BAB 7

Drama Completed 2615

"assalamualaikum mia...ni aku rafiq...kalau kau sedar skrang mesti kau tak nak jumpa aku dah kan? mia...kau bangun mia...kau bangun...kau tau kan aku tak suka tengok kau lemah macam ni...mia...aku serious ni mia...kau nak memain je kan dengan aku...kau sbenarnya sihat je kan...mia...jangan macam ni mia...tolong la mia...buktikan kat smua yang kau sihat mia...bangun mia...mia...kau kuat kan? kau slalu cakap kat aku...penyakit kau ni tak boleh menghalang kau tuk hidup macam orang lain kan? habiss...kenapa macam ni mia...mia...kli ni aku tak marah2 kat kau dah mia...aku cakap baik2 ngan kau ni mia...mia bangun...tolong miaa...to...tolong cakap kat aku...kau ok...ni smua sbab aku kan mia...a...aku bodoh...aku sia2 kan kau...aku buat kau macam takde perasaan...kalau kau x jumpa aku mesti kau dh bahagia kan skrang? mesti kau dah boleh kawan ngan smua orang kan? tak macam skrang...aku salah mia...aku salah...slama ni aku sibuk lindungi kau dari orang lain...tapi aku x sedar...aku x sedar sebenarkan aku lah orang yang slalu sakiti kau...slama ni aku ingat aku ni hero kau macam dalam drama and novel tu...tpi sbenarnya...haha...sbenarnya...akulah parasit dalam hidup kau...aku rindu bebelan kau...aku rindu senyum kau...aku rindu nak paksa kau makan...aku rindu nk paksa kau makan ubat...aku rindu sifat manja kau...aku rindu gelagat kau yang comel tu...aku ...aku rindu kau mia...aku rindu kau...tolong mia...bangun mia...tolong bangun...tolong aku mia...aku tak nak rasa perasaan ni mia...sakit sangat mia nak tanggung perasaan ni dulu...aku tak nak rasa lagi mia..." tangisan rafiq tak dapat dibendung lagi...jantungnya seakan berhenti lihat gadisnya seperti ini...perasaan pahit ni datang lagi setelah hampir 5 tahun rafiq cuba membuangnya...sekali lagi rafiq rasa sakit hati yang teramat...sekali lagi bunyi mesin detak jantung mengiringi tangisan rafiq...sekali lagi ruang icu menjadi saksi lemahnya seorang rafiq yang selama ini dipenuhi dengan sikap berani dan periang...sekali lagi...rafiq terlalu berharap akan sesuatu yang tipis harapan untuk terus kekal bersamanya...saat ini...detik ini...hancur nya hati seorang rafiq..

rafiq keluar dari ruang icu dengan mata yang sembap menunjukkan dia baru lepas menangis...saat ini dalam fikirannya cuma ada mia...mia dan mia...gadis itu telah memberi sinar dalam kehidupannya sejak 5 tahun dia hidup dalam kegelapan yang membelenggu hidupnya....rafiq tanpa berlengah trus ke surau yang terdapat di dalam hospital itu untuk menjalankan kewajipannya sebagai umat islam dan sekaligus memohon kepada allah untuk kesembuhan mia...

"rafiq...dah la tu...jom kita balik...kau dah penat ni...dari pagi tadi kau tunggu sini...skrang dah nk malam ni...mata kau pon dah bengkak sebab menangis...jom balik eh..mak ayah mia kata diorang akan jaga mia malam ni...klu ada apa2 diorang terus contact kau..." pujuk rina...tetapi rafiq masih tidak mau meninggal hospital...dia mahu temankan mia sampai mia sedar...walaupon tidak dibenarkan teman di dalam...dia rela duduk di luar asalkan dia dapat tau perkembangan mia setiap saat... "kau balik je la dulu na...kau guna kereta aku...esok mintak rizky datang amik aku kat sini " kata rafiq lalu memberikan kunci keretanya kepada rina...keadaan nya saat ini amat serabut...dia tidak tau apa yang perlu dilakukannya lagi...baginya...ini semua adalah salahnya...dia tak akan memaafkan diri nya sendiri jika sesuatu terjadi pada mia

"eh rafiq tak balik lagi?" tanya puan nora bila melihat rafiq masih menunggu di luar icu...rafiq menggeleng lemah..."kenapa tak balik lagi ni...rafiq...masa first time makcik tengok rafiq tadi pon makcik dah dapat rasa yang rafiq ni seorang anak yang baik...makcik tau...rafiq takde niat nak sakitkan hati mia...mungkin mia tak dapat nak kawal perasaan dia...mia ni bukan pernah bercinta ni...manja pulak tu...dia memang senang terasa hati...so kamu tak perlu risaulah...makcik dengan pakcik langsung tak salahkan kamu atas apa yang jadi...apa sahaja yang akan berlaku nanti...kami redha...kami terima semua ni sebagai takdir yang allah telah tetapkan kepada kami...allah nak uji kita semua dengan mendatangkan ujian kepada kita...semua ni ada hikmahnya...ok lah...makcik nak pergi beli air jap...kamu ada nak pesan apa2 ke? " tanya puan nora...rafiq menggeleng sambil tersenyum
.."makcik...trima kasih..." kata rafiq kepada puan nora...puan nora hanya senyum dan mengangguk tanda sama2 terhadap rafiq

"rafiq"

"mia?? mia dh sedar sayang? tadi mia kan yang sebut nama rafiq?" tanya encik haris kepada anaknya yang masih terbaring dengan mata tertutup...dia mengharap anaknya sudah sedar...perlahan2 mata mia terbuka dan jari jemari mia pon sudah mula bergerak sikit demi sedikit..."ya allah...alhamdulillah sayang...kejap papa panggil doktor..."

"sayang anak kita dah sedar...anak kita dah sedarr! " kata encik haris kepada isterinya...puan nora terus menyapa anaknya dia dalam ruang icu...sementara suaminya memanggilkan doktor..."ya allah sayang...anak mama dah sedar...syukur ya allah...begitu besar nikmat ni ya allah...sayang...mia ok ke? " tanya puan nora dengan gembira... "mia ok ma.." alhamdulillah lega hati puan nora bila mendengar suara anak tunggalnya ini...walaupon suara mia masih lemahh tetapi dapat melapangkan hati puan nora yang penuh dengan kerisauan sebentar tadi

rafiq yang baru sahaja tiba dari surau menjadi gelisah apabila melihat kedua ibu bapa mia berada di luar ruang icu...hatinya ketika itu sangat berdebar seperti lari marathon..rafiq mengatur langkahnya berat untuk mendekati mereka...rafiq sudah melapangkan dada untuk menerima apa sahaja kemungkinan yang berlaku...bila tiba sahaja rafiq di hadapan ibu bapa mia...trus sahaja badannya dipeluk oleh bapa mia...encik haris memberitahu khabar tentang mia kepada rafiq....saat itu...hanya allah yang tau...betapa leganya perasaan rafiq saat diberitahu bahawa mia sudah sedar....rafiq memeluk erat bapa mia dan menangis di dalam pelukannya...sungguh dia terharu dan sangat gembira... penantiannya tidak sia2...penat yang dia tanggung seharian di hospital hilang begitu sahaja setelah mendengar berita tersebut...senyumannya memang tidak lekang dari mulut rafiq sejak mendapat berita tersebut..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience