Chapter 1: Kelahiran Semula Si Lagenda

Fantasy Series 1239

Di suatu tempat yang tersembunyi dan gelap kelihatan sekumpulan lelaki dan perempuan yang berjubah hitam sedang menunggu seseorang. Wajah mereka sukar di lihat kerana baju hud mereka labuh.

Seorang lelaki yang berhud hitam dengan aura yang kuat tiba-tiba muncul di hadapan mereka namun mereka hanya beriak selamba dan serius sahaja.

"Ada apa tuan panggil kami ke sini?" Soal salah seorang wanita mewakili mereka. Pandangan mata lelaki itu sangat tajam sehinggakan ada di antara mereka kecut perut. Yang lain hanya selamba sahaja kerana sudah biasa.

"Dengar sini. Aku ada perkara penting nak di bicarakan," katanya dengan nada keras. Mereka sekadar mendiamkan diri dan mula memasang telinga. "Setelah 1000 tahun organisasi ini di tubuhkan, akhirnya mereka telah kembali. Aku dapat rasakan aura mereka, ia sangat kuat."

Ada di antara mereka tersentak, ada juga yang mula tersenyum sinis ada juga yang beriak selamba sahaja.

"Jadi apa yang tuan mahu kami lakukan?" Soal seorang lelaki yang berwajah tegang dari tadi. Lelaki itu menyulamkan jarinya sambil tersenyum sinis.

"Tunggu sahaja arahan aku. Buat masa ini perhatikan mereka dahulu," arahnya dan mereka mengangguk faham sebelum menghilangkan diri. Senyuman sinis lelaki itu masih tidak luntur dari tadi.

"Kali ini aku akan pastikan, aku berjaya!" Katanya seiring dengan matanya yang bersinar kemerahan.

- - -

Di dalam hutan, sebuah rumah. Kelihatan seorang gadis yang sedang terbaring lesu, seorang lelaki dan wanita tua sedang mendukung dua bayi.

Lelaki dan gadis itu berbalas pandangan bersama senyuman gembira. Lelaki itu mengusap rambut isterinya dengan lembut.

"Apa nama mereka?" Soal wanita tua yang sedang mendukung seorang bayi. Pasangan suami isteri itu berbalas senyuman sambil memegang tangan mereka dengan erat.

"Mak, saya nak namakan anak ini. Hariq Azraq." Kata lelaki itu sambil menggendong anaknya yang baru dilahirkan. "Namanya Fariq Azraq," kata gadis itu pula kepada wanita tua itu.

Wanita tua itu tersenyum melihat pasangan suami isteri itu, dia meletakkan anaknya ke sebelah gadis itu. "Hati-hati anak kamu akan diburu dan peperangan yang dasyat akan berlaku sekali lagi."

Pasangan itu berpandangan sesama sendiri mendengar kata-kata wanita tua itu. Mereka serentak memandang dia dengan wajah yang sukar ditafsir. Wanita itu sekadar tersenyum sebelum menghilangkan diri begitu sahaja.

- - -

Pada masa yang sama di suatu tempat yang gelap dan terpinggir dari puak lain, kelihatan sebuah keluarga yang sedang memerhatikan seorang bayi yang nyenyak tidur.

Mereka berpandangan seketika. "Anak siapa ni?" Soal salah seorang dari mereka tetapi dijawab dengan bahu yang diangkat tanda tidak tahu. "Aura ini.... ia sangat kuat berbanding kuasa bayang."

Ujar ketua keluarga itu sambil merenung bayi yang berwajah polos itu. "Apa kata kita ambil dia jadi anak angkat? Kasihan dia, dia masih kecil tak tahu apa-apa." Kata seorang wanita sambil mendukung bayi itu. Bayi itu menggeliat lembut tetapi tidak menangis.

Dia berkira-kira seketika sebelum membuat keputusan, dia mengeluh kecil. "Rasanya betul cakap awak, kita perlu jaga dia. Lagipun aura ini bukan aura yang biasa." Ujarnya memberi kata putus.

Ahli keluarganya yang lain sekadar mengangguk setuju dengan cadangan nya. Wanita itu tersenyum. "Apa nama dia?" Soalnya lagi sambil bermain dengan bayi itu.

"Azraq?"

Wanita itu memandangnya kemudian tersenyum. "Azraq Kurami." Sambungnya.

- - -

Pada masa itu, seorang lelaki sedang berjalan di dalam hutan seolah mencari sesuatu. Dia kemudian tersentak apabila menemui seorang bayi di sebatang pokok yang besar.

Hatinya mula tertanya-tanya siapa yang sampai hati buang anak kecil yang tidak bersalah ini? Dia mengangkat bayi itu dengan lembut ke dakapannya.

Ia tiba-tiba membuka matanya, matanya yang biru sebiru laut memandang lelaki itu. Dia menjangkakan bayi itu akan menangis tetapi ia hanya diam sambil memerhatikan dia dengan wajah polos.

Lelaki itu mengetap bibir, dia berasa tidak sampai hati mahu meninggalkan bayi itu seorang diri. Entah kenapa wujud rasa kasih sayang terhadapnya. Dia menghela nafas. 'Aku akan jaga dia! Lagipun, isteriku sudah lama inginkan cahaya mata.'

Bisik hatinya dengan nekad. Wajah bayi itu direnung untuk sekelian kalinya.

"Baiklah, mulai hari ini... nama kamu adalah Emyriel Celeste." Ujarnya dengan penuh tekad, seolah faham akan kata-katanya dia ketawa kecil sambil menggenggam jari lelaki itu menggunakan kedua-dua tangannya yang kecil.

Lelaki itu sedikit tersentak melihat reaksinya tetapi kemudian dia tersenyum sendiri. Dia nekad akan menjaga bayi ini dengan penuh kasih sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience