mark cuba menakut kan mereka "tak kisah..." ejek Adib "panggil didi Riz kang"Adham dan Adib geleng

"takpelah kita nak makan dengan umi"Adham menunjuk padaku "umi!" mereka berdua melambai pada aku,aku senyum,Mark mencangkung dan memeluk mereka berdua.
"umi penat kesian dia jom makan" Mark gendong mereka berdua.

"ha awak lagi sorang ni mak buyung dah kenyang ke makan gemuk baru tahu?" tanya Mark "eih saya tetap cantik ok kalau tak takde awak merayu dekat ayah saya nak kahwin dengan saya" aku ketawa dengan perangai Mark dan Indah tak sah kalau tak gaduh.

baru lapan bulan perkahwinan mereka dah dapat anak,Indah yang ceritakan pertemuan mereka "siapa je tak sayang bini kalau saya cari lain baru tahu" Mark terus berlari kedalam.

"Tengku Marzikir!" jerit Indah "eih malu lah sikit jom masuk takkan tak sakit kaki kau berdiri" Indah hanya buat muka "kak Adeela!" aku menoleh terbit senyuman ku yang lebar "Zalikha!Mak bila sampai?"tanya ku dan menyalam tangan Mak Zalikha.

"baru je ni" aku senyum memandang kelibat umi dan papa "mana cucu umi?" aku mengerut dahi "umi ni datang mesti cari cucu dia" papa gelak.

"biasalah umi kamu tu...kami masuk dulu" aku angguk mereka sudah masuk terkaku aku memandang kelibat nya yang senyum,aku menunduk dan terus masuk.

sudah lima tahun perkara itu berlalu banyak yang berubah Dazril dan Irisz sudah bernikah selepas seminggu kejadian itu,mereka rasa bersalah dengan apa yang berlaku tapi aku cuba menenangkan mereka,sekarang mereka dah berkeluarga dengan tiga orang anak yang comel.

Mirza dengan Merdiana masih macam dulu bergaduh tak habis habis tapi apa boleh buat mereka dah berkahwin akhirnya,Mirza sendiri yang lamar Merdiana,Merdiana apa lagi teruja lah crush dia tu dah ada anak pun sorang comel ikut wajah merdiana dan Mirza.

Laila dia dah bertunang dengan Rizman setahun lalu tak lama lagi mereka melangsungkan pernikahan aku tak tahu macam mana Laila boleh sangkut dengan perangai si Rizman ni dah kah senget.

Zalikha dan Nazim? cuma berkawan tapi pelik juga lah ada ke kawan bersayang bagai pelik aku mesti diorang rahsiakan sesuatu dari aku ni,nanti jelah aku korek.

"oi!"sergah Farish "jauh kau dekat pluto dah ke?" aku mencebik "kau ni kalau tak buat sentap tak boleh ke?"marah ku Farish senyum

"kau ada nampak tak sepupu si Adlan tak?" aku mengerut dahi "siapa?" belum sempat Farish bercakap terbit senyuman lebar nya dan membetulkan baju melayu nya "kau tunggu lah kau akan dapat kad jemputan dari aku"Farish terus pergi kearah yang dia pandang sepupu Laila.

"oi anak raja pinang aku!"tersembur ketawa yang lain melihat Farish yang basah disimbah dengan Wany "ha sergah lagi!dengan meja ni sekali saya baling dekat awak,sia sia je tak dapat kahwin dengan saya!" marah Wany.

"kahwin,green light ke?"hilang marah Farish dengar pasal kahwin,Wany menutup mulut nya "eih pekak ke?dah lah saya sakit perut ni"Wany terus lari dari situ.

suka aku dengar keriuhan dalam rumah dan luar rumah "Adeela rindu....." menitis air mata ku mengingatinya kembali "nah..." aku mendongak sedikit dan mengambil tisu itu dari tangan nya.

"terima kasih" aku terus berlalu pergi dengan dada yang nak meletup "please tenang..." aku mengusap dada ku dan membetulkan tudung ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience