Rate

Epilo

Fantasy Series 557

Kelihatan sebuah istana yang tersergam indah. Istana itu begitu besar. Kelihatan juga seorang wanita sepertinya sedang menjerit. Dia sepertinya mahu melahirkan anak. Dia pegang erat tangan suaminya di sebelah kiri. Tangan kanannya memegang katil.

"Aaaa!" Jerit wanita itu sekuat hati.

"Tuanku, teran lagi Tuanku" Seorang wanita yang merupakan bidan berada di hadapan ratu itu.

"Sayang, saya tahu awak boleh" Raja itu mengusap kepala isterinya.

"Argh!" Jerit sekuat hati.

"Waak!" Bayi menagis sekuat hati. Bidan itu ambil bayi itu. Dia mengambil tuala dan mengelap bayi itu.

"Anak beta mana?" Soal ratu yang dalam keadaan lemah.

"Ini dia, tuanku" Bidan itu beri bayi itu kepada ratu.

"Sayang" Ratu itu mengusap kepala anaknya.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Kelihatan seorang pengawal istana yang tercungap-cungap nafas bila dia buka pintu.

"Kenapa?" Soal raja

"Tuanku, kerajaan diserang. Kita mesti beredar dari sini"

"Sayang, saya hantar awak ke dunia lain ya"

"Jangan tinggalkan saya" Ratu itu menagis.

"Ini demi kebaikan awak dan anak kita. Saya sentiasa sayang kan awak" Raja mencium dahi isterinya.

Suatu portal berwarna hijau muncul. Raja mengangkat permaisuri serta anaknya dengan kuasanya. Dia masukkan permaisuri dan anaknya ke dalam portal.

Ratu itu mengendong anaknya. Dia menutup mata. Dia sepertinya jatuh dari langit. Dia buka mata dan dia mendapati dirinya di sebuah rumah yang besar.

"Sayang, ibu sentiasa sayang kamu. Kamu adalah anak ibu" Wanita itu cium anaknya.

Raja itu menagis. Dia tak sanggup untuk melepaskan isteri dan anaknya. Tiba-tiba istana diserang. Raja keluar dari tingkap kemudian dia terbang. Dia berkebolehan mempunyai kuasa angin menyebabkan dia boleh terbang.

"Raja, apa khabar?" Soal seorang lelaki yang berpakaian warna hitam. Dia memandang ke arah Raja itu.

"Apa yang kau nak?"

"Soalan yang bagus. Mana anak kau?" Soal lelaki itu.

"Dia sudah tiada"

Lelaki itu memerhati raja. Dia menghulur tangan nya ke arah raja itu. Dia menghasilkan petir kemudian dia serang raja itu. Raja tak sempat mengelak. Sesuatu yang melindungi raja. Sepertinya ada kuasa pelindung dan terhasil debu.

Debu itu berwarna putih pekat menyebabkan lelaki itu tidak nampak. Apabila debu itu sudah hilang, raja itu sudah tiada.

"Tidak!" Jerit lelaki itu.

Sejak itu kehilangan raja dan permaisuri serta anaknya menjadi tanda tanya. Rakyatnya tidak tahu ke mana raja dan permaisuri. Pemerintah diberi kepada adik raja itu. Penduduk di Kota Vilon berharap agar raja dan permaisuri mereka kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience