Bab 81

Romance Completed 1266201

Syed Arman memeluk Dr Malik yang setia menunggu di luar bilik Nurlisa.

Selepas isterinya tidur, Syed Arman keluar untuk berbual dengan Dr Malik, ketika ini jam menunjukkan pukul 7pagi.

Dia tahu tentang Dr Malik yang masih menunggunya daripada nurse yang masuk untuk memeriksa Nurlisa. Hampir sejam dia menunggu Nurlisa tidur.
Dalam keadaan senyap dan sunyi, di dalam situasi Nurlisa melancarkan perang dingin dan bisu dengannya, dalam suasana yang tegang, dia tidak akan berganjak daripada bilik Nurlisa.

“Abang akan minta Nurse pindahkan barang abang ke bilik ini, kita share bilik, boleh kan sayang manja abang? Jangan jeling abang gitu, elok elok mata boleh tengok wajah kacak abang, nanti tak boleh tengok. Abang tahu sayang suka abang seksi kan?,” Syed Arman cekal, dia harus menjadi seperti 6 tahun dulu, perkahwinan mereka yang penuh gurauan dan usikan.

Syed Arman tahu dan yakin perjalanan untuk menawan hati Nurlisa pasti sukar, tapi dia harus kembalikan memory mereka 6 tahun dulu, sewaktu dia mula jatuh cinta dengan kelembutan gadis itu, kelurusan gadis itu, kenaifan gadis itu, bagaimana seorang gadis kampung yang tidak pernah terlintas untuk dia kahwini, tidak pernah terfikir untuk bersatu, juga tidak pernah sesekali terniat untuk berada di dalam satu selimut dengannya.

Syed Arman melepaskan pelukan kemas Dr Malik, dia melabuhakan punggungnya di sebelah lelaki separuh usia yang banyak menolong kesembuhannya.

“Thanks Uncle sebab tolong Arman, takde Uncle tak tahulah canne cara nak jumpa Lisa. Arman tak sangka, Allah hadirkan Uncle pada masa Arman perlukan seseorang untuk tolong Arman dekat dengan isteri Arman,” Syed Arman merasakan ucapan terimakasih tidak akan cukup untuk membalas kesemua kebaikan doctor itu.

“Uncle kena percaya pada Arman, Arman tahu how to tackle her back to my arm. Bukan mudah, tapi tidak juga susah. Arman nak minta tolong Uncle cakap dengan semua gengs Uncle, jangan kacau us till Arman panggil datang tauuu, Arman kena gunakan kesemua senjata untuk pikat dia balik,” Syed Arman kembali memeluk Dr Malik yang masih tersenyum memandang pesakitnya.

“Baik, Uncle kasi chance kat Arman, tapi satu perkara yang Arman kena more careful. Lisa pernah pesan, jangan sesiapa cakap pasal anak dengan Arman. Tapi Uncle tahu Melissa dah kasi tahu kan? Jadi Arman kena create cara how to make her story about your son. Uncle tahu Arman lebih kenal Lisa dari kami, jadi uncle akan inform geng bawang Uncle ya, nanti kita calling calling lah and good luck, uncle doakan Allah mempermudahkan urusan Arman dan Lisa. Uncle sayang kamu berdua, jadi balik dengan cepat, Uncle nak baby baru,” Dr Malik bangun dan menyalami Syed Arman.

Kelihatan Syed Arman tersenyum puas dengan sokongan Dr Malik yang selama ini sangat baik dengannya.

“Uncle, lagi satu, boleh Arman minta Uncle checkkan keadaan Sakinah dan Umi. Pesan kat Babah, jangan apa apakan mereka. Mereka cuma asbab dari Allah untuk Arman dapat balik apa yang Arman hilang. Cuma Arman kena cari cara nak make sure Sakinah dan Umi tak dekat dengan Lisa. Arman tak nak tengok mereka buat sesuatu yang boleh Arman hilang Lisa lagi sekali,” Sedari tadi Syed Arman sangat ingin tahu keberadaan mereka dan apa yang terjadi kepada mereka berdua.

“Baiklah, Uncle tahu watak Uncle seterusnya. Jadi kamu masuk dulu, jaga isteri kamu. Jangan kasi nurse sentuh dia, kamu kena jaga dia dari kepala sampai kaki, kencing berak semua kamu kena uruskan, jadi kasi nurse buat. Lepas tu baru kamu tahu sayang atau tak?,” Dr Malik tersenyum dan mula menapak ke pintu utama. Dia merasa puas dengan apa yang terjadi sebentar tadi.

Niat untuk melihat Syed Arman dan Nurlisa bersatu semula hampir menjadi kenyataan.

*******************************************

Selesai menunaikan solat dhuha, Syed Arman menghampiri Nurlisa dan mengejutkan dengan perlahan.

“Sayang, bangun dulu, sekejap lagi doctor datang, kita breakfast dulu. Lepas tu sayang nak berkumur tak? Abang bawakkan air,” Syed Arman tahu isterinya tidak tidur, cuma dia protes tidak mahu membuka matanya.

“Nurse ada bawak American breakfast, sayang suka kan? Atau sayang nak bubur mcd, abang boleh orderkan,” Syed Arman mencuba lagi dengan suara yang cukup lembut dan mengoda dan dia tahu Nurlisa sangat sukanya suara dan bibirnya.

“Baiklah, kalau sayang tak nak buka mata, abang akan kiss your lip sampai lebam, lepas tu abang akan basahkan towel and lapkan badan sayang, dari atas sampai bawah, bahagian dalam pun abang akan lapkan. Lepas tu abang akan tukar baju sayang. Masa tukar baju tu, abang akan bogelkan sayang, abang skodeng dulu badan sayang, dah puas skodeng, abang akan pakaikan baju. Ok tak? Ok lah kan?,” perkatan kiss dan bogelkan itu di tekankan, dan dia tahu isterinya sudah tidak keruan.

Nurlisa mengerakkan badannya sedikit, dia juga gerakkan tangannya untuk menekan button emergency itu.

“Abang dah letakkan button tu jauh, sayang tak boleh capai pun,” Syed Arman sememangnya sudah merancang kesemuanya, agar Nurlisa cuma perlu harapkan dia sahaja.

Nurlisa membuka mata, dia memandang tajam kea rah suaminya.

“ I nak piss lah, tolong I call nurse,” suara itu tiada seri pun, membeku dan dingin seperti ais.

“Nurse dah pakaikan pamper lah, sayang piss jer, nanti abang tukarkan,” Syed Arman tahu tentang pampers itu daripada nurse yang datang memeriksa sebentar tadi.

“kenapa kena pakai pampers pulak, I bukan lumpuh pun, bukan koma pun, I nak pergi toilet sendiri, yang sakit kepala, bukan kaki, panggil nurse, I nak pergi toilet sendiri,” garang sungguh suara tu, kedengaran sangat tegas dan ada rajukan di dalam suara itu.

Syed Arman tersenyum manja memandang isterinya yang sedang protes, dia tahu Nurlisa akan lakukan apa sahaja untuk membuat dia beredar, sakit hati Nurlisa tentang Sharifah Sakinah itu masih tebal, dia tahu itu.

“Ok, abang panggil nurse untuk bukak air kat tangan sayang dulu, jangan marah marah, nanti lambat baik. Sayang stay kejap, abang call them, tapi dengan syarat, abang yang akan bawak sayang ke toilet, kalau sayang degil jugak, abang kiss sayang depan nurse tu,” Syed Arman menekan button untuk menegakkan katil untuk memberi keselesaan kepada isterinya dengan wajah yang mengoda dan dia berharap isterinya akan jatuh hati dengannya.

“Tak payah nak ugut sangat lah, kenapa tak kiss Sakinah jer, lepas tu raba apa yang patut kat badan dia, pas tu kasi alasan tak sedar, tak tahu kenapa boleh jadi gitu. I tak bodoh lah, hilang ingatan jer pun, tapi tak sangka hilang iman sekali. Manusia apa macam gitu, pergi mati lagi baik,” kedengaran suaranya sebak, matanya berair, dan Nurlisa menangis.

Syed Arman terkedu mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari bibir isterinya. Dia tahu, dia tidak terkejut dengan kenyataan itu.

“Sayang kena sihat dulu, abang akan explain selepas sayang sihat, kita settlekan breakfast dulu ya, sayang kena tahan hati dengan abang dulu, abang minta maaf, abang memang orang jahat, hilang pedoman, abang takkan kasi alasan untuk sayang, tapi ada cerita yang abang nak cerita, sayang kena dengar supaya sayang faham keseluruhan cerita. Abang panggil nurse dulu,” Syed Arman menyapu airmata yang bergenang.

Dia juga sebak dengan segalanya, kali ini tidak mudah untuk dia mengembalikan isterinya.

“Nurse, tolong bawa I gi toilet, atau bawak wild chair sini, I nak basahkan badan I sekali, rasa melekit,” Nurlisa mengangkat badannya untuk bangun, dia tidak mahu meminta bantuan Syed Arman.

“Maaf Puan, saya di arahkan suami puan untuk membuka ikatan air ini sahaja, suami puan akan bantu puan selepas ni. Selepas selesai semua, boleh call me back untuk sambungkan balik air ni, maafkan saya puan,” Nurse itu terus beredar dan hilang dari pintu itu.

“Suami konon, loya dengar perkataan suami tu, nasib baik I terlantar kat sini, kalau I sihat, jangan harap tangan you yang kotor tu nak sentuh i. Tangan you tu dah raba perempuan lain, perempuan yang tak halal pun, jijik tahu tak?,” airmata itu mengalir deras, esakan sudah kedengaran dan sendu untuk sampai ke lubuk hati Syed Arman.

Syed Arman cuma diam, dia tidak menjawab, dia tidak mahu mencari pasal dengan isterinya.

Dia memegang badan isterinya, membetulkan kedudukannya, dan terus mengangkat ke bilik air yang cuma 2-meter dari katil itu.

Nurlisa membatukan dirinya, esakan masih berbasi, dia tidak memberi respon kepada Syed Arman, tetapi dia menyerah apabila suaminya mengangkatnya dan suaminya memeluknya kemas dan kejap.

Bau perfume suami menusuk hidungnya, sesungguhnya dia hampir kalah dengan rajuknya.

Dadanya berdebar kencang, nafasnya sudah tidak keruan.

Setelah hampir 6 tahun, dia kembali kedalam pelukan suaminya, mengilai suaminya.

Selama ini mungkin Syed Arman mengangapnya seseorang yang dia baru kenal, tapi hari ni lelaki itu memeluk isterinya, dengan penuh jiwa, dengan penuh kesungguhan.

“Sayang rilex ya, abang uruskan sayang, mula mula kita lap dari bahu ke kaki with towel sebab ada luka kat kaki dan lengan sayang kan? Abang basahkan air with more water, and abang lap, sayang piss dulu,” Syed Arman meletakkan isterinya di kerusi yang sememangnya sedia ada di bilik air itu.

“No need, I boleh buat sendiri, you tunggu kat luar,” Nurlisa membatukan dirinya, dia tidak akan membiarkan Syed Arman melihat tubuh badannya, kerana belum tentu jejaka itu masih suaminya.

Dengan suara yang penuh mengoda, dengan senyuman yang penuh gula, Syed Arman menuturkan satu persatu agar hati keras isterinya dapat dilembutkan.

“Sayang kan tak sihat, abang tak ambil kesempatan la, sayang kena percaya kat abang. Ok masa sayang piss, abang tutup dengan langsir, then sayang cebok sendiri. Tapi abang kena mandikan sayang. Jangan degil, sayang kan sakit, lepas sayang sihat nanti, sayang pukul abang cukup cukup, abang tadah jer nanti,” Syed Arman mengangkat Nurlisa ke mangkuk tandas. Dia menanggalkan pamper Nurlisa, mendudukkan Nurllisa dan menarik langsir untuk menutupi kelibatnya.

Tanpa banyak soal, atau mungkin sudah tidak tertahan, Nurlisa menyelesaikan urusannya dan mula mencapai paip untuk membersihkan tetapi tangannya sangat sakit, seperti tidak boleh memegang kepala paip itu.

“sayang dah sudah ke? Kenapa abang tak dengar bunyi air?,” setelah menunggu beberapa minit, Syed Arman menarik langsir apabila mendengar tangisan Nurlisa.

Dia melihat Nurlisa dalam kepayahan ingin mencapai kepala paip dan tangannya tidak dapat memegan kepala paip tersebut.

“Ya Allah manja abang, tangan sayang kan seliuht sebab jatuh tu, don’t push, abang tolong,” Syed Arman mencapai kepala paip dan mula menghala air itu untuk mencuci bahagian sulit Nurlisa.

“NO NO NO, I boleh buat sendiri, you just salur air ke sini jer, jangan pandang sini, mata you ke lain,” Syed Arman tidak membantah, dia juga tidak mahu berlama lama di dalam bilik air kerana tidak sihat untuk isterinya.

Process menyuci itu selesai, Syed Arman mengangkat kembali isterinya ke kerusi dan mula mencapai tuala untuk memandikan isteri dengan tuala itu.

“Takper, I boleh mandi sendiri, after 6 years, I bukan isteri you lagi, jangan ingat you boleh pegang I sesuka hati. Hubungan kita tak pasti, jadi call nurse, you boleh keluar,” suara itu kembali tegas dan dalam sendu yang dalam.

Syed Arman melihat isterinya sangat tegang, kedut di dahinya terbentuk dengan jelas.

“Sayang, abang tak sangka abang kena explain semua ni dalam bilik air, tapi abang have to explain sikit dulu, yang lain abang akan cerita nanti,” Syed Arman mengambil tangan isterinya dan mencium perlahan.

Nurlisa menarik tangannya kasar, tetapi dia masih berkeras memegang tangan itu.

“Semasa abang keluar dari banglo Arau dulu, selepas abang tahu yang kisah sakit nenda itu cuma tipu dan umi check bank transaction abang, abang minta tolong Abang Adam untuk transfer RM3000 ke acct Bank Islam sayang setiap bulan. Kisah itu 6 year ago and Abang Adam masih lagi transfer tanpa tanya abang duit tu untuk siapa. Mesti sayang lupa kan? Atau Bank Islam tu sayang tak ingat pun, sebab sayang kata dulu, buku bank tu dah hilang, sayang cuma ingat acct number sahaja. Sayang kata sayang tak nak monthly nafkah, sayang cuma nak abang sahaja, sayang dah lupa?,”

Nurlisa mengangkat wajahnya dan memandang suaminya dengan riak yang sangat terkejut.

“Sayang, abang tak pernah gagal kasi nafkah kat sayang, tak pernah, sebab Allah mengambil ingatan abang, jadi abang lupa sayang. Jadi in summaries, sayang masih SAH isteri abang. Seluruh body dan jiwa sayang adalah HAK abang. Tiada bantahan,” kali ini suara Syed Arman puas, dia seperti berada di pentas untuk mengumumkan kemenangan.

Airmata Nurlisa mengalir laju, dia seperti kebingugan dan tidak percaya dengan kenyataan yang diberikan oleh suaminya.

“Kita habiskan session dalam bilik air dulu ya, sayang tak boleh duduk lama, jadi sekejap lagi abang sambung cerita. Sayang please allow abang to habiskan mandi sayang,” Syed Arman berkata perlahan kerana dia melihat airmata laju isterinya.

“kita tanggalkan baju hospital dulu, abang dah minta Ameena bawak extra panties and bra from kondo, kita mandi dulu,” Syed Arman menanggalkan baju dengan perlahan, menanggalkan bra dan panties, dan dalam 5 minits, Nurlisa sudah fully naked.

Mata Nurlisa tidak lepas memandang suaminya, dia sedang menahan jiwanya daripada menguasai dirinya, jiwa seperti terpukau dengan lagak suaminya yang kelihatan sangat macho dan maskulin. Sentuhan suaminya membawa jiwanya ke zaman mereka bersatu dahulu, zaman dia di pantainya, zaman dia di banglo arau itu.

Syed Arman tahu Nurlisa memandangnya dan isterinya sedang berlawan dengan jiwa dan rajuknya. Dia tahu kerana Dr Malik sudah memberitahu details sakit yang di hadapi isterinya.
Syed Arman juga sudah hamir tewas dengan pandangan isterinya. Dia juga merindui memory mereka bersama, sumpah dia juga sangat RINDU.

“Sayang jangan pandang abang gitu, berdebar dada abang ni, jangan goda abang please…kasi abang selesaikan mandikan sayang dulu,” Syed Arman menghabiskan basahkan kaki dan peha, seterusnya ke belakang dan bahagian hadapan yang sangat mengodanya.

Dia tidak boleh mengambil kesempatan, dia perlu menghormati isterinya yang sedang sakit.

“Abang, Sofea nak kiss, Sofea rindu abang, mandilah sama sama dengan Sofea….,” dan Nurlisa menarik kepala Syed Arman dengan tangan kanannya dan menyentuh kasar bibirnya ke bibir suaminya.

Syed Arman sangat terkejut, dia seperti terpana dengan tindakan Nurlisa. Nurlisa di dalam keadaaa yang sangat manja, di dalam keadaan yang sangat mengoda, di dalam keadaan yang sangat agresif, dia juga lemas di dalam cerita mereka.

Bibir mereka bertaut kejap dan kemas, nafas Nurlisa sudah tidak keruan, nafas Syed Arman sudah tidak lagi stabil, mereka sangat menikmati cinta mereka yang hilang selama bertahun tahun dan jiwa mereka saling terisi dengan kenikmatan ini.

Syed Arman seperti sedar, apabila mendengar teleponnya berbunyi di luar. Secepatnya dia kembali ke alam nyata dan menghabiskan sessi mandi Nurlisa.

Nurlisa masih sama, dia masih berada di dalam jiwanya. Dia seperti terbuai dengan setiap sentuhan suaminya.

Syed Arman mengosok dada Nurlisa, dengan perlahan, supaya nafsu Nurlisa tidak menggila. Dia bangun membasahkan tuala dan menghabiskan di bahagian leher. Dia perlu menghabiskan sessi ini kerana dia tidak mahu Nurlisa salah faham.

Dalam 5 minit, Nurlisa siap dengan berbaju hospital. Dia tidak memakai bra dan panties kerana Ameena akan sampai hanya selepas pukul 2. Syed Arman mengangkat isterinya ke katil dan isterinya masih memeluknya dan cuba mencium lehernya dengan penuh manja.

“Abang, Sofea lapar, Sofea nak abang suap,” suara manja itu sekarang menjadi masalah yang paling besar untuk suami yang sudah lama tidak mendapat nafkah batin daripada isterinya.

“Sayang dah bersih, abang suap breakfast dulu, abang akan panggil Doktor nanti. Abang nak ulang balik yang cinta abang cuma untuk sayang, tiada orang lain,” Syed Arman mencuit hidung isterinya masih tidak melepaskan tangannya.

Dia menunduk dan sekali lagi dia memagut bibir isterinya lembut. Itu ubatnya selama ini, ubat yang berada di hadapannya, tetapi dia tidak ingat.

Mereka breakfast bersama, Syed Arman terasa sangat bahagia walaupun yang berada di hadapannya adalah jiwa isterinya. Dia merasa sungguh sungguh bahagia.

Nurlisa sangat senang di uruskan kerana jiwanya masih melekat. Dia tidak berhajat untuk memanggil jiwa Nurlisa Kembali, biarkan Sofea menguasai sehingga dia sembuh sepenuhnya.

Doktor yang merawat memberitahu tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana semuanya sempurna. Kalau luka pembedahanya baik, mungkin Nurlisa boleh keluar selepas 2 hari.

Jadi Syed Arman membiarkan isterinya tidur, kerana selepas ini mungkin Nurlisa akan muncul dan dia perlu bertahan lagi.
Semasa isterinya tidur, dia dapat memberitahu ahli keluarga tentang Nurlisa.

Syed juga meminta mereka tidak datang ke hospital, meminta mereka percaya kan dia dalam merawat isterinya.

Ameena juga sudah sampai membawa keperluan Nurlisa, termasuk pakaian dalam dan bubur mcd.

Kedatangan Ameena juga membawa jambangan bunga daripada Eusoff, perfume YSL untuk di sembur di tilam supaya jiwa Nurlisa kembali lembut.

Kaklong Melissa dan Edrus meminta dia berhati hati bercakap tentang Eiman, mereka meminta Syed Arman mengunakan kesemua cara untuk Nurlisa bercerita berkenaan anak mereka.

Buah cinta mereka yang menjadi jambatan cinta mereka.

Syed Arman merasa sangat bahagia, bahagia yang sudah lama pergi dan datang Kembali.

BERSAMBUNG

Share this novel

Linah Manguku
2021-05-30 11:32:50 

update plz...

Intan Dan Zamri
2021-05-28 23:46:18 

Bila nk update.... 2minggu dh

Linah Manguku
2021-05-26 11:57:21 

update plzzzz..


NovelPlus Premium

The best ads free experience