Kelopak 2~

Short Story Series 395

5 tahun kemudian....


'uwekkk...uwekkk...uhk..uhk...!!!!!'

Bunyi suara bayi menangis nyaring berlagu ditengah malam. Mawar tekejut lalu berlari ke arah katil bayi yang terletak di sebelah bilik mereka.
'shuh...shuh sayang mama. kenapa menangis ni? Rin lapar susu ye? sekejap ye Mama buatkan susu untuk baby Rin ye?' pujuk Mawar sambil menepuk-nepuk lembut Rin untuk memujuknya lalu terus bergegas ke dapur membuat susu Rin, Nurin MIsya. Puteri kecilnya.


Mawar sibuk menbancuh susu tanpa sedar pembantu rumahnya perasan akan kehadirannya di dapur di tengah malam.

' Puan Mawar ngapain lagi malam-malam begini disini? Puan lagi lapar ya?' tanya Buk Mari dengan pekat bahasa indonesianya.

Mawar yang mendengar pertanyaan bibiknya mejawab 'baby lapar buk Mari jadi saya bancuhkan susu untuk puteri saya' kata Mawar sambil pantas membancuh susu ke dalam botol susu.

' Puan Mawar tapi Tengku sudah bilang kalau....' belum sempat buk Mari menghabiskan kata-katanya Mawar terus beredar pergi ke bilik puterinya. Buk Mari hanya mampu menggeleng melihat sikap isteri majikkanya lalu terus masuk ke bilinya semula menyambung lena yang terganggu.

*************************************

Selesai Mawar menyusukan anaknya terus Mawar pulang ke biliknya lalu terus menyambung tidurnya semula.

Pintu bilik Mawar terbuka sedikit. Amar menjenguk isterinya yang telah menyambung tidurnya semula setelah selesai melakukan rutinnya. Dia baru selesai menyelesaikan kerjanya di perpustakaan mini yang juga merupakan tempat dia melakukan kerja terus balik ke biliknya bagi berehat. Dia tahu akan isterinya yang selalu berjaga malam menjaga puterinya jadi dia hanya memantau dari biliknya sahaja.

Amar mengambil tempat sebelah Mawar lalu menhadapkan badannya ke arah Mawar ' Mawar, Amar tak tahu sampai bila Amar boleh bertahan. Amar dah tidak rasa apa-apa selain benci tapi.... Aku tak sanggup nak buang kau atau lepaskan kau... sebab kau milik aku. Ros yang aku jaga dengan rapi tapi penuh dengan duri....' luah Amar sambil membelai rambut milik Mawar yang terjuntai di muka Mawar. Perbuatan yang ternampak manis tapi muka Amar tetap tegang dan dingin. Akhirnya Amar lena namun dibuai mimpi yang pahit dan ngeri.


'DARAH MENGALIR TANPA HENTI. DURI YANG SEMAKIN TAJAM SEHINGGA MENGAKIBATKAN GUGURNYA SATU KELOPAK ROS.'

*******************************************************************************************************************
Keesokan harinya, Amar sedang bersiap-siap mengenakan vest kelabunya dengan lengan berlipat sehinga ke siku.

Mawar memerhatikan suaminya yang tampak segak dan handsome di matanya dengan lama sehingga Amar perasan akan tenungan isterinya.

' Lovely Rose, stop it. Enough' ujar Amar dengan tegas. Mawar tidak peduli lalu terus menerpa ke arah suaminya . Mawar memeluk suaminya yang sudah lengkap dengan kemeja biru pucat serta vest kelabunya.

'WANGI!' puji Mawar tanpa segan silu dan terus memeluk Amar. Rahang Amar bergerak-gerak menahan rasa marahnya kerana rasa rimas dan benci pada sikap Mawar yang mula bergesel-gesel padanya.

' Mawar please. I have to go right now. I have a big meeting today so let me go Mawar.' Amar melepaskan pelukan Mawar dengan kasar sehingga Mawar terdorong ke belakang. Mawar tersentak.

' Abang... Mawar cuma nak manja-manja dengan abang. Amarkan suami Mawar apa salahnya Mawar nak peluk abang? Mawar rindu nak peluk Amar hari -hari macam dulu. Baby Rin pun rindukan daddy dia.... Abang jom ikut Mawar tengok Rin! Jom! Kita kiss baby kita sama-sama!...Jomlah' Mawar menarik lengan Amar secara paksa. Amar merentap tangannya.

' Enough Mawar!' tengking Amar.
' Aku busy so Aku takde masa nak layan BABY RIN kau tu. Just go alone. Aku nak turun breakfast.' kata Amar dengan nada mendatar dengan riak muka yang penuh kebencian kepada Mawar.

' but she is our princess Amar... Rin rindu nak tengok daddy dia..' kata Mawar sambil teresak-esak menangis apabila ditengking Amar. Dia perlukan Amar untuk bagi kasih sayang pada anak mereka.

'Enough I said!' Amar merentap rambut Mawar lalu menarik Mawar keluar menuju ke bilik Baby Rin.


Mawar menjerit kesakitan ' Abang! sakit! lepaskan Mawar! tolonglahhh! Sakit... kepala Mawar sakitt!!' meraung Mawar dengan kuat supaya Amar melepaskan rambutnya yang ditarik sehingga menyeret dirinya ikut bersama. Muka Mawar basah dengan air mata kesakitan. Perasaannya bagai ditoreh-toreh apabila Amar sanggup berkasar dengannya.


Amar menolak Mawar sehingga tersembam pada pintu bilik di hadapannya. ' nah! Aku dah temankan kau pergi bilik budak tu! Puas hati kau?' kata Amar pada Mawar sambil menunjal dahi Mawar.
Mawar hanya mampu menangis kesakitan. Tenaga perempuannya tidak mampu melawan Amar. Dia hanya mampu menangis dan diam apabila Amar perlakukannya seperti itu.

Dia takut. Dia sakit. Lemah.

' Aku dah tunaikan hajat kau so Aku pergi turun breakfast dulu my lovely Rose,okay?' kata Amar sambil memagut bibir Mawar dengan kasar lalu berlalu pergi. Mawar hanya mampu menangis.


Mawar terus memasuki bilik baby Arjuna lalu terus memeluknya. esakan tangisannya tidak berhenti walaupun dia memeluk baby Arjuna. Arjuna seakan mengerti tangisan mamanya mengusap perlahan-lahan pipi mamanya menggunkan tapak tangan kecilnya. Arjuna tersenyum sehingga menampakkan gusinya yang masih belum ditumbuhi gigi.

' Maafkan mama sayang sebab tak dapat pujuk daddy kiss...kiss Arjuna pagi ni... ' ujar Mawar hiba.

'aaa...abwa..abuwaa...' Arjuna berbunyi seolah-olah memujuk mamanya sambil tangan kecilnya genggam erat baju milik Mawar.

'Sayang mama Arjuna. Mama sayang Arjuna. Daddy pon sayang Arjuna. Arjuna kena selalu dengan mama tau?' ujar Mawar tanpa henti mencium pipi gebu milik Arjuna.

Arjuna ketawa riang dicium oleh mamanya. Gelak ketawanya membuatkan Mawar memeluk Arjuna seperti tiada hari esok dia bersama Arjuna, putera kecilnya.

********************************************************************************************
Manakala Amar pula yang sudah berada di pejabatnya hanya termenung jauh dan mengeluh.

' Mawar, Aku tak boleh lepaskan kau walaupun apa yang jadi sekalipun. Aku akan pegang kau walaupun aku dan kau hanya terjalin atas kertas. Sakit kau sakitlah aku! Dendam aku jugak dendam kau! Both of us already trapped in the dark...' luah Amar sambil tetap melihat pemandangan luar pejabatnya. Tenang namun hanya diluaran di dalam hatinya penuh dengan parut dan luka yang masih belum sembuh.


Amar menoleh ke arah bingkai gambar yang menggambarkan kegembiraan yang indah suatu masa dahulu. Dia, Mawar dan Arjuna. Indah dan penuh cinta.

' Arjuna maafkan daddy. Daddy sayang Arjuna tapi daddy dan mama masih terperangkap dengan kehilangan yang besar. Daddy layan mama teruk sebab Arjuna adalah segalanya. Mama bukan mama Arjuna yang daddy kenal lagi....' luah Amar sambil meraup rambutnya yang terjuntai di dahinya ke belakang. Tubir matanya terdapat mutiara jernih yang hampir gugur jatuh ke pipinya namun sempat diseka.


Amar membetulkan lipatan lengan bajunya kemas dan mengawal emosinya supaya lebih stabil dan tidak menggangu kerjanya dan reputasinya sebagai CEO syarikat miliknya. Setelah puas hati dengan kekemasan dan emosi dirinya, Amar mengorak langkah keluar menuju ke bilik mesyuarat bagi menghadiri mesyuarat yang akan berlangsung beberapa minit lagi.

Aura seorang alpha terserlah menyembunyi aura gelap Amar yang sebenar.

*****************************************************************************************************
Di suatu sudut gelap,

'Aku dan kau adalah satu, Amar...' ujar perempuan itu sambil tersenyum lebar.

'Mawar? Mawar akan mati perlahan-lahan dan hanya tinggal Aku untuk kau, My King.' kata perempuan itu sambil tangan ligat memegang pisau diayunkan ke arah gambar Mawar dan Arjuna.

' Both of us destiny is be together even after death Amar! Arjuna? Dia dah jadi milik Aku Amar... ahahahahahahahah!!! Mawar, Amar dan Arjuna... we're really a family... a happy family cover by blood, hatred and love...haha...hahahaha..hahaha!' ketawa perempuan itu dengan jahat lalu menikam gambar-gambar bahagia milik Amar. Lelaki yang dicintainya sehingga mati.

ku rindukan purnama ku....
Doaku kan bersamamu...
Semoga hatimu kan kekal abadi,
Terhadap diriku...
Tuhan ku mohon jaga dia tanpa ada noktah..
Tuhan Ku mohon kuatkan hatinya selamanya...
Aku perlu dia..


Perempuan itu menyanyi sambil mengusap gambar Amar yang telah dikoyakkan sekelilingnya. Bunga Ros di dalam balang kaca yang berada di hadapannya diambil lalu dicabut satu kelopaknya dengan rakus. Setelah itu, diletakkan semula di dalam balang kaca bersama kelopak yang dicabut. Darah mengalir di kelopak Ros tersebut.

' Duri wujud bersama ros untuk melindungi tapi sayang duri yang dianggap perisai adalah racun.' Perempaun itu senyum jahat seolah puas mencabut nyawa seseorang.

Ahahahahahahahaha.... Mawar kau akan mati perlahan-lahan seperti aku dan Ros ini!' ujar perempuan itu dengan jahat lalu menoreh lengannya tanpa rasa sakit. Darah dibiarkan mengalir.

'Arjuna sayang, purnamaku yang jauh...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience