BAB 20

Romance Completed 47461

LIMA HARI KEMUDIAN

"mama" aku masuk kedalam rumah dan mencari mama "ye Mikhail" aku cuba menahan dari menengking mama "apa mama dah buat?" tanya ku,mama belum tahu aku sudah tahu rancangan nya.

"buat apa sayang?" tanya mama seperti tidak tahu "mama buat apa dengan Adeela?" tersentak mama "mama buat apa?mama tak pernah lah jumpa perempuan tu" marah mama dengan keadaan yang gelisah.

"jangan nak tipu Mikhail lah ma,Mikhail dah tahu semua nya,mama yang suruh Lily cari Mikhail kan lepastu suruh letak pil dalam air Mikhail,mama tergamak buat macam ni dekat mikhail nasib lah kakak dia Laila ada" ujar ku mama memandang aku.

"mikhail sendiri cakap yang Mikhail tidak suka dengan perempuan tu!" marah mama "ma itu dulu ma sekarang Mikhail dah separuh mati cintakan dia,dia isteri Mikhail,dia bidadari dalam hidup Mikhail,ma sanggup mama buat macam ni,mama sanggu tengok Mikhail menderita dari bahagia" ujar ku dengan kecewa mama memandang aku tajam.

"mama taknak kamu hidup dengan perempuan tu!dia tu hina!miskin! cuba lah terima Lily!dia tu setaraf dengan kita boleh dipercayai!" marah mama aku geleng "mama setiap lelaki mesti nak perempuan yang boleh jaga maruah dia sendiri maruah keluarga maruah suami dia,mama nak ambil Lily yang tak cukup kain tu?"mama diam,aku senyum sinis.

"oh lupa ma,mama tak kisah kan mama sanggup suruh Lily perangkap Mikhail lepastu suruh tidur dengan Mikhail oh that way lah mama tak kisah kalau Mikhail kahwin dengan Lily dia tak jaga maruah kita,Mikhail beruntung lah Laila tolong Mikhail masa tu kalau tak.."belum sempat aku habis cakap mama terus menampar pipi ku.

"jaga mulut kamu Mikhail!mama nak yang terbaik untuk anak mama!perempuan tu apa je dia ada!dah lah takde mak bapak!"kemarahan ku mula menaik "mama nak tahu sebab apa papa minta cerai?sebab perangai mama ni!yang hipokrit!sombong!bukan sombong,tapi bodoh sombong!ingat Mikhail tak tahu semua ni harta siapa?mama yang tukar nama papa atas nama mama!ingat Mikhail tak tahu mama memang ada hubungan sulit dengan lelaki lain,tapi sayang lelaki tu tinggal kan mama!

apa kurangnya papa!dia yang bagi mama hidup mewah ni!dia sayang mama!tapi mama tipu papa!mama halau papa macam anjing kurap!sedangkan ini rumah papa!syarikat tu papa yang punya!Mikhail dah tahu lah mama tapi Mikhail diam sebab nak jaga hati mama,Mikhail tahu Mikhail dah berdosa tengking mama sekarang,kata mama bodoh tapi sampai bila nak hidu......"

PANG!

terasa berpijar pipi ku,mama menunding jari di muka ku "aku buat semua ni sebab taknak tengok kau dengan adik kau hidup merempat!aku taknak kau kena ejek miskin!kau faham tak!aku buat semua ni demi kita!" marah mama aku geleng "ok mama dah dapat tapi kenapa mama buang papa!?" terdiam mama.

"Mikhail dah penat dengan semua ni,mama kita boleh hidup bahagia ma kalau mama tak hipokrit kita takkan jadi keluarga yang hancur,mama yang buat semua ni" aku menahan airmata ku dan melutut,aku bersujud di kaki mama ku ini pertama kali aku menengking mama ku.

"maafkan Mikhail,Mikhail tengking mama maki mama,Mikhail salah,maafkan Mikhail" aku bangun dan mencium tangan mama "ini kali terakhir Mikhail tengking mama,Mikhail harap sangat mama sedar apa yang Mikhail cakap harta tak boleh buat kita bahagia kalau keluarga kita hancur mama,memang duit boleh beli semua nya tapi kasih sayang antara keluarga tak boleh di jual beli,dan kasih sayang seorang mama tiada ganti Mikhail faham apa yang mama buat ni sebab sayangkan Mikhail dengan Mirza tapi cara ni salah mama,tapi kasih sayang seorang ibu tak cukup ma,Mikhail nak sangat rasa kasih sayang seorang papa,Mikhail cuma rasa kasih sayang seorang papa semasa Mikhail berumur tujuh tahun

tapi mama tak kesian dekat Mirza yang tak dapat langsung merasa kasih sayang papa,Mikhail tak kisah kalau Mikhail tak dapat tapi Mirza Adik Mikhail,memang dia nampak ok tapi jauh dari sudut hati dia,dia nak sangat rasa kasih sayang seorang papa" aku lepaskan tangan mama perlahan jatuh airmata ku.

aku berhenti di hadapan pintu utama "mama Adeela mengandung anak Mikhail,kesian dekat bakal anak Mikhail kalau tak rasa kasih sayang ayah cukup Mikhail,jangan pisahkan Mikhail dengan Adeela dia bidadari saya,assalamualaikum mama" aku terus kekuar dan masuk kedalam kereta aku memandu dengan laju.

"argh!!" aku berhenti mengejut di bahu jalan dan menghentak stereng,disitu aku menangis sepuas puas nya "kenapa semua ni jadi dekat aku" rintih ku "ya allah ampun kan lah dosa ku ya allah" rintih ku.

************************************

"Astaghfirullahalazi'm!" aku terjatuh bila nampak darah keluar dari celah kangkang ku "aku mengesot pergi ke ruang tamu pergi ke telefon rumah cuma satu sebaris nombor yang aku ingat

"mi...mikhail tolong saya........"rintih ku itu yang aku mampu luahkan "sakit ya allah...." aku menangis terimbas semua nya dalam fikiran ku mata ku muka layu dan aku memandang pintu rumah ku di tolak kuat "Adeela!" hanya itu yang aku dengar sebelum semuanya gelap

****************************************
MIKHAIL P.O.V

"Adeela mana?!" Tanya ku bergegar "dekat dalam" ujar Rizman terus aku masuk terkejut semua,aku hiraukan dan terus pergi kearah Adeela.

"sa...sayang buka mata sayang....." perasaan ku risau masa tu aku bisik dekat telinga dia "bangun sayang,saya dah datang ni...buka mata" kata ku dengan airmat tak berhenti turun.

"encik sila keluar" aku menolak doktor itu kuat "k...khai......"aku memandang Adeela dan senyum aku mengusap kepala nya "buka mata sayang,saya dekat sini,sayang dengar cakap sa" Adeela menahan.

"maafkan Adeela..." aku angguk laju "saya dah lama maafkan sayang" Dada Adeela turun naik "doc baby dah nak keluar!" jerit nurse tu aku senyum "argh!!sakit!!" aku mampu hanya mengalirkan airmata ku begitu sakit sehingga Adeela berteriak

"push...lagi..." ujar doktor tu aku pandang mata Adeela dan usap kepalanya "sayang boleh,kuat lagi sayang,kita bimbing anak kita sama sama,jaga dia kan,sayang nak kan?" tanya ku Adeela menangis dan angguk "arghh!!"Adeela menarik tangan ku dan gigit.

aku hanya menahan sakit nya "doktor satu dah selamat,satu lagi!" terpempan aku terus hilang rasa sakit itu "baby twin" aku senyum gembira dan memandang Adeela.

"push lagi sayang....sikit je lagi..." ujar ku Adeela angguk aku lap peluh yang keluar dari muka nya "lagi sayang push...."makin kuat Adeela gigit sehingga keluar darah aku eih ganas bini aku.

"argh!!!" aku terdengar tangisan bayi terus aku pandang "wow!dua dua sihat" aku pandang Adeela yang tutup mata "sa...sayang!" aku goncang bahu nya "bangun..." muka ku jadi takut "jangan tinggalkan saya..." berapa kali aku nak menangis ni.

"sa...saya penat lah...." terus lega bila aku dengar semula suara Adeela "I love you" aku cium dahi Adeela dan pergi kearah telinga nya.

"thank you for everything" bisik ku

************************************

"alhamdulillah" Indah senyum gembira begitu juga yang lain "Allahuakbar..Allahuakbar...." semua mencari suara tu mereka pergi ke wad Adeela.

"Mikhail?"semua terkejut melihat Mikhail di dalam sedang azankan bayi itu Rizman senyum "jangan salahkan dia sepenuhnya,kamu semua tahu syurga Adeela bawah telapak kaki Mikhail,kamu tahu Adeela susah nak melahirkan tadi,aku call Mikhail tup tup berjalan lancar aku tak tahu apa jadi kalau Mikhail tiada,jangan nak hukum Mikhail macam dia bersalah" tegur Rizman,sakit telinga nya dengar mereka yang memaki hamun Mikhail.

*************************

Adeela cuba sedaya upaya membuka mata nya terasa sakit dibahagian sulit nya,perlahan lahan menyentuh perut nya yang kempis,Adeela merasa tangan kanan nya berat terbit senyuman bila melihat Mikhail yang terlelap,diusap nya kepala Mikhail rasa menyesal timbul meninggalkan suami nya itu.

teringat dia semasa di wad persalinan begitu susah anak-anak nya keluar,belum sempat Adeela memejam mata Mikhail datang,suami nya sendiri yang selamatkan dia,selamat kan anak-anak mereka "sayang...." aku senyum kecil "ha..haus..."cepat cepat Mikhail ambil air dan bantu aku duduk,aku melihat tangan nya yang berbalut.

"tangan awak kenapa?"tanya Adeela Mikhail ketawa kecil dan hulur pada aku gelas yang berisi air "ada singa gigit saya tadi masa dekat bilik persalinan" hampir tersembur air ku "awak ni kata saya singa pula" marah ku.

"tak bagitahu pun twin..." aku senyum "kenapa terkejut?and suprise for my handsome husband" aku mencuit hidung nya "nak tengok anak-anak kita?" aku angguk Mikhail keluar sempat dia cium tangan ku.

aku memandang pintu yang di buka oleh seseorang "assalamualaikum....." aku memandang yang hanya munculkan kepala "waalaikumsalam masuk lah takkan kepala je masuk" Cik Irisz dan Dazril masuk.

"ok saya dari wartawan kepoh nak tanya apa perasaan anda masa dalam bilik persalinan?" tanya Dazril,cik Irisz terus menampar bahu nya "memang kepoh pun awak ni" aku senyum "yang lain mana?" tanya ku "kerja,Dazril je free bos kan..." perli Cik Irisz.

"awak pun bos" ujar Dazril tidak lama Mikhail masuk " say hai to ibu...." melebar senyum ku "eh Irisz,Dazril bila sampai?" tanya Mikhail aku gendong satu anak ku manakala Mikhail gendong lagi satu.

"dah,eh dua dua comel,dah letak nama?" aku pandang Mikhail "abang,Tengku muhammad Mufti adham Bin Tengku Mikhail dan adik, Tengku muhammad Muazzam adib Bin Tengku Mikhail" aku senyum tapi Dazril mengerut dahi.

"apa panjang sangat nama anak kau?" Mikhail pandang Dazril "suka hati aku" aku geleng "dah jangan gaduh" marah ku lembut aku pandang anak ku ada iras muka ku "awak muka adib sama dengan saya lah" ujar ku gembira.

"tahu tapi hero ayah yang lagi satu ni macam ayah dia" aku memandang muka anak ku adham "mesti lah sama tu pun tak fikir ke?" sekali lagi Dazril terima tamparan cik Irisz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience