Bab 2. Salam yang pertama

Short Story Series 1115

Mujurlah aku berada dalam bidang yang selari dengan personalitiku. Ya.. Aku Memang kurang bercakap. Tapi aku bukan pendiam.. Aku.. Kadang-kadang aku.. tidak tahu hendak berkata apa.
Untuk sesi kuliah yang baru seminggu berjalan, aku Hanya sempat menjadi pemerhati kepada mereka yang lain.
"Alright.. This week assignment.. You all have to do your own innovation project related to any kind of object around you that may be used in daily life. "
Lantang suara pensyarah berkaca mata yang berbangsa cina itu. Loghat cinanya sudah sebati dalam Bahasa inggeris.
Aku tersenyum. Tugasan individual yang aku paling gemari. Iaitu projek menggunakan material seni lukis manual menggunakan tangan.
Kuliah petang itu berakhir dengan riuh Sebaik saja pensyarah tadi beredar. Masing-masing keluar mengosongkan dewan kuliah. Aku masih disitu.. Memikirkan projek yang harus kupersembahkan nanti.

Kertas putih bersair A4 setia terdampar di atas meja.
Namun, Sejak tiga puluh minit yang lepas, kertas itu masih kosong. Aku menekup wajah dengan telapak tangan. Tiada sebarang idea yang terlintas di fikiran. Kosong. Aku merungut.

"Assalamualaikum.. "

Telingaku tiba-tiba terdengar seseorang memberikan salam. Aku mengangkat wajah.

Pandanganku jatuh tepat pada empunya suara.

"Waalaikumussalam.. " Jawabku.

'Mat salleh ke apa? ' Bisikku dalam hati. Mahu saja aku bertanya jikalau dia perlukan pertolongan, tapi segan pula rasanya. English aku tidaklah sebaik pelajar gred A tambah dalam dalam Bahasa English. Buat malu saja.
Terpanahku sebentar melihat sepasang mata yang jernih berwarna biru. Atau.. Mata aku yang buta warna pula! Contact lens?

"Awak tak balik lagi? " Soalnya.
Aku tersenyum kekok.
"Ya..dah nak balik ni. " Jawabku kurang Yakin.

Seperti tidak percaya apabila mendengar tutur lisanya berbunyi melayu tulen. Dan.. Yang menambahkan lagi perasaan raguku adalah.. Kopiah putih yang rapi menutupi sebahagian kepalanya.

Aku membiarkan ekor mataku mengekori langkahnya yang semakin menjauh meninggalkan aku seorang diri di dalam dewan kuliah.
Rabun jauh membataskan penglihatanku. Cepat-cepat aku mengemas buku dan mengangkat kaki keluar. Kelibatnya sudah tidak kelihatan.
Dahiku berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience