Series
395
' Tengku Amar Fariz Bin Tengku Ismail, aku nikahkan engkau dengan Nur Mawar Irdina Bt Ali Tsauri dengan maskawinnya RM2000 tunai.'. Pernikahan yang dijalankan secara kecil dan hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir.
' Aku terima nikahnya Nur Mawar Irdina Bt Ali Tsauri dengan maskawin RM2000 tunai' lafaz Amar dengan lancar dan yakin.
sah? tanya Tok Kadi kepada saksi-saksi kepada pasangan pengantin di hadapannya itu.
'SAH!' Bergema masjid itu dengan suara-suara saksi yang hadir.
Akhirnya, Aku Mawar Irdina sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang merupakan pilihan hatinya. Mutiara jernih jatuh di pipi Mawar kerana bahagia akhirnya dia dan Amar sah bergelar suami isteri.
Amar menuju ke arah Mawar yang cantik duduk bersimpuh dengan baju pengantin serba putih. Hati lelakinya berbunga dan terpesona dengan kecantikan Mawar pada hari ini.
' Mawar... my lovely rose so beautiful.' puji Amar tatkala sudah duduk di hadapan Mawar. Bibir merah milik Amar mengukirkan senyuman bahagia tatkala melihat Mawar tertunduk malu mendengar pujiannya. Sejambak bunga ros pengantin yang dipegang Mawar digenggam kuat kerana menahan malu setelah dipuji Amar. Namun hatinya berbunga dan akhirnya membalas pujian itu dengan menghadiahkan sebuah senyuman kepada Amar walaupun dia tahu mukanya merah padam.
' Amar, nah ni cincinnya.' kata Puan Aishah yang juga merupakan bonda kepada Amar. ' Thank you Bonda' ucap Amar lalu mengambil cincin tersebut daripada kotak cincin berjenama Piaget. Sebentuk cincin bertatahkan berlian dengan ukiran Rose sekelilingnya telah siap sedia disarungkan kepada bakal pemiliknya oleh Amar.
Amar mencapai jari-jemari Mawar sambil mengusap dengan penuh kasih sayang tapak tangan milik Mawar.
' Mawar, izinkan Amar ye?' pinta Amar dengan lembut lalu menyarungkan cincin tersebut pada jari manis milik Mawar.
' As I thought, it suits you well my lovely rose" puji Amar apabila cincin tersebut terletak kemas pada jari isterinya.
' thank you abang... umm... Mawar sarungkan cincin untuk abang ya?' ujar Mawar lalu mengambil cincin di dalam kotak yang sama lalu perasan sesuatu pada bahagian dalam cincin tersebut.
' Mawar Tesoro'. Mawar terpana. Dia faham akan maksud perkataan selepas namanya itu. Tesoro bermaksud Treasure.
'Abang...' ujar Mawar sambil melihat Amar yang sudah tergelak kecil. Amar sudah siap sedia menghulurkan jarinya bagi Mawar menyarungkan cincin miliknya. Tanpa teragak, Mawar menyarungkan cincin pada jari manis Amar dan terus salam bagi menunjukkan rasa terharu dan bahagia. Ya! Dia bahagia.
Suasana di sekeliling mereka menyorak gembir apabila melihat aksi pengantin yang penuh dengan kasih sayang. Tidak kurang juga, ada yang tersengih, gelak sakan dan menyorak bagi menaikkan suasana meriah.
Selesai Mawar salam tangannya, terus Amar mendaratkan bibirnya pada dahi milik isterinya. Lama.
Juru gambar yang melihat terus mengambil gambar bagi momen-momen indah milik pasangan pengantin tanpa henti bagi mendapatkan hasil yang cantik dan berkualiti. Tidak kurang juga juru gambar tidak rasmi iaitu tetamu yang hadir mengambil video dan gambar mereka berdua.
Mawar rasa dihargai sebagai seorang perempuan dan seorang isteri. Mawar bersyukur dikurnikan suami yang cukup menghargai dirinya dari mula perkenalan mereka sehingga hari ini.
Apabila semua tetamu telah bangun bagi beransur keluar dari masjid, Mawar juga mula berdiri namun belum sempat Amar menariknya semula dan membisikkan sesuatu kepada Mawar. Dengan pantas, muka Mawar bertukar merah padam serta merta lalu ketawa kecil bersama Amar.
' Mine Queen lovely Mawar, I love you and you... gonna love me more after this. Non stop!' Bisik Amar dengan gaya menggoda lalu ketawa apabila melihat reaksi Mawar yang terkejut. Ketawanya meledak tanpa ditahan. Bahagia. Dia dan Mawar.
' I love you too Mine King' balas Mawar perlahan tapi cukup untuk Amar seorang sahaja yang mendengarnya. Amar tersenyum bahagia mendengar luahan Mawar yang tulus.
[ maaf terlalu clishe atau terlalu manis sampai diabetes sehingga boleh muntah rainbow] T_T
Share this novel