Rate

Mike

Fantasy Series 557

16 tahun kemudian....

Mike memandang ke arah padang sekolah. Rakan-rakannya sibuk bermain. Ada yang bermain bola, ada yang bermain badminton. Sham hanya berdiam diri.

"Mike" Tegur Jim. Dia pelik kerana Mike hanya termenung.

"Mike, kau berangan apa tu?" Soal Jim yang menepuk bahu kiri Mike.

"Aku cuma risaukan pertandingan"

"Pertandingan?" Soal Jim.

"Aurora nak sertai pertandingan kuasa. Syarat penyertaannya adalah mesti tiga orang. Aku dah ada cuma seorang saja ada"

"Aku kan ada. Kenapa kau tak beritahu aku?" Soal Jim

Mike menepuk dahinya "Betul juga. Aku lupa pula"

"Bila pertandingan nya?" Soal Jim.

"Lusa ni. Aku akan beritahu Aurora"

Mike tersenyum. Jim pun sama.

.....................................................................................

Hari yang dinantikan, Mike, Jim dan Aurora menuju ke dewan pertandingan. Di dewan itu dipenuhi ramai orang. Orang ramai duduk di kerusi yang telah disediakan. Sebuah gelanggang yang bersaiz sederhana di situ.

Pertandingan kuasa ini datang sekali dalam setahun. Kumpulan mana yang menang, mereka akan masuk sekolah Magik yang menjadi rebutan orang ramai.

Sekolah Magik merupakan sekolah yang memilih pelajar yang terbaik. Sekolah ini melahirkan generasi yang mahir berlawan dan bijak pandai. Jadi, mereka akan lakukan sungguh sungguh untuk masuk ke Sekolah Magik.

Bukan mereka tak bersyukur masuk sekolah biasa tapi sesiapa yang masuk sekolah Magik ini mampu menjadi satria, pahlawan diraja, pengembara, dan pelayar. Sebab itu mereka mahu masuk sekolah ini.

Peraturan pertandingan kuasa adalah mereka perlu terdiri tiga orang. Tidak kisah bercampur lelaki atau perempuan. Pengadil akan mengadili perlawanan tersebut. Mereka perlu tolak musuh keluar dari gelanggang. Pemain yang paling banyak singkirkan musuh dikira pemenang.

Mereka dibenarkan menggunakan kuasa. Tapi mereka tidak boleh mencederakan pihak lawan. Mereka harus bertempur untuk menolak pihak lawan keluar. Masa perlawanan pertandingan kuasa adalah satu jam.

Perlawanan yang seri ataupun sengit akan bertarung sekali lagi. Ini mereka tidak mahu siapa pun yang seri dalam pertandingan kuasa ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience