02 : KELUARGA BAHAGIA

Short Story Series 2830

ANGIN mengelus lembut pipinya sebelum berlalu pergi. Padang sekolah yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar lelaki dipandang lama. Dia mengaku para pelajar sekolahnya mempunyai rupa paras yang menawan dan mempersona. Setiap kali para gadis bertembung mata dengan mata para jejaka sekolahnya, pasti akan cair. Tapi itu bukan dia. Nafsunya tidak naik walau sedikit.

Sekeliling sekolah yang berdiri gah dipandang kosong. Lagi dan lagi. Semuanya kosong. Tiada yang menarik perhatiannya. Dia membetulkan posisinya di atas atap bumbung sekolah. Sepatutnya, dia sudah pulang ke rumah. Dia melambatkan masa hanya kerana mahu mencari ketenangan.

"Nurin? Is that you at there?" Suara garau serak basah menyoal Nurin Insyirah. Tanpa menoleh dia mengangguk perlahan. Tudung yang beralun mengikut arah angin diabaikan. Derapan kaki mengetuk gegendang telinga. Dia tahu, itu jejaka menengah atas. Manakan mungkin menengah bawah kerana mereka sudah pulang sepenuhnya.

"Hey.. What are you doing at here?" Suara garau yang lain menyoal. Nurin tersenyum kecil. Dia mendiamkan diri sahaja. Pelajaran Pendidikan Islam tadi kembali berlegar dalam kepalanya. Kata-kata ustaznya sangat menusuk ke tangkal hatinya. Keluarga bahagia. Ah, mustahil sekali.

DEWAN kuliah dituju bersama langkah yang kecil. Sekali-sekala, dia membetulkan cermin mata yang tersangkut diantara hidung dan telinga. Para pelajar yang terserempak dengannya melemparkan senyuman. Dia menghadiahkan sebuah senyuman kembali.

Melangkah sahaja ke dalam dewan kuliah, dapat dia rasakan angin dingin yang terhasil dari pendingin hawa yang berada dalam dewan tersebut. Tempat perempuan diambilnya. Buku teks Pendidikan Islam dibuka lalu terus mencari halaman 199.

Tajuk yang besar berada di bahagian dalam tulisan jawi dibaca sehabis baik. Memuliakan ibu bapa, keluarga bahagia. Dia tersenyum hambar. Butiran-butiran berkenaan tajuk itu dibaca sekali pintas sahaja. Dalil naqli yang berserta erti menarik minatnya.

Kemurkaan Tuhan (Allah SWT) terletak pada kemarahan ibu bapa.

Tetapi masalahnya, kesalahan kecil sahaja mahu melenting teruk. Adakah Tuhan murka dengan dirinya sepertimana kedua-dua ibu bapanya? Ustaz mula menulis soalan di hadapan. Para pelajar gabungan dua kelas mula menyalin. Pelajar lelaki bak burung murai mengalahkan pelajar perempuan. Mahu sahaja dia membentak kasar agar mereka senyap tetapi apakan daya, dia hanya insan biasa.

4. Jelaskan 4 akibat tidak beradab dengan ibu bapa.

Pergerakan tangannya terhenti seketika pada soalan dua terakhir. Akibat-akibatnya dibaca. Dia menarik senyuman sinis. Ah! Semua itu dia sudah rasakan semuanya belaka. Nurin menulis jawapan pada ruang yang disediakan.

• Keluarga berpecah belah dan sukar mendapatkan pertolongan dari ahli keluarga lain.
• Disisih dan dipinggirkan anggota keluarga.
• Tidak dipandang oleh masyarakat kerana dianggap tidak berakhlak.
• Berdosa besar.

Keluarga berpecah? Hampir sahaja berpecah belah. Disisih dan dipinggirkan? Dia sedang merasakan hal itu. Acapkali dia tertanya-tanya bagaimana rasanya mempunyai keluarga bahagia, tiada kawan seumpama racun dan kenangan kecil yang tidak menghampiri kematian.

BAHU ditepuk beberapa kali. Nurin Insyirah tersedar dari alam ciptaannya sendiri. Dia memandang dua jejaka yang berada di sisinya. Pandangan dilemparkan ke bawah semula.

"Are you okay, Insyirah?" Dua jejaka itu menyoal serentak. Nurin tersenyum tawar sebelum senyuman itu kembali pudar. Hanya beberapa saat dia mengukir senyuman itu. Dia penat.

"Macam mana rasanya ada keluarga bahagia? Macam mana rasanya ada mama papa yang penyayang? Macam mana rasanya mendapat kasih sayang dan perhatian yang cukup malah lebih dari mama papa? Macam mana rasanya ada mental yang stabil? Macam mana rasanya bebas dari segala jenis penyakit mental?" Bagaikan peluru berpandu, Nurin menyoal. Lima soalan yang sukar untuk dijawab itu membuatkan mereka berdua terkedu kelu. Mereka terbungkam.

"Raja Rayyan Hanz. Tengku Putera Zahran. Kenapa senyap?" Bulu roma mencanak naik apabila nama mereka berserta gelaran khas meniti keluar dari bibir merah itu. Berat rasanya mahu menjawab persoalan yang bermain di minda Nurin Insyirah.

"Tentulah seronok ada keluarga bahagia. Siapa je tak nak. Gembira. Gembira sebab aku bebas dari sebarang masalah mental. Bila gembira aku takat paling atas, aku tak down sebab mental aku stabil. Mental sihat. Ada banyak lagi tapi-kenapa kau tanya, Insyirah?" Putera Zahran mengiakan kata-kata Rayyan Hanz.

"Aku rasa.. Hidup ni tak adil... Manusia kejam..." Berkerut lembut dahi dan kening Hanz dan Zahran mendengarnya. Mengapa Nurin Insyirah berkata demikian? Nadanya lirih. Lemah. Mereka tahu itu. Tetapi, Nurin orangnya yang ceria dan sentiasa menguntum senyuman.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Farhan ragu-ragu. Dia takut jika gadis itu terkilan dengan soalan yang diajukan. Nurin menikam wajah mereka berdua. Bebola matanya bergerak ke kanan ke kiri. Silapnya juga kerana terlepas sedikit isi hati bukunya itu. Kepala digelengkan beberapa kali. Pandangan tidak puas hati dilemparkan kepada Nurin setelah melihat gelengan kepala gadis itu.

"Kau orang percaya tentang depression? Psychiatric ward?" Laju dia mengheret mereka berdua ke topik yang lain. Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, baik sahaja dia bertindak terlebih dahulu. Cebikan di bibir dan gelengan kepala seperti menusuk dalam hatinya. Mereka juga tidak percayakah?

"Tak." Satu patah itu menghancurkan segalanya. Mudah benar mereka berbicara. Mudah jika mereka tidak pernah merasakan apa yang dia lalui. Mengapa dia menelan kepahitan hidup seperti tiada penghujungnya? Sedangkan orang lain, menelan kemanisan hidup dengan seribu satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Di dalam mereka, ada taman bunga. Taman bunga itu dihiasi oleh pancutan air dan rama-rama yang berterbangan di mana-mana sahaja.

Sedangkan taman kepunyaan Nurin Insyirah, sudah lama terbiar, terbengkalai. Permainan di taman itu semuanya rosak. Tiada yang menarik. Ditambah pula dengan guruh dan badan langit gelap yang menutupi cahaya matahari membuatkan tamannya semakin kelihatan suram dan sepi. Dia bermain seorang diri tanpa bertemankan rakan-rakan di taman tersebut. Hanya dia selamanya.

Tubir matanya terasa suam-suam panas. Apa mereka fikir dia tidak mahu merasakan bagaimana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia? Entah bila kali terakhir mama memeluknya. Atau mungkin tidak pernah langsung. Ya, dia mengaku dia cukup iri dengan rakan-rakan yang mendapat pelukan hangat setiap hari daripada ibu bapa mereka.

Air mata mencurah laju bak air terjun mengalir terun. Kepala ditundukkan. Bibir dikemam kuat supaya tidak menghasilkan suara tangisan yang dipendam lama. Tidak lama dia begitu, bingkas dia berdiri. Bahaya atau tidak, diletakkan ke tepi terlebih dahulu. Mati? Dia tidak kisah sama sekali dan sangat menginginkan perkara itu terjadi.

"Both of you are same with my family and people out there. I think you guys can make a group. The toxic group." Nurin Insyirah berbicara bersama suara seraknya. Walau tersekat-sekat, digagahkan juga. Mereka berdua terkesima mendengar sindiran gadis itu.

Kaki diatur ke tingkat bawa dengan sangat laju. Perasaan sangat berkecamuk. Mahu marah, tetapi dia berasa kecewa juga. Mahu menangis, tetapi dia mahu ketawa pada masa yang menangis. Mahu mengamuk, dia mahu menghancurkan segala harta benda dan menengking sesiapa sahaja yang mencari fasal dengannya. Tapi apakan daya, hatinya lembut bak tisu basah.

Tanpa teragak-agak dia melangkah dengan laju di atas atap bumbung sekolah. Badannya masih seimbang walau tidak berpaut pada apa-apa benda di sekeliling. Setelah dia turun, gadis Melayu itu terduduk lemah. Dia penat tetapi tiada siapa mengerti apa yang dimaksudkan olehnya ketika menggunakan perkataan penat. Bukan penat membuat kerja atau mengangkat sesuatu yang berat bahkan berlari juga bukan. Penat yang tidak dapat diungkap dan diolah melalui kata-kata nyata.

Acapkali dia tidak percaya akan orang sekeliling bahkan orang yang paling terdekat dan mempunyai darah daging yang sama. Sangat sukar untuk dia percaya selepas satu kejadian hitam yang hampir menguasai seluruh hidupnya. Namun, dia bebas dari bulatan trauma tetapi masih tidak percaya. Kejadian itu usahlah dikenang. Ibara menambahkan garam pada luka yang mengalirkan darah. Pedih.

Perlahan-lahan dia berdiri semula dengan berpaut pada dinding koridor bangunan. Di tingkat paling atas, dia melihat seluruh sekolahnya yang besar itu. Dapat Nurin rasakan mata-mata menumpukan perhatian ke arahnya. Apabila ditoleh, tiada sesiapa pada petang yang cerah itu.

Kau takde guna, Nurin... Takde siapa sayang kau...

Suara itu berbisik di dalam mindanya. Firasat hatinya kuat mengiyakan kata-kata dia. Penghidap kemurungan menggelarkan suara tersebut sebagai monster. Monster jahat. Dia kejam. Kerana, dia menggalakkan Nurin Insyirah untuk menamatkan sahaja hidupnya. Terkadang, dia melihat menggunakan mata minda, monster tersebut seperti hantu yang ditutupi oleh kain hitam yang terawang di awang-awangan. Bukan satu atau dua, bahkan beratus-ratus banyaknya. Dan dia masih di sini, berdiri utuh walau dalaman sudah lama hancur.

Nurin menampar kepalanya sendiri. Tudung sekolah putih dicengkam erat. Suara itu semakin kuat lalu ia berteriak dan ketawa secara terus-terusan. "Tak! Aku berguna! Aku berguna sebagai seorang manusia! Mereka masih sayangkan aku! Siapa kau?!" Nurin berkomunikasi seorang diri. Suara itu ketawa nyaring.

HAHAHA kau yakin? Kenapa mama papa kau hina kau, sayang? Kenapa mereka berdua bilang kau tiada guna sebagai seorang anak? Kenapa Nurin Insyirah? Kalau kau mati, tiada siapa kisah akan kematian. Dan kehilangan kau dalam hidup mereka juga, seperti kehilangan duit syiling 5 sen.

Nurin segera menggalas beg sekolahnya. Suara itu perlahan-lahan menghilang. Dia percaya, suara itu akan kembali muncul bila-bila masa berdasarkan kehendaknya sendiri. Tergesa-gesa dia menuruni tangga sekolah. Putera Zahran dan Rayyan Hanz hanya mampu memerhati tingkah laku gadis itu yang semakin berubah pelik sedikit demi sedikit, dari hari ke hari.

BUKAN seperti apa yang dia harapkan apabila tiba di rumah. Mengapa keluarganya tidak boleh menjadi seperti keluarga yang lain? Terlihat bahagia. Amat bahagia. Gelak tawa menghiasi hari-hari mereka. Sedangkan dia, sangat jauh beza. Ada sahaja benda yang mahu dibesarkan. Perkara itu yang menambahkan luas jurang ahli-keluarga yang lain terhadapnya sedangkan jurang itu sudah luas, seluas-luas yang mungkin.

Secara jujur dia me'naip' berdasarkan sudut hati yang paling dalam, dia cukup cemburu apabila dia membaca novel yang berkaitan keluarga bahagia. Setiap kali membaca tentang itu, air mata sentiasa menemani. Dan sekarang ini, air mata juga yang menemani. Ah, mengapa semua ini harus berlaku pada dirinya yang hina? Dia tahu, dia tidak sepatutnya menyoalkan takdir, tetapi, dia tidak tahan.

"Eloklah tunjuk perangai macam tu depan ibu bapan" Mamanya melemparkan sindiran menggunakan nada yang sangat kasar. Jika orang yang tidak pernah mendengari nada itu, pasti mereka tersentak kerana terkejut. Ah, tetapi bukan pada seorang Nurin yang membawa maksud dua cahaya.

Nurin menyungging senyuman sinis. Mata coklat itu tajam menikam sepasang mata coklat yang tidak jauh di hadapannya. Badan dibongkokkan sedikit lalu dia memegang lutut. Sindiran itu seolah-olah memasuki telinga kanannya lalu terus keluar melalui telinga kirinya seperti kilat menyambar, cepat dan pantas. Dia sudah kebal. Kata-kata nasihat tidak lagi dia makan. Kerana apa? Kerana keluarganya mendidiknya untuk menjadi seorang sebegini rupa! Mendidik anak sulung yang berusia 14 tahun dengan kekasaran dan keganasan sehinggakan dia tersiksa dan menderita.

"Elok? Dahtu, kau orang berdua tengking Nurin, elok juga ke? HAHAHA! Elok ke? Jokes on both of you!" Dalam amarah dan tangisan dia melepaskan tawa yang tidak dibuat-buat. Senyuman sinisnya tidak mati lagi. Dia tahu dia sudah gila. Dia gila kerana kasih sayang dan perhatian. Dan dia tahu, dia seorang gadis muda yang mempunyai aura psiko. Ya! Dia memang psiko. Tetapi sisinya yang satu itu jarang diperlihatkan, dan kini, dia memperlihatkan di hadapan kedua-dua orang tuanya.

"Dia dah kenapa? Gila dah ke?" Seperti kilat menyambar hatinya, begitu sakitnya mendengar soalan yang diajukan pada mama oleh papanya. Langkah dihayun laju oleh mamanya, tangan juga tidak mahu kalah rentak gamaknya. Nurin memandang dalam. Dia tahu apa yang bakal terjadi dan dia masih berdiri di situ, tidak berganjak walau satu langkah ke belakang.

Pang!

"Jaga mulut kau! Melampau!" Tubir mata yang sudah kering hanya untuk seketika kembali dipenuhi air matanya. Sakit dan pedih mencengkam badan. Bukan sekali atau dua, berkali-kali dia ditampar. Mamanya terus berlalu pergi ke dapur. Bibirnya mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun Nurin Insyirah. Papanya hanya melihat. Lelaki berusia 40-an itu duduk bersahaja memerhati si sulung.

"Nak suruh Nurin jaga mulut, ma jaga mulut ma dululah!" Nurin melawan, tidak mahu kalah. Dia keras kepala, tidak kisah akan cemuhan orang sekeliling. Suaranya sangat tinggi. Jiran sebelah juga boleh mendengar gamaknya. Siapa kisah? Tiada. Semasa dia menengking kembali, mutiara jernih tidak henti mengalir juga.

"Kutuk Nurin anak babi, bangang, bodoh, sial. Oh, memang Nurin anak babi kan? Almaklumlah, ibu bapa pun babi juga. Terlupa pula." Mamanya terus datang menerpa. Ditolaknya kasar tubuh Nurin sehingga jatuh rebah di atas lantai. Dia gagah bangun lalu menolak kasar tubuh mamanya. Dia bukan anak yang baik. Dia tahu itu. Tetapi, ini sudah melebihi batas dan ini bukan cara yang betul untuk mengajar anak.

"Pa pun samalah! Dua kali lima dengan ma! Lain kali jaga bini tu elok-elok! Argh! Sial!" Sindiran serta perlian dilemparkan pula pada papanya. Rambut yang panjang melepasi paras pinggang diramas kasar sehingga ikatan rambutnya terbuka akhirnya. Pandangannya penuh kebencian. Boleh dilihat dari anak matanya, api menjulang-julang naik dengan marak sekali.

"Kalau anak kau orang ada depression, anxiety dan stress, jangan tanya sebab apa."

"Kau yang buat sendiri. Hadap fon 24 jam. Kurung diri dalam bilik."

"Sebab family sendiri yang buat!" Nurin membantas keras pernyataan tersebut. Dia menghabiskan masa dengan telefon pintar kerana kawan-kawan yang dikenali secara atas talian dapat menceriakannya kembali walau hanya untuk seketika sebelum dia kembali ke dunia realitinya. Dia ada keputusan sebenar yang menunjukkan dia kemurungan, keresahan dan stres pada tahap yang sangat teruk. Dia berlalu pergi selepas itu.

It's over.

DEDAUN pintu dihempas sedikit kuat. Tangisannya terhambur. Nurin bercakap dengan dirinya sendiri seolah-olah dia bercakap dengan seseorang. Dia ketawa dan menangis selepas itu. Semua itu tidak palsu malah itu yang sebenarnya apa yang datang ke luar fizikalnya. Telefon pintar dihidupkan. Slip keputusan secara atas talian itu dicari. Kesemuanya tiga dan keputusan tidak jauh beza. Tiga laman yang berbeza.

Senyuman tawar muncul di birai bibirnya. Mengapa dia masih menyimpah tangkapan skrin ini? Seperti orang bodoh yang mengharap kedua-dua ibu bapanya akan memahami masalah mentalnya. Namun hampa, harapannya hancur sementelah itu. Wajarlah jika dia berkurung seharian suntuk di dalam bilik sahaja.

Muka dibenamkan ke dalam badan batal yang mengesat air matanya. Tersedu-sedan dia menghamburkan tangisan hampa. Bahu dan badannya terikuti terinjut sama. Bukan dia tidak mahu menjerit, dia tahu, jeritannya tidak akan dapat memuaskan hatinya kerana jeritan itu tidak mewakili seluruh kata hatinya. Hanya separuh dan kurang. Lama-kelemaan, dia tertidur ditemani air mata yang setia mengalir. Such loyal tears.

BEBERAPA hari berlalu selepas kejadian itu. Reputasi sekolah juga sudah merosot kerana masalah yang dihadapinya sekarang. Tidak mungkin dia akan pergi ke sekolah dengan mata yang sudah berubah merah dan bengkak teruk. Pelajaran sudah hanyut lalu tenggelam ke dasar laut dalam. Dia bangun pada pagi itu. Terlihat indah sahaja apabila dilihat ke luar jendalanya namun hatinya tetap sama, tidak tenang dan tetap kosong. Selepas selesai menunaikan solat Subuh, dia menuruni tangga seraya menuju ke dapur.

Lima bungkus nasi lemak menyapa pandangan. Lantas itu, sebuah keluhan berat dilepaskan olehnya. Selam tempoh mereka bergaduh, dia langsung tidak bertegur sapa bahkan memberikan senyuman jauh sekali. Sudah seminggu selepas kejadian itu. Ya, seminggu wahai para pembaca. Dia masih disini, hidup luarannya namun sudah mati dalamannya.

"Ma, Nurin ambil satu nasi lemak ni." Dia menitipkan pesanan sekadar berbahasa basi pada pagi nan indah itu. Puan Che Su memerhati sahaja. Dia, Che Nurin Insyirah tetapi hanya Nurin Insyirah digunakan. Che itu satu keturunan. Hairan juga pada mulanya kerana kesemua adik-beradik mamanya yang terdiri daripada 11 orang dan separuh daripadanya adalah perempuan dan mamanya anak bongsu. Dua orang lagi pula, meninggal semasa dilahirkan. Berbaki 9 lagi. Nama-nama mereka semua ringkas sahaja.

Selepas itu, kedengaran seseorang berdecit geram. Papanya. Tangan yang lincah membuka bungkusan Nasi Lemak terhenti. Dia tahu apa yang berada di dalam fikiran papanya. Dia sangat tahu. Sudah 14 tahun tinggal sebumbung. Nasi Lemak itu dibungkus kembali lalu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Sudu dilemparkan ke dalam singki. Sedikit terasa tetapi, dia mengapa.

Dia membuka almari dapur lalu mencari bungkusan Maggi Kari cup Tomyam. Malas pula rasanya mahu menggunakan dapur. Jadi, bagi memudahkan kerja, dia mengambil Maggi Kari cup sahaja. Puan Che Su menikam pandangan suaminya.

"Makanlah. Kan ada banyak lagi tu. Kalau tak habis, ma habiskan." Nurin menggeleng perlahan tanpa suara. Hatinya sudah tawar sepenuhnya, dipenuhi kata-kata tomahan papa dan mamanya tidak lupa juga. Walau mamanya menghalang, dia tetap berkeras mahu mengisi air panas ke dalam cawan Maggi Kari Tomyam tersebut. Kepala digelengkan sekali lagi.

Toxic home. Toxic parents. Toxic family. Toxic friends. I'm a toxic person. I deserves no one in my life.

"Ingat aku ni kuli ke? Beli sana, beli sini." Papanya melemparkan rungutan. Nurin sedikit tersentap dalam hati. Dia berpura-pura biasa. Tiada apa yang terjadi. Dia kehausan. Dia juga kepenatan. Selepas Maggi itu mengembang, dia menghayunkan langkah besar ke biliknya semula. Biarlah apa mereka berdua hendak berkata sekalipun. Dia tahu, tidak seharusnya menjamah makanan di dalam makanan tetapi ini sahaja cara untuk mengelak dari bertembung dengan anggota keluarga yang lain.

Dia akui, dia anak yang derhaka dan tidak layak untuk menerima kebahagiaan bahkan Syurga sekalipun jauh sekali Syurga Firdaus. Dan terkadang, dia merasakan itu bukan diri yang sebenar. Seperti seseorang menggantikan personalitinya. Dia menjamah Maggi itu bersama hati yang terasa pada pagi itu. Tidak dibuat orang makan Maggi pada pagi dingin sebegini.

Jikalau boleh diperlihatkan bagaimana bentuk rupa hati seseorang, pasti kepunyaannya paling retak teruk kepada jutaan kepingan. Pembalut luka di sekeliling hatinya. Dia tersenyum penuh kepalsuan. Mustahil perkara itu berlaku. Selagi dia mampu mengarang cerita hidupnya, dia akan mengarang untuk 10 tahun yang akan datang. Jikalau cerita hidupnya terhenti di pertengahan jalan, ketahuilah bahawa kematian menjemputnya.

Hug me, I'm mentally tired.
- ivy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience