BAB 1

Humor Completed 4950

Semua orang tahu kat dalam dunia ni kau berkongsi hidup denga macam-macam hidupan dan benda termasuklah ragam dan fiil manusia. Kalau kau rasa diri kau pelik dan unik, jangan lupa kat luar sana adalagi yang lebih pelik dari kau.

Jadi jangan perasan sangat, sebagai contoh, budak hipster, budak raver, budak insta famous yang suka post video lawak sengal dan tiba-tiba famaous ramai followers mengalahkan selebriti bahkan golongan ni menjana pendapatan tak ubah macam retis! Ha jad kalau nak viral dan famous, buatlah video tak mendatangkan faedah.

Eh sorry sis teremo. Apapaun, lantak dorangla kan, asalkan dorang tak kacau sis, sis okay je sebenarnya. Tapi ni sis nak bagitau ada satu sepsis yang buat sis terkesima homaigad!

Ceritanya macam ni, pada suatu hari…

“Aduh..” rasa pijar muka aku. Rasa macam muka aku berbirat. Allah! Aku langgar apa ni? Dengan satu mata tertutup, aku pusing belakang.

“Hoi!!” sumpah, bengang. Dah langgar, tak reti nak mintak maaf ke? Comel betul budi bahasa orang zaman sekarang.

Lahhh…apa benda ni?

Aku dongak pandang ke atas. Kaki lima yang aku lalu sekarang ni, siap berbumbung kutt.. Ni apa kes sampai berpayung bagai? Sah…ini manusia pelik!

Tapi..disebabkan aku ni anak bertauliah. Mak ayah, siang malam duk ajar, jangan pandang buruk kat orang at the first sight, aku masih fikir positif. Dia malas kutt.. Malas nak bukak tutup, bukak tutup payung dia. Sebab itulah..

Okey.. alasan diterima!

Si dia pusing belakang.

Aku kelu.

Lama jugak, aku diam. Aku pandang dia. Dia pun pandang aku. Mujur aje ini bukan drama. Kalau tidak, dah ada music latar dah sekarang ni.. Ah, mengarut semua ni!

“Apa dia?”

Lagi, aku jeling dia. Tapi, dia buat selamba saja dengan aku, macam aku pulak manusia yang pelik di sini.

Dalam 10 saat aku diam berdiri macam tiang, dia mula angkat kening. Aku pula terkebil-kebil pandang dia. Dia dah kerut dahi. Kelip-kelip mata aku pandang dia. Dia tenung aku juga.

Satu..dua..tiga..

Dia blah!

Aku tak habis kat situ aje. Setiap langkah dia, aku ekori dengan hujung mata. Dari dia berjalan di kaki lima ini sampai ke dataran di tengah sana.

Baju pink..

Payung merah..

Lelaki…

Wowww!!

Dunia ni dah terbalik ke?

“Kebetulan aje kut..”

“Mana ada kebetulan yang saja-saja. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..”

“Hotak kau..” aku larikan muka. Gila si Latip ni. Minum kalau tak gigit ais tu tak senang. Itu tak apa lagi.. Ini kalau gigit lepas tu tersembur ais tu sampai ke meja lagi.. Aish!

“Apa yang hotak, gila?”

“Kau dengar sini.. Apa yang pelik? Dia pakai baju pink? Itu normal. Apa perempuan aje ke yang boleh pakai baju pink? Ada dalam Al-Quran kata orang lelaki tak boleh pakai baju pink?” aku geleng.

“Haa.. Satu point kau salah. Pasal payung dia warna merah tu..mungkin dia ada payung itu aje kutt..” mungkin! Ada kemungkinan setiap apa yang si Latip ni cakap ada benarnya.

“Tapi..apa kes? Jarang kutt..aku nampak lelaki bawak payung. Panas lah macam mana pun, semua lelaki aku nampak main redah aje. Even sekarang, mana ada kau nampak lelaki bawak payung? Kau..ada bawak?” Latip sibuk pandang kanan, kiri. Dari situ, diriba beg sandangnya.

Dia bawak payung ke?

Beg sederhana besar itu diselongkarnya. Sibuk sangat selongkar sampai dengan aku-aku sekali main intai. Betul ke si Latip ni bawak payung? Haih..musykil! Musykil sungguh..

“Kau pakai payung?”

“Jap..” aku tunggu. Sabar sungguh aku menanti. Cooihh.. Payung aje punnn..

“Mana?” desak aku.

Tunggu punya tunggu…

“Ini dia..” yang keluar, dua tangan si Latip membentuk rama-rama yang terbang dari begnya. Aku dah pandang semacam pada lelaki berkulit hitam manis ini.

Latip pula mengekek ketawa tak berhenti. Siap hentak meja sekali. Lawak sangat agaknya? Muka aku makin masam jadinya..

“Okey-okey..gurau-gurau.” Dada sempit sungguh. Nak meletup aje rasanya.

“Marah ke?” soalnya separuh berbisik. Aku senyap saja. Malas nak melayan tau.. Letih!

“Trishh..”

“Oooo.. Trish?” kepalanya dibuat-buat senget sambil pandang aku. Ingat comel sangat ke? Oh, tolonglah!

“Trisshhh?” tangannya melambai-lambai ke depanku. Buat buta Trishh..

“Trisha Adira Binti Munir!”

Aku pandang ke arah lain. Malas mahu layan kerenah si Latip yang kejap betul kejap tidak fius otaknya. Tapi, Latip bukannya mengerti, aku dalam keadaan marah ke apa. Makin mood aku tak menentu, makin galak dia mahu mengusik. Macam aku tak sedar, ke mana saja mata aku bergerak, dia juga turut sama bergerak. Dalam erti kata lain, matanya sibuk pandang muka aku tak berhenti.

Memang nak kena hempuk sebijik kat kepala mamat tiga suku ni. Haih..

“Trishh..”

“Malas nak layan.” Rajukku. Ceh! Bukan merajuk sangat pun. Tengah marah lagi tau! Tak ada maknanya aku nak merajuk segala dengan mamat macam ni.

“Trishh.. Trishh..” bahu aku dia langgar. Duk siku tak berhenti.

“Apa dia?” dalam malas aku melayan jugak. Latip duk sibuk memuncung ke arah kananku.

Sekali pandang…

“Kan, aku dah cakap..” Latip pandang aku.

“Apa dia?”

“Dia memang pelik!! Weirdo!” cepat-cepat aku tuduh. Bukan tuduh tapi memang betul. Kalau aku perasan, ke mana saja lelaki tu pergi mesti dengan payung dia. Pusing mana pun, payung tak tinggal punya. Ke kelas, lab, padang, library, bank..mana-manalah mesti ada punya payung tu dengan dia. Tak dipayungnya, dia sangkut kat celah ketiak.

Tak ke nampak pelik tu?

Latip pandang balik lelaki berpayung merah itu. Dari belakangnya tanpa sedar, kami berdua begitu ralit memandang.

“Haih..”

“Apasal dengan kau?” aku pandang Latip.

“Susah nak mengaku..”

“Apa?”

“Dia memang pelik..”

Haa.. Tengok!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience