BAB 10

Drama Completed 2615

air mata mia sekali lagi mengalir tanpa disuruh... dia tidak sangka hidupnya begini...baru beberapa minit tadi hatinya terbuka untuk menerima rafiq... tetapi setelah mendengar penjelasan rafiq...dia merasakan seperti dirinya diperguna kan rafiq... sakit hatinya berkenaan gambar rafiq dengan lisa pon tidak terubat lagi...ditambah dengan sakit hati setelah mendengar penjelasan rafiq... sekarang aku tau kenapa dia pilih aku untuk couple dengan dia...

cinta? nope
sahabat? maybe yes
kesian? it's hurt everytime

"mia...pada mulanya memang aku couple dengan kau sebab nak tebus kesilapan aku...aku kesian kat kau...tapi...lama2...perasaan bersalah terhadap sofi and perasaan kesian terhadap kau berubah mia...berubah menjadi perasaan kasih dan sayang terhadap kau... dulu aku jaga kau sebab tanggungjawab aku terhadap kau yang sakit...sekarang aku jaga kau sebab rasa sayang aku kat kau...rasa takut kehilangan kau...kau istimewa untuk aku mia...kau lain dari yang lain...penyakit kau membuatkan kau menjadi istimewa untuk aku...aku tau luahan aku ni akan menyakiti kau tapi aku kena cakap jugak...kalau tak...aku rasa berdosa sangat...tapi aku betul2 sayang kau mia...maafkan aku" rafiq mengatur langkahnya keluar dari ward yang dihuni oleh mia..dia takut...lagi lama dia di situ...lagi benci mia kepada dia...sebelum dia keluar...

"rafiq...bagi saya masa...saya tak benci awak...saya tak kan benci awak...awak cinta pertama saya...buat masa ni saya harap awak bagi saya ruang untuk tenangkan fikiran saya..." kata2 yang mia lafazkan sebelum rafiq keluar dari ward itu menyebabkan hati rafiq lega sangat..."saya akan tunggu awak mia...saya akan sentiasa ada untuk awak...ambil masa awak..." kata rafiq tersenyum sebelum hilang di sebalik pintu...

dah dua hari aku keluar dari hospital...selama dua hari tu juga aku tidak melihat muka rafiq...aku diberi mc selama seminggu...so aku gunakan mc aku ni sebaik mungkin untuk menenangkan hatiku yang berduka ni...semakin aku menjauhi rafiq...semakin besar rasa sayang ku padanya..." ahhh!!!! nape saya teringat awak je ni!!! kenapa awak buat saya macam ni!! tak tenang saya cuti tau tak!!! " jerit mia di dalam bilik nya...tiba2 mama mia masuk dengan wajah yang panik "kenapa ni mia??? mia sakit ke?? mia nak mama call papa??? kita pegi hospital ye?? " risau mama mia... "mama....mia geram laa...mia bosan duk rumahh.. papa tak kasi mia pergi mana2..." adu mia kepada mamanya sambil bibir dicebikkan tanda protes..."ye ke mia geram sbab bosan...ke mia rindukan rafiq? " usik mama mia..." mama...apa ni...mana ada mia rindu dia...buat apa mia rindu pakcik galah yang annoying macam tu...baik mia rindu si rina tu...lagi baguss..." jawab mia menutup kegugupan yang dirasai sekarang ni...kenapa la mama tanya soalan macam tu...aku pon tak de jawapan tuk soalan mama tu...tapi...betul ke aku rindu rafiq? ya allahh...sengsaranya ada perasaan ni...

sementara di kolej...

"rafiq...tadi lisa cari kau...weh tolong la...apa yang dia nak lagi dari kau? kan aku suruh kau jujur je ngan dia...kau tak buat ke? " tanya rina pada rafiq yang sedang baring di kerusi yang terdapat di sudut hujung library di kolej itu...dia sudah lama tidak meluangkan masa di situ sejak mia muncul dalam hidupnya...sebelum kehadiran mia...di situ lah tempat dia mengisi masa lapangnya...tidak ramai yang tau pasal tempat itu...hanya rafiq...rina dan rizky sahaja yang tahu...malah mia pon masih tidak tahu akan tempat itu... " huh...aku bukan tak nak jujur dengan dia...tapi...aku pernah cakap benda ni kat kau kan...dia terlalu baik untuk aku sakiti...dia tau pasal hubungan aku dengan mia...tapi dia terima asalkan aku dapat meluangkan masa aku sedikit dengan dia...tak lama pon...sebulan ni je...dia pun tak mengharapkan cinta dari aku...dia faham yang aku cintakan mia sorang je...dia just nak masa aku dengan dia...tak lebih dari tu...aku kenal dia...dia akan berpegang pada kata2 dia..." terang rafiq...dia tidak khianati cinta mia...dia cuma tolong orang lain untuk bahagia...tak salah kan?

" aku tak faham macam mana cara pemikiran kau ni...kalau semua perempuan datang jumpa kau mintak kau couple dengan diorang dalam masa sebulan je lepas tu diorang pindah...kau trus trima? macam tu? dengan alasan kau tak nak menghampakan diorang...kalau macam tu baik kau trima je semua perempuan yang suka kat kau! sah diorang happy gila2....tengok cara kau layan lisa tu pon aku rasa lagi elok dari cara kau melayan mia...dengan mia bukan main lagi tengking la...cakap guna 'kau aku' la...dengan lisa? reti pulak guna 'saya awak'...weh lepas ni kalau mia tau pasal ni and dia tak terima kau dah...baru kau tau...mia tu ramai je lah orang nak... " marah rina...dia tidak boleh melihat sahabatnya itu diperlakukan seperti itu oleh rafiq...dia terus meninggalkan rafiq sendirian di situ...jika dia kekal di situ teruk rafiq kena dengannya...

"awak...macam mana hubungan awak dengan mia ? dia dah sihat? kenapa harini awak banyak diam je...slalunya awak bising tanya saya macam2..." tanya lisa
kepada orang di sampingnya itu...siapa lagi kalau bukan rafiq kekasih hatinya itu...
harini rafiq kelihatan tidak tertarik untuk bercakap dengan nya...senyum pon tidak terukir di bibir lelaki tu...kenapa dengannya?

"lisa...saya mintak maaf...sejujurnya... sejak hari first saya setuju untuk menjadi boyfriend sementara awak...saya sedar yang saya telah pon mengkhianati cinta mia...tetapi saya ego...saya rasa saya mampu untuk menjalankan hubungan ini sampai awak pindah...saya tau mia akan sakit hati bila tau perkara ini... tapi tetap saya teruskan dengan harapan awak akan bahagia setelah pindah dari sini..saya tidak memikirkan perasaan mia...yang saya fikir adalah untuk membahagiakan awak...setelah awak pindah baru saya akan kembali sepenuhnya pada mia...tetapi makin lama...saya tidak sanggup nak jalaninya lagi...saya sedar yang saya terlalu cintakan mia...saya telah buat kesilapan yang besar dengan menduakan dia...maaf lisa...sampai sini shaja saya dapat bantu awak... saya pergi dulu " setelah mengucapkan itu rafiq terus bangun untuk meninggalkan lisa tetapi langkahnya terhenti apabila lisa memegang tangannya...

" kenapa harus perempuan tu? kenapa harus dia dan dia sahaja yang awak fikir? apa yang bagus sangat tentang dia? " kata lisa dengan mata yang berair....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience