#2-PINDAH

Horror & Thriller Completed 36300

"Liza... kau akan mati!

Liza terbangun dari tidur dan nafasnya tercungap-cungap

"Astaghfirullahalazim, apa yang aku mimpi tadi...

Keesokkan paginya...

"Abang,sarapan dah siap...

"Ye! Abang datang

Si suami alif duduk di meja bersama isterinya..

"Abang... saya ada benda nak cerita kat abang ni...

"Apa dia sayang?

"Malam tadi saya ada mimpi yang pelik... kita pindah lepastu kat rumah tu ada... ada...

"Ada hantu? Hahaha
Alif tertawa kecil

"awak ni...lain kali tu basuh kaki dulu sebelum tidur...awak.... sebenarnya kan saya ada hadiah untuk awak tau...

"Hadiah apa

Alif membawa keluar sepucuk surat lalu memberi isterinya baca

"Abang... abang beli rumah baru bungalow? Mana dapat duit ni bang...

"Duit tu tak penting, yang penting isteri abang yang tersayang ni happy

"Ya allah bang,, terima kasih sangat-sangat!

"Sama-sama yunk...ehh jomlah siap kita tengok rumah baru kita...

Maka mereka berdua pun pergi bersiapkan diri mereka...
Beberapa minit kemudian...

"Abang... kita ke mana ni?

"Rumah barulah...

"Kenapa penuh hutan je keliling ni..?

"Laa sayang yang impikan rumah besar didalam hutan ala-ala dongeng...

Sejam kemudian mereka pun sampai... si isteri kelihatan gelisah...

"Abang... if you want to know... Inilah rumah yang saya nampak dalam mimpi tu...ala yang ada...

"Ada apa? Hantu? Dahlah yunk... jangan melalut boleh tak... suka sangat cakap benda mengarut... dah jom masuk kita tengok kat dalam...

Si isteri hanya berdiamkan diri
Dan akur arahan suaminya

"Tadaa! Haa cantik yunk... rumah ni seratus peratus lengkap dalam dia...

Si isteri masih berdiamkan diri... tiba-tiba hatinya rasa tidak sedap
"Abang saya ke bilik air kejap ye...

"Okay...

si isteri menuju ke bilik air... apabila sampai didepan bilik air dia terdengar bunyi air yang dipasang dengan kuat bunyinya... lalu Si isteri membuka dan melihat tiada sesiapa pun disitu... air pun tidak terbuka...

"Mungkin khayalan aku je kot

"Yunk... abang rasa kita boleh pindah sekarang juga

"Ermm okay... lagipun saya dah tengok semua tempat dalam rumah ni... semuanya okay je...

Si suami dan isteri pulang kerumah semula untuk mengemas barang-barang...
Pada malam itu... si isteri sedang memasak... sedang dia memasak tiba-tiba Tupperware jatuh di atas lantai...si isteri terkejut dan pelik

"Angin takde tiba-tiba je jatuh...

Lalu si isteri mengambil...tiba-tiba tiupan angin sepintas lalu yang membuat bulu romanya berdiri... si isteri hanya berdiam dan terus memasak

"Abang... makanan dah siap... mari makan

"Ye yunk!

Selepas selesai makan malam, si isteri duduk di ruang tamu menonton tv... manakala si suami teramat busy dengan kerja pejabatnya itu...
Sedang si isteri menonton...dia terdengar suara perempuan membisik memanggil namanya... dengan ketakutan dia terus melarikan diri ke arah suaminya

"La ilaha ilallah...sayang ni kenapa?

"Abang,saya takut saya dengar bunyi suara perempuan memanggil saya...

"Shhh... abang pun dengarlah...
Tiba-tiba si suami menjerit "Liza!!

"Abang ni! Suka main-main benci arr!

"Hahaha! Ala awak janganlah marah... Sorry lah huhu

"Dahlah malas layan... tidur dulu!

"Merajuklah tu...

Pada malam tu jam menunjukkan pukul 12.30 malam...
Si isteri (liza ) tersedar dari tidurnya...dia terdengar suara yang membisik memanggil namanya...si isteri terus menutup mata...dia terasa seperti seseorang masuk dalam selimutnya...selimut itu semakin lama semakin tinggi seperti tinggi seorang remaja yang sedang berdiri...liza hanya berdiam dalam ketakutan...liza membaca ayat-ayat al-quran...selimut tadi kembali kepada asal...tiba-tiba dia terasa seseorang memeluknya...mungkin suaminya...liza pun berpusing ke arah suaminya dan dia melihat wanita berwajah buruk bermandi darah sedang baring memandangnya....

"Abang!!!!!!!!!!

"Yunk?!

Si suami terus bergegas ke tingkat atas...

"Sayang! Kenapa ni...?!

Liza tidak berhenti menjerit seolah-olah dia sedang dirasuk hantu...matanya yang bulat sambil mengerang dan wajah berubah menjadi biru lebam...

"Ya allah...kenapa dengan bini aku ni

si suami segera mencari ustaz yang duduk berdekatan...
Setelah berjaya mendapatkan ustaz dari rumah berdekatan...ustaz tergamam apabila si suami membawanya ke rumah bungalow ...

"Ustaz ...mari

"Baiklah

Si suami membawa ustaz ke bilik tidur dimana isterinya dirasuk...tiba di sana..isterinya hilang tiada didalam bilik tidurnya...mereka pun berpecah mencari dan akhirnya jumpa di dapur...si isteri berdiri tegak sambil memegang sebilah pisau...

"Sayang...abang ni...

Kelihatan ustaz mengambil garam yang dibawanya genggam dan terkumat-kamit membaca..lalu ustaz membaling garam tersebut ke arah liza...liza seperti lumpuh dan pengsan...

"Sayang... bangun yunk...

"Abang... apa terjadi kat saya...?

"Kamu dirasuk...oleh roh yang mati didalam rumah ini...sampuk ustaz

"Ustaz...siapa orang yang duduk rumah ni dulu..? Ustaz tahu tak?

"Penghuni rumah ni dulu...adalah sebuah keluarga yang sangat bahagia...mereka sangat peramah dan baik hati...kemudian terjadi suatu perkara dimana ayah mereka ni curang dengan isterinya,ayahnya ni mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah didalam rumah ni dahulu...dan apabila isterinya dapat tahu...isterinya nekad membunuh suaminya...anak-anak mereka terus melaporkan kepada pihak polis...dan isterinya terus ditangkap...dan dihantar ke hospital sakit jiwa...selepas itu,anak-anak merekalah yang menjaga rumah ini...ada dua orang anaknya bernama maya dan jeha..selang beberapa minggu ...mereka telah diganggu dengan roh yang jahat..sehingga menyebabkan kematian mereka berdua...jeha mati tanpa kedua-dua matanya dan sebilah pisau ditikam didadanya...maya membunuh adiknya sendiri...dan maya juga membunuh dirinya didalam tab mandi...setelah tragedi itu berlaku...tiada siapa yang berani sewa atau beli rumah ni...selain kamu berdua...ustaz nak tanya...kamu taktahu ke tragedi ni berlaku dirumah ni?

Liza dan alif menggelengkan kepala..

"Beginilah...sebaiknya kamu pindah sahajalah ke tempat lain...rumah ni tak selamat untuk kamu berdua...

"Baiklah ustaz...

Keadaan menjadi seperti biasa...pagi itu si suami mengemas barang...
Setelah selesai mengisi barang didalam kereta...liza terpandang ke arah tingkap ...kelihatan seorang wanita...bersama seorang remaja berdiri memandang ke arah mereka...kelihatan mereka kelihatan sedih...maka sepasang suami isteri ini keluar meninggalkan rumah bungalow tersebut....

Rumah itu kembali sepi...cuma kedengaran suara maya dan jeha bergelak ketawa...tiba-tiba tv terbuka sendiri...

"Berita terkini...sepasang suami isteri nahas dalam kemalangan jalan raya...pasangan ini bernama Muhammad Alif dan Liza azlina...punca kejadian tersebut tidak dapat dipastikan lagi...pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut...

-tamat -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience