Rate

Perjalanan 2

Other Series 3038

Hari yang ku nantikan telah pun tiba, ibu saudaraku maksu yang masih muda terpacak didepan pintu rumah peninggalan arwah mak kepada ku.Berat hari nak tunggalkan rumah yang dari kecil berlari,tempat ku bermaja dengan mak,tempat aku menangis di tepi tangga, perasaan bercampur gembira melanjutkan pelajaran dan sedih meninggalkan sementara. "jai ! cepatlahhh nanti lambat nanti sampai kl.. maksu x sabar ni nak tengok hang jadi budak u nihhh.. lekaihhh" sapa maksu.. "okey2 jap nak siap dahh" 6 jam perjalanan dari kedah ke Kuala Lumpur. Hatiku bagai dilanggar lori berdebar-debar, pintu gerbang sebuah Universiti Swasta. Alhamdullilah pengajianku ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan kerajaan negeri dan Badan Bukan Kerajaan kerana aku sangat aktif bersukan dan pelajar cemerlang sepanjang berada disekolah menengah. Aku melanjutkan pengajianku didalam program "pre-law" dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Ya benar cita-cita ku ingin menjadi peguam yang membela nasib ibu-ibu tunggal yang punya hak dan keadilan.namun perjalananku masih lagi jauh. Selesai sesi pendaftaran, maksu menghulurkan sedikit wang belanjanya, "jai ni ade skit maksu nak bagi buat hang belanja kat sini, pakai elok-elok nahh.. ingat pesan mak hang, biaq depa kata kita sombong, janji jangan salah pilih kawan, biaq depa nak hina kita orang miskin, depa tak tau perjalanan hidup kita.." lalu airmata ku jatuh membasahi pipiku, " ya maksu, terima kasih semban antaq jai sampai sini, maksu jaga diri elok-elok nahh, jai ada maksu ja kat dunia ni." lalu kami berpelukan tanpa menghiraukan orang sekeliling. aku dan maksu sangat rapat, umur kami juga tidak jauh hanya jarak 3 tahun.

Banyak telah aku lalui disepanjang waktu pengajian aku, setahun sudahpun berlalu. Ditahun kedua merupakan cabaran yang boleh dikatakan hebat, disini aku belajar apa itu CINTA. Ya cinta.. ada yang berlandaskan nafsu,ada yang berlandaskan ikhlas nun sukar, ada yang sementara sahaja tetapi aku ? aku menemukan cinta yang teramat sukar dan mungkin ada istilah 'geli' oleh masyarakat umum. apakah itu ? CINTA SEJENIS. Benar ini dilema yang aku lalui dan aku sendiri tidak pasti kenapa aku boleh terjebak dengan gejala songsang ini. Mungkin layanan ? Emran. Nama yang takkan aku pernah lupakan. Tubuh badan yang normal, pandai, berkaca mata,petah bercakap yang membezakan kami ialah course yang di ambil dan dia meripakan pelajar senior aku. Detik pengenalan aku dengan Emran adalah melalui apps Wechat (look around) dan aku di add sebagai rakannya. dan aku tak tau kenapa aku dengan cepat approve Emran.

Emran: Hey??
aku: yup?? thanks add..

hari demi hari kami selalu berbalas text. Satu hari aku tertinggal wallet aku di kedai makan dan aku tak tau nak mintak tolong dengan siapa. Terdetik dalam kepala aku.. Emran ! ya inilah pertama kali aku berjumpa dengan Emran lalu aku tanpa segam silu mengajaknya pergi ambil wallet aku dan dia bersetuju.. dan sejak dari situ lahh aku jadi rapat dan sangat selesa dengan Emran. Dalam masa 3 bulan pengenalan kami, aku jadi lain, aku seperti selalu ambil berat pasal Emran,makan pakai jadualnya semua aku ambil tahu dan dia melayan segala kerenah aku tanpa memarahi nya. sampai satu hari aku terus bertanya kepada Emran tepat kemukanya," Emran, nak tanya buleh ka ? (Emran orang Penang) "
"haa buleh jaa ,padia ? "
" hg suka lelaki ka ? " mukanya merah dan aku jadi takut dia marah atau benci dengan soalan aku... "yaa obviously laa aku suka lelaki and aku suka kat hg" hati aku waktu bercampur baur perasaan dia.. "tapi ada bnde yg aku nk bgtau hg, yes aku memang suka sngt kat hg and aku selesa sngt ngan hg, cuma aku xmau ada apa2 relationship sebab aku ni tunang org.." aku terdiam seketika.. " tapi kita boleh je lepak skali kan jai... alaaa hg kan dah tau sgala apa yg aku mau and xmau.. kita kan rapat..." sekali lagi aku tak tau nak cakap apa dengan Emran..

2 minggu aku berdiam diri, pergi kuliah balik kuliah tidur sahaja, selisih dengan Emran aku berlalj seperti biasa tiada sapaan. TINGGG !!
phone aku berdeting tanda masuk pesanan.
" Jai, Emran ada buat salah ke dangan Jai ? lama dah kita tak jumpa kan ? Jai dah xnak jmpe ngan Emran dah ke ? kita jmpe petang ni tempat biasa nak ? esok Emran nak pergi Rusia dahh.." lalu airmata aku mengalir aku menangis sekuat hati. Penyudahnya aku tertidur sampai pagi esoknya dan langsung aku lupa sepatutnya aku kena berjumpa dengan Emran, Puluhan mesej dan panggilan dari Emran.. mesej terakhir dari nya " Jai, Emran mintak maaf laa kalau Emran bagi harapan dekat Jai,Emran tahu Emran tak patut buat Jai mcm tu.. Emran harap Jai maafkan Emran.. nanti Smran balik dari Rusia kita meet okey ? jaga diri sayang.. " aku hanya terdiam, aku kehilangan orang yang melahirkan dan sekali lagi aku kehilangan orang yang paling rapat dengan aku. Noktah cinta ?

Hari yang paling aku nantikan telah pun tiba, Hari Graduasi aku.. Selesai segalanya gembira tak terkata, penat jerih aku membuahkan hasil,tulang belakang aku adalah Maksu yang kini sudah ada cahaya cintanya menangis kegembiraan, tapi sedih juga terseling sekali alangkah indah nya jika Emak ada sekali waktu ini.. pasti aku bahagia tak terkata.. Anganku tersedar dan tersentap sekejap " Jai !! tahniahhh !!! " aku toleh kebelakang aku dan aku lihat susuk tubuh yang aku takkan lupa, "Emran...bi-bila sampai ? " aku terus peluknya dan menangis... aku berbisik ketelinganya " why Emran tinggalkan Jai ? kenape sekarang baru balik ? Jai rindu Emran.. "
"harinikan hari penting Jai, mestilah Emran balik nak tengok jai, pagi tadi baru smpai, terus dari airport dtg nak tgok jai" sambil hulurkan sejambak bunga.. "mana tunang Emran ?"
"nanti kita sembang panjang k? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience