..Anak mata hitamku merayap ke segenap sudut dewan kuliah. Aku berasa sangat asing. Kulihat pelajar yang lain saling berdampingan dengan kawan baru. Aku menarik nafas dalam-dalam. Terasa berat kakiku melangkah. Lalu, aku mengambil tempat duduk di bahagian belakang.. 'Tiada yang dapat memerhatikanku dari sini. ' Bisikku sendiri. Aku bukan kera sumbang yang tidak suka akan pergaulan. Tetapi, aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan yang normal seperti gadis lain.
Kehadiranku bagaikan sang halimunan yang tidak wujud di mata manusia. Membuatkan aku mula kehilangan keyakinan. Semakin hari, aku semakin tenggelam di mata manusia. Tempatku adalah di dalam bilik yang Hanya ada aku... buku.. Kertas dan pensel.
Hakikatnya, hidup ini akan terus berjalan.. tidak selamanya aku sanggup bersembunyi daripada kenyataan. Kali ini, aku menerima tawaran pengajian di fakulti sains seni bina.. Iaitu universiti tempat aku berpijak sekarang.
Skrin di hadapan dewan kuliah memaksaku untuk mengecilkan pandangan. Terasa pedih kedua belah mataku. Aku..mengalami masalah rabun jauh yang agak tinggi Sejak berumur tiga tahun.
Demi mengelak mata-mata yang memandang, aku rela menanggalkan kaca mata di mana saja aku pergi.. Entah ada yang senyum padaku atau tidak..aku tidak tahu. Yang ada hanyalah imej warna warni yang kabur.
Asalkan telingaku masih mampu mendengar, sudah cukup untuk aku menghadam pelajaran yang disampaikan. Aneh... tapi aku selesa begitu.
Share this novel