Series
2830
KORNEA matanya melihat sekeliling taman. Dia menjadi perhatian tanpa sebab yang munasabah. Hanya kerana di dahi dan pipinya terdapat pembalut luka, semua mata-mata pantas tertumpu ke arahnya. Kaki menekan tanah sedikit lalu digerakkan, menghasilkan satu lubang separa dalam. Kejadian semalam kembali menerjah sebahagian ruang ingatan.
TUBUH ditolak ke bucu bilik di mana terdapat sebuah meja kecil. Dahinya terhantuk pada bucu tersebut tanpa dipinta. Luka yang dalam terhasil lalu mengeluarkan darah pekat miliknya. Dia meringis kesakitan lalu menahan pendarahan itu dari terus membuak keluar dengan tangan kecilnya.
"Argh..," desisnya apabila mamanya mencengkam pipinya. Kuku yang tajam terbenam ke dalam isi pipinya. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit yang tersalur ke seluruh badan. Dia tidak berani bertentangan mata dengan sepasang mata bak api yang menjulang-julang naik.
"Ma, sakit..." Aduan itu diendahkan oleh si mama. Sebaliknya, dia menolak kasar tubuh anaknya sehingga jatuh terduduk di atas lantai marmar yang sudah sejuk kerana angin dingin malam. Nurin mengemam bibirnya seraya menahan diri supaya tidak menghasilkan air mata di tubir mata.
Melalui ekor mata dia melihat melalui ekor mata mamanya berlalu pergi. Pintu ditutup sedikit kuat, menghasilkan bunyi. Air matanya berjuraian jatuh selepas itu. Sebarang suara tidak berhasil kerana tidak mahu ahli keluarga yang lain mendengari tangisannya yang tidak seberapa itu. 'Mungkin aku hanya patung mainan menghilang tekanan bagi mama.' Nurin menebak sendirinya.
Seketika kemudian, dia teringat tentang perihal sekolah. Lantas dia berdiri dengan pantas sekali. Buku belum disusun dan kerja sekolah belum diselesaikan. Beg sekolah dibuka lalu buku latihan Sains diambil. Dua batang pen berwarna hitam dan biru dikeluarkan dari kotak pensil kepunyaannya. Pen itu mula menari-nari di atas helaian kertas.
Tap!
Setitis darah menitis di atas helaian buku latihan tersebut. Pergerakan pen dan tangan mati serta-merta. Darah pekat yang mula menyerap ke dalam kertas itu dipandang kosong. Sebuah keluhan berat dilepaskan. Kakinya diatur ke bilik air. Cermin yang berada di atas singki dipandang dalam. Paip air dibuka lalu air mula mengalir keluar. Nurin mencuci luka di dahinya tanpa perasaan.
Perlahan-lahan air matanya mengalir turun, membasahi pipi yang mempunyai kesan luka oleh kerana kuku tajam mamanya terbenam ke dalam isi pipi. Paip singki ditutup. Pantulan wajah di dalam cermin tersebut dipandang kembali. Seorang gadis yang kelihatan sudah tidak terurus seperti dahulu. Bibirnya tiada tanda-tanda mahu menguntum senyuman. Gadis itu yang diberi nama Nurin Insyirah.
LAMUNANNYA terhapus tatkala bahunya ditepuk seseorang. Ain Nabilah gerangan yang menepuk bahunya. Gadis itu menjongketkan kening sambil menikam wajah Nurin. Anak mata coklat itu dipandang dalam sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Nurin. Nurin melempar pandangannya ke luar tingkap sekolah. Pokok hijau rimbun, angin dingin pagi mencengkam diri tidak dapat memberikan ketenangan kepada dirinya lagi.
Kepala digelengkan sebagai balasan. Hanya isyarat yang digunakan. Dia malas bercakap. Jika bercakap sekalipun, mereka yang lain tetap tidak akan memahami dirinya. Semuanya dia. Dia seorang. Hanya dia. If you're not recovering, you're dying. Ayat itu berputar di kotak mainan minda. Hatinya kuat mengiakan sebaris ayat tersebut sedangkan mulutnya membantah pernyataan yang benar itu.
"Sure?" Ain Nabilah menyoal sambil menjongketkan kening nipis miliknya. Nurin hanya melemparkan senyuman nipis kepada gadis kacukan Melayu dan Cina. Hendak dikatakan dia seorang gadis kacukan juga, tidak rasanya. Memang ramai yang menegur kening sederhana tebal yang elok terbentuk seperti orang Arab. Ramai juga yang menginginkan kening sepertinya dan dia pula menginginkan kening nipis seperti mereka.
Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur dikurniakan wajah yang sempurna fizikalnya. Kaca mata bingkai bulat dibetulkan sedikit. Ain dan Nurin tidak jauh bezanya. Dalam setiap peperiksaan, kedudukan dan markah mereka berdua sangat sengit namun tali persahabatan mereka tidak putus.
Seketika kemudian, guru mata pelajaran waktu pertama melangkah masuk ke dalam kelas tingkatan 2 Ibn Batutta. Keseluruhan para pelajar dan guru daripada agama Islam yang indah dan mulia. Pelajaran berjalan seperti biasa. Mungkin hanya dia yang bermasalah. Acapkali dia berfikir tentang bunuh diri. Jika bukan bunuh diri, makhluk yang comel seperti kucing dan bayi mahu sahaja dia bunuh dengan cara paling kejam dan pengakhiran yang sangat mengerikan. Dia juga tidak tahu mengapa dengan dirinya.
Dia salah seorang mangsa kemurungan dan keresahan. Perit menerima hakikat yang harus ditelan walau pahit. Mengapa ramai yang tidak percaya akan kemurungan dalam kalangan remaja sedangkan golongan remaja berusia 16 tahun dan ke atas ramai tersiksa hanya kerana satu perkataan iaitu kemurungan? Nurin termenung memikirkan hal itu. Persoalan di benak fikiran makin bertambah.
Dia akui dia terlalu muda untuk menghidapi penyakit yang satu itu. Pada usia sebaya dia, golongan remaja ramai keluar bersosial dan berseronok dengan duniawi. Sedangkan dia, menghabiskan masa di dalam bilik berlawan dengan fikiran dan perasaan yang ingin merasakan kematian. Dia buntu. Dia kusut. Bukan dia tidak hendak menceritakan tentang ini kepada keluarganya. Sudah penat dia berdebat dengan darah daging sendiri. Mereka tetap tidak percaya. Tidak akan mempercayainya.
Berkemungkinan besar zaman remajanya akan dihabiskan di psik wad. Kemurungan memberinya derita yang tak terkira. Hubungan baik dan mamanya hancur. Kepercayaan papa terhadapnya punah begitu sahaja. Gred purata pelajaran makin merosot. Diasak dengan pelbagai soalan. Sehingga bila perkara ini bakal berterusan? Sehingga nyawanya ditarik?
Apa maksud kehidupan bagi seorang Nurin Insyirah jika tidak mendapat kasih sayang dan perhatian keluarga? Mungkin dia sahaja berlebihan gamaknya. Lengan baju kurung putih sedikit terselak seraya menunjukkan lengan putih miliknya. Urat biru keungguan jelas kelihatan. Parut torehan dipandang lama.
Self-harm.
Seperti kod bar sahaja jika dilihat dari jauh mahupun dekat. Torehan yang meninggalkan parut itu dilakukan kerana dia mahu menenangkan diri sendiri. Tidak sakit dan tidak takut untuk melakukannya. Itu apa yang dia rasakan. Nurin memperbetulkan lengan bajunya yang terselak tadi dari terus memperlihatkan parut yang lebih banyak. Bukan hanya lengan kiri malah kedua-dua lengan mempunyai parut torehan. Dia tidak akan pernah serik melakukannya sama sekali.
LANGKAH dilajukan tatkala dia merasakan banyak mata-mata memerhati tepat ke arahnya. Tangannya menggigil keresahan. Hujung tudung bahagian depan dimain-main bagi menghilangkan keresahan yang sudah menyerang diri. Kepala ditoleh ke belakang. Tiada siapa yang memerhati dirinya tetapi, dia tetap resah.
Bayang rumah sudah kelihatan. Dia meramas jari-jemari sendiri. Pagar rumah dilepasi lalu dia menuju ke bilik dengan pantas sekali. Pintu ditutup dan dikunci. Beg sekolah diletakkan kembali ke tempat asal. Tudung dan anak tudung ditanggalkan dari terus membaluti kepala dan menutupi rambut ikal mayang. Nafasnya kembali seperti biasa. Badannya seperti terkena renjatan elektrik seketika.
Hatinya dihurung perasaan kosong yang datang bertandang tanpa diundang. Layanan keluarga melintasi fikiran seperti satu layar filem. Dari dia kecil sehingga dia yang sekarang. Semakin lama semakin berubah layanan mereka. Dalaman Nurin memberontak kasar. Dia merangkak menaiki katil. Wajah ditekap ke badan badan bantalnya.
Jeritan yang nyaring dilepaskan sehabisnya walau dia tahu, jeritan itu tidak akan berakhir jika dilepaskan. Dia seperti digari untuk selamanya. Bulu mata yang lentik sudah basah dengan air mata. Nurin memukul kuat kepalanya sendiri. Setiap hari, dia melangkah ke dalam bilik tidurnya, semuanya berputar. Selepas itu juga, dia akan menangis tanpa suara atau sebarang bunyi sehingga dia tertidur.
Semalam-
Semalam di mana kedua-dua orang tuanya memandang kedudukannya dengan sebelah mata sahaja. Sekeping hati hancur selepas mendengar tomahan tersebut. Tiada harapankah? Sepertinya tiada. Tiada harapan untuk dia berjaya. Sedangkan dia...
IQLIMA membaca butiran yang tertera di atas slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi keseluruhan pelajar 2 Ibn Batutta. Kepala pantas diangkat memandang Nurin Insyirah yang kelihatan keseorangan. Tertera di atas kertas tersebut Nurin mendapat kedudukan pertama di dalam kelas mahupun keseluruhan tingkatan.
"Nurin, kau nombor satu!" maklum Iqlima Laila bernada ceria. Dia tidak pernah berdendam walau kedudukannya jatuh tangga kedua. Itu sudah menjadi satu kebiasaan dari tahun lepas lagi bagi Iqlima Laila, Ain Nabilah dan Nurin Insyirah. Nurin menoleh, memandang pengawas sekolah tersebut. Dia mengulum senyuman. Tidak sabar rasanya mahu menunjukkan slip keputusan tersebut kepada mama dan papanya.
Tetapi-gred Geografi jatuh kepada D.
"GEO Nurin D." Tepat kepada sasaran dia memberitahu kepada papanya tanpa sapaan. Cebikan dibibir memberikannya jawapan. Jawapan yang tidak mahu dia dengari selepas dia berusaha sehabis baik untuk membanggakan kedua-dua orang tuanya.
"Tak payah bagitahu pun takpe. Tak pelik bila dapat D. Kalau bukan D, mesti E. Dah biasa. Mana nak dapat A kalau asyik main fon 24 jam. Kalau dapat A, pelik lah. Sekarang dah tak terurus." Setelah habis berbicara, dia terkesima seketika. Bibir mengukir senyuman yang tidak dapat menggambarkan perasaan sebenarnya.
"Tak nak tanya gred yang lain ke? Kedudukan Nurin dalam tingkatan dan kelas pun tak nak?" Nurin Insyirah menyoal lagi. Langsung remuk hatinya setelah mendengar apa yang dipersoalkan kembali.
"Kelas last nama apa?"
"Ibn Haytam."
"Tahun depan, mesti jatuh Ibn Haytam. Kedudukan? Mesti last sekali. Tak payah teka pun dah tahu. Macam tak layak stay kelas Ibn Batutta."
"Insya-Allah, jatuh lah tahun depan." Nurin ketawa kecil. Palsu semata-mata hanya untuk menutupi kecewanya. Seteruk itu tanggapan papa terhadap dirinya? Mata mengerling sekilas skrin telefon pintar yang memaparkan slip keputusan peperiksaan baru-baru ini. Rasanya, itu tidak penting lagi. Telefon itu dimatikan. Dia berlalu pergi begitu sahaja.
Dia sudah berusaha sehabis baik namun usahanya seperti bayangan sahaja. Hilang apabila kegelapan datang. Bukan kata-kata itu yang dia mahukan bahkan herdikan. Sebelum malam peperiksaan kertas Geografi, papa memarahi dirinya. Dituduh menyiapkan kerja sekolah pada minit terakhir sedangkan dia sedang mengulangkaji untuk kali terakhir. Dan akhirnya, dia mengalah jua akhirnya. Malam itu, dia tidur bersama tangisan hampa.
HUJAN mula turun dengan lebat lalu jatuh menyembah permukaan bumi. Arus yang lebat mematikan lamunannya. Entah mengapa, dirinya kuat mengatakan dia tidak akan sembuh. Tidak akan untuk selamanya. Tahun ini, tahun yang paling teruk kerana depresinya semakin bertambah teruk. Oh ya, mungkin dia tidak patut berada di muka bumi ini bersama orang lain. Dia tidak layak sama sekali.
Jendelanya tidak tertutup walau hujan lebat kelihatan tidak akan berhenti dalam tempoh yang terdekat. Dia juga sedang berada di jendela, menatap kawasan perumahan. Dia sudah lama tertanya-tanya, bagaimana mereka yang lain mendapat ketenangan apabila mendengar rintik hujan dan pokok-pokok hijau di sekeliling. Bagaimana? Sedangkan dia, hanyalah kosong. Terlihat semuanya sama sahaja. Tidak ada ketenangan.
"I still wanna die no matter what. I'm not recovering but I'm dying. They said, I fake how I feel. I faking depressed. I don't know. But I'mma pretend like nothing happened last night." Nurin berbicara dengan dirinya sendiri. Dia tiada kawan di kawasan perumahan. Apabila dia berada di rumah, dia berasa di Neraka. Dia hanya penat dan memerlukan rehat yang secukupnya.
Jarum dan benang di atas meja kerjanya dipandang sekilas. Sharp? What if I have some fun with it. Perlahan-lahan tangannya bergerak mencapai jarum tersebut. Deruan angin dan air hujan tidak menganggu kerja yang bakal dia lakukan. Perlahan-lahan dia menusuk jarum itu ke dalam kulit tangannya. Sakit? Ah, tidak sama sekali. Itu satu nikmat dan keseronokkan bagi dirinya.
Gemersik tawa Nurin Insyirah bergema di dalam sebuah bilik yang suram. Dia tertawa lagi dan lagi. Persisnya seperti orang tekanan jiwa dan perasaan. Ah! Dia manusia biasa. Dia tidak sakit. Namun mengapa jiwanya menjerit dengan begitu nyaring? Tanda soal sekali lagi. Dia meneruskan aktivitinya. Benang di potong menggunakan gunting.
Gunting? Sharp.
Gunting itu diletakkan di atas lengan kirinya lalu ditekan sedikit kuat sebelum dia menarik-narik, menghasilkan torehan yang mengeluarkan darah. Tiada perasaan. Jika dahulu semasa mencuba perbuatan ini untuk kali pertama, dia agak takut. Tapi sekarang, oh tidak lagi.
Kemudian dia melemparkan gunting itu kembali. Nurin meramas-ramas rambutnya seraya mengusutkan rambut sendiri. Kuku digigitnya. Badannya menggigil. Kesukaran untuk bernafas menyerang diri tatkala ini. Bebola mata meliar-liar sekeliling tanpa arah tuju.
Dia tidak faham akan kehendak dunia. Seronokkah mereka melihat dia tersiksa? Ah! Sering sahaja dirinya digelar attention seeker. Tidak sama sekali! Dia hanya penat walau tidak melakukan kerja-kerja berat. Penat yang tiada penghujungnya dan tidak bernokhtah. Sehingga bila perkara ini bakal berterusan?
Mengapa dia tidak boleh menukarkan kepalanya dengan kepala orang lain? Mereka yang tiada masalah mental ingin merasakan bagaimana rasanya menghidapi masalah mental. Jika itu boleh dilakukan, sudah lama dia lakukan. Biar mereka rasakan betapa sakitnya menghidapi masalah mental ini. Nurin menangis dalam diam tanpa suara.
HANYA senyuman nipis dipaparkan untuk menghiasi wajah yang sedia muram. Pada kala ini, kawan-kawannya menceritakan tentang kebahagiaan keluarga mereka. Dia juga turut merasa gembira jika mereka gembira. Senyuman ceria di birai bibir masing-masing jelas menunjukkan keluarga mereka sangat bahagia.
"Beruntungnya kau, Laila. Mama ada belikan blouse untuk aku. Papa aku pula belikan sneakers Nike sebagai hadiah peperiksaan even aku dapat nombor lima dalam kelas." Nurul Asyiqin mula bercerita dengan nada teruja. Matanya bersinar-sinar. Imanina menundukkan wajahnya, menekur permukaan lantai.
"Nurin. Kau pula? Kau nombor satu kelas dan tingkatan. Mama papa kau takde bagi hadiah apa-apa dekat kau ke?" Mereka menikam wajah Nurin Insyirah. Gugup Nurin dibuatnya. Nafas dalam diambil lalu dilepaskan untuk menghilangkan perasaan gugupnya. I'm not like them but I can pretend. Hatinya berbisik.
"Ada. Hoodie baru." Nurin Insyirah mengucapkan kalam dusta. Spontan itu, kening mereka terangkat. Nurin tersenyum paksa. Sedihnya dia apabila mendengar cerita tentang kebahagiaan keluarga yang dimimpi-mimpikan hanya dia yang tahu. Mereka mengangguk selepas lama berdiam diri. Quite weird.
"Nak coklat tak?" soal Azirawatie bersama senyuman nakal. Mereka mengangguk laju kecuali Nurin. Dia tidak minat segala jenis manisan. Dahulu, dia sangat tergila-gilakan manisan. Entah mengapa minatnya telah pudar terhadap manisan.
"Macam mana kau seludup masuk sekolah?" Ain Nabilah memandang Azirawatie. Gadis itu mengangkat keningnya beberapa kali. Bangga dengan diri yang melepasi kawalan ketat yang tidak membenarkan para pelajar membawa coklat ke dalam sekolah. Setiap hari, keseluruhan isi beg sekolah akan diperiksa sehabis baik. Bukan beg sekolah sahaja, diri para pelajar juga akan diperiksa sepenuhnya.
"Nurin, kau tak nak ke coklat? Sedap ni!" Mereka menikmati coklat mahal itu. Rakan kelas yang lain hanya mampu memerhati dari jauh. Mahu buat laporan, mereka yang akan mati kelak. Bukan boleh dibuat main dengan sekumpulan gadis kasar itu. Mereka seperti 'baddie' sekolah walau masih berada di tingkatan bawah. Walau bagaimanapun, setiap kali peperiksaan, nama mereka juga yang akan berada di atas. Sangat pelik.
"Aku tak makan manisan, Bell." Nurin menjawab ringkas persoalan Ain Nabilah sebentar tadi. Ain Nabilah menjongketkan bahunya lalu menyambung menikmati coklat tersebut. Rezeki jangan ditolak. Bala jangan dicari.
Mereka juga pelik dengan selera Nurin Insyirah. Entah apa yang dia makan setiap hari untuk hidup. Coklat yang sedap ini juga ditolaknya mentah-mentah. Ayam, daging dan ikan juga jarang makan. Sayur apatah lagi. Dia tidak pernah sentuh. Ah, apa hendak difikirkan lagi. Ketepikan sahaja semua ini.
Keluhan berat dilepaskan untuk kesekian kalinya. Inilah hidupnya yang amat membosankan. Hidup yang tidak didambakan sama sekali. Dipenjara perasaan sendiri. Sakit yang amat. Seketika kemudian, dia tersedar. Tiada apa yang mampu membuatnya ceria seperti dulu kembali. Dia merasakan dirinya jauh berubah. Dia tidak ketawa dalam nada yang sama. Semakin kurang percakapan dan semakin banyak air mata yang mengalir keluar. Antonim pula dengan dirinya versi lama.
"Kerja Math korang dah siap?" Soalan yang diajukan menyebabkan sekumpulan gadis tersentak lalu terbatuk-batuk. Nurin Insyirah tersenyum kecil. Tahulah dia, mereka belum menyiapkan tugasan Matematik lagi.
"Kau dah siap ke, Nurin?" Mereka menyoal serentak bernada biasa. Dia menggeleng laju, sengaja mempermainkan mereka. Melihat gelengan kepala Nurin, air muka berubah tidak puas hati. Ain Nabilah pantas mencapai beg sekolah berwarna biru kepunyaan Nurin lalu tangannya lincah bergerak, mencari buku latihan Matematik 2.
"Aku dah siap." Sebelum Ain memarahinya, baik sahaja dia membocorkan jawapan sebenar. Pantas mereka mengeluarkan buku latihan Matematik 2. Coklat di tangan dimasukkan ke dalam mulut. Gigi menjalankan kerja masing-masing yang sudah diatur.
"Aku lagi satu soalan."
"Aku lagi separuh."
"Kau lagi separuh, aku baru nak tulis tajuk."
"Ada kerja ke?"
Dahi ditampar perlahan. Itulah mereka jika topik kerja sekolah menjadi bahan bualan. Tangan laju bergerak-gerak, menghasilkan sebaris ayat. Ini memang satu kerja yang gila. Melakukan kira-kira pada waktu pagi di kala otak masih beku. Nurin memerhati seorang demi seorang. Mata coklatnya meliau sekeliling pula selepas itu. Dia menyungging senyuman nakal tatkala kelibat guru Matematik menyapa pandangan mata kasar.
"Assalamualaikum and good morning, class." Mendengar suara guru wanita itu bergema ke seluruh pelusuk kelas, tergopoh-gapah mereka kembali ke tempat asal. Hati usah dikata. Gemuruh jika disoal tentang latihan yang diberikan. Para pelajar 2 Ibn Batutta menjawab salam lalu menadahkan tangan untuk berdo'a. Selesai sahaja berdo'a, soalan pertama yang diajukan kepada para pelajar 2 Ibn Batutta ialah tentang latihan yang diberikan.
"Have you done your homework, class?"
"Yes, teacher." Guru tersebut mula membuka langkah menuju ke meja murid seorang demi seorang untuk memeriksa mereka tidak berkata bohong. Setiba sahaja di hadapan meja sekumpulan gadis remaja, langkahnya terhenti apabila melihat buku latihan mereka masih suci.
"Go out from my class and finish your homework first." Tegas guru itu memberikan arahan. Mereka tidak melawan kembali, sebaliknya, dengan pasrah mereka berdiri di luar kelas. Ada pula yang gembira kerana tidak perlu belajar Matematik. Nurin menggelengkan kepalanya.
"Dengar ya kelas, tanpa ilmu, seseorang itu tidak akan berjaya bahkan untuk meraih kejayaan itu memerlukan ilmu yang sangat mendalam tentang sesuatu perkara itu. Semasa mencari ilmu, jangan lupa Tuhan. Itulah kelalaian generasi sekarang. Ilmu itu datang dari Tuhan. Apa-apa yang terjadi, Tuhan diutamakan. Bukan gajet." Sindiran dilemparkan pada pelajar yang berdiri di luar kelas. Sudah masak dengan perangai gadis-gadis itu dari tingkatan satu lagi.
"Oh ya, Nurin, tahniah atas kejayaan awak." Nurin tersenyum seraya mengucapkan terima kasih. Dia menunggu ucapan tahniah ditutur oleh mama dan papanya terlebih dahulu sebelum orang lain. Tidak mengapalah jika begitu.
"Take it." Sekeping duit RM 10 dihulurkan pada Nurin Insyirah. Berkerut lembut dahi gadis itu. Puan Risna tergelak kecil lalu menampar lembut lengan Nurin. Dia tahu Nurin bakal menolah duit itu. Duit itu diletakkan di dalam genggaman Nurin.
"Cikgu, saya tak nak dan saya tak minta."
"Apalah sangat jika dibandingkan usaha awak dengan duit 10 ringgit ni. Tidak ternilai usahanya."
"Tapi, cikgu-"
"Takde tapinya, Nurin." Puan Risna membuka langkah kembali ke hadapan kelas sebelum Nurin mengembalikan semula duit itu. Dia memandang duit dalam genggaman tangannya. Guru-guru sahaja yang memberikannya hadiah atas kejayaan yang diperoleh. Mama dan papa tidak pernah sama sekali. Hatinya berdarah mengenangkan hal itu.
At the end of the story, you'll know everything
- ivy
Share this novel