#1-TIME

Horror & Thriller Completed 36300

"Shhh... " (Pengenalan)

akhirnya aiman dan papa berpindah ke rumah yang lain...akibat penyebaran berita pasal kak liza...rumah tu tidak laku dijual...malah...siapapun tidak berani membelinya...

*****

6.30 a.m.

Pagi yang gelap menandakan hari nak hujan... aku seperti biasa aku akan bangun untuk menyediakan sarapan untuk adikku...

"Nur jeha! Bangun sekarang! Nanti lambat nak pergi sekolah!

"Ya kak nanti jeha turun!

Knock knock!

*Bunyi pintu diketuk

"siapa yang ketuk pagi-pagi ni?"

Dengan memberanikan diri aku membuka pintu tersebut dan bila ku lihat sekeliling tiada sesiapa... aku menutup pintu tiba-tiba

"Ahhh! Akak!

"Jeha! kenapa jeha !

Knock knock!

"Akak cepat!

Aku bukak pintu kali kedua dan masih tiada yang berada dengan segera aku berlari menuju ke bilik jeha

"Jeha! Kenapa!

"Akak... tadi ada lipas!

"Ya allah jeha! Akak ingat apa lah tadi buat akak risau tahu tak! Dah cepat pergi mandi! Sekarang!

"Janganlah marah...

"Tak marah akak tengking je!

Ya allah... takut sungguh aku... tetapi siapa yang ketuk pintu tadi? Bila bukak takde orang pun...aku melupakan saja apa yang terjadi tadi... dan terus turun ke bawah... tiba-tiba aku ternampak kelibat kanak-kanak berlari dengan pantas terus keluar pintu... aku dengan pantas mengejar dan bila aku keluar... tiada sesiapa pun... hanya bunyi guruh dan angin meniup kuat. .. bulu roma aku berdiri dengan tegak... aku terus berlari masuk ke dalam rumah dan menutup pintu... tak lama kemudian muncul bunyi ketukkan pintu...

"Jangan ganggu aku! Pergi pergi!

"Akak! Akak ! Jeha ni!

"Jeha!

"Jeha nak pergi dah ni... nak duit belanja...

"Ambil je dalam beg akak

7.30 a.m

Aku dalam perjalanan ke tempat kerja... tiba-tiba sesuatu melintas dan aku tidak sempat mengelak... aku dapat rasa seperti terlanggar sesuatu... aku pun keluar ingin tahu apa yang terjadi tetapi takde apa-apa pun yang terjadi... tiada siapa yang aku langgar... aku cepat-cepat masuk kereta dan memecut laju...

8.30 a.m

Aku masuk kepejabat... semua begitu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga seorang pun tak perasan pun aku masuk ...aku terduduk dan termenung...merenungkan pelbagai masalah yang aku hadapi hari ini... pelik dan sangat-sangat aneh... apa yang aku langgar tadi...

9.30 a.m.

Kringg! (Telefon berbunyi )

"Hello,maya disini... boleh saya bantu?

"Hello,cik saya dapati anak cik tidak masuk kelas sejak pagi tadi... puas kami mencari tetapi tidak dijumpai... adakah anak cik ada dirumah? Hello...hello...

"Tak saya dah hantar dah...

"Hello hello?... tutt tutt tutt...

"Apa pulak terjadi kali ni...

Aku terus memecut laju dengan kereta pergi ke sekolah jeha... sehingga tiba disana aku berjumpa dengan guru kelas... katannya dia tidak nampak kelibat jeha sejak pagi tadi...

Aku mencari adik aku di seluruh tempat akhirnya aku terjumpannya di belakang pokok besar...

"Ya allah jeha! Jeha okay tak ni !

"Jeha takut kak...

"Takut apa?!

"Tadi ada seorang perempuan pakai baju hitam muka tak nampak... tarik tangan jeha bawak pergi kat sini... lepastu dia hilang

"Habis! Takkan seorang pun tak perasan jeha kat sini!

"Tadi jeha nampak kawan jeha lepastu jeha panggil dia pandang lepastu lari...

"Nasib baik takde pape berlaku kat jeha...

Sekali lagi perkara pelik berlaku... berlaku dekat jeha... aku merenung jauh dan tertanya-tanya apakah semua ni... adakah hanya mimpi...

10.30 a.m

Aku membawa jeha pulang ke rumah... jeha kelihatan pucat letih dan lesu mungkin sebab tidak sihat... aku duduk dan merenung... apakah maksud semua ini? Kepala semakin kusut

11.30 a.m

Hari tiba-tiba menjadi gelap...
Bunyi angin meniup dengan kuat dan kilat memancar... aku tersedar dari tidur akibat bunyi kilat yang kuat...tiba-tiba terdengar air terbuka di dalam bilik air... aku toleh memandan jeha... kelihatan jeha begitu lena tidur ...habis siapa didalam bilik air...... dengan langkah perlahan-lahan aku pergi ke arah bilik air... perlahan-lahan aku membuka pintu...

"Allahuakhbar!

Aku ternampak diriku sendiri didalam tab mandi yang penuh darah dan busuk...aku menjerit dan berlari untuk mendapat kan jeha... jeha tiada lagi di atas katil...tiba-tiba kelibat jeha turun kebawah...aku mengejarnya dan alangkah terkejutnya aku.... jeha sedang memegang sebilah pisau dan menggores tangannya sendiri

"Jeha! apa jeha buat ni!

"Jeha takut kak...

"Jeha nak takut apa akak ada kat sini!

Lalu jeha menikam perut aku dan menolak aku ketepi...

"Jeha takut... hah... jeha tahu macam mana taknak nampak hantu dah hahaha jeha tak boleh nampak dah! Jeha tak boleh nampak dah!

Jeha mengorek kedua-dua matanya...

"Ya allah! Jeha apa yang jeha buat! Jehaa!

"Jeha dah tak nampak dah yeahh hahaha...

Aku merangkak pergi mendapatkan jeha...dan terus memeluk...

"Akak... adik takut kak... adik terpaksa buat begini!

"Jeha.... akak pun taktahu apa dah jadi sebenarnya... akak akak...

Kemudian muncul seorang perempuan yang memakai baju hitam serta mukannya yang tidak ditunjuk...

"Jeha dia datang jeha!

aku cuba bangun dan sedaya upaya melarikan diri... dan akhirnya aku rebah....tidak berdaya...aku nampak kelibat itu berada di hadapan ku... dan aku... menutup mata...menghembuskan nafas terakhir...

12.30 tghri

Hari semakin cerah... rumahku penuh dengan air merah iaitu darah... aku buntu tidak tahu apa yang terjadi... aku bingkas bangun dan mengemas rumah...aku membungkus jeha didalam plastik lalu mengheret ke dalam stor..dan aku membunuh diri aku didalam tab mandi...mungkin bayangan yang aku nampak pada masa tu adalah benar... aku masih berada di dalam rumah ni... aku mencari mangsa...untuk aku menganggu...

-End -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience