Rate

Perjalanan 1

Other Series 3038

" Ajai bangun, pukul berapa dah ni....! " tersentak bangun dari tidurku yang nyenyak dek teriakkan suara mak, ku capai tuala terus menuju ke bilik mandi.. ku berfikir sejenak termenung ke arah dinding..betapa aku rindu suara yang sentiasa mengejut aku diwaktu pagi, tanah kubur mak masih lagi merah; betapa robeknya hatiku hanya tuhan yang satu. Pemergian mak adalah sangat terkesan waktu ini. Apakah aku boleh teruskan hidup aku selepas ini yang sangat memerlukan bimbingan dan dorongan. Lagi 2 minggu aku akan memulakan langkah ke dunia mahasiswa. itukan yang mak nak ? selesai mandi, aku capai kunci motor lalu pergi ke pasaraya mencari keperluan yang sepatutnya aku mencari bersama mak. Dalam mencari barang keperluan, "ehh jai , lama x nampak ? pe cer ?" di sapa teman ku yang aku percaya dari kecil sampai sekarang, dia yang berada di sebelah aku ketika menguruskan pengebumian mak. ku balas dengan nada yang biasa-biasa sahaja sembunyikan kesedihan. "eh eman.. ade je kat rumah, ni cari-cari barang sikit-sikit, nanti kan nak pergi KL dah.." lalu ku pergi tinggalkan sahabatku itu tidak tahan sebak yang aku tahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience