Chapter 2:Jom Main!

Fantasy Series 1239

Mentari mula menampakkan sinarannya, kelihatan dua bayang-bayang sedang melintasi hutan itu dengan laju dan agak terburu-buru.

"Hariq! Hurry up! Lari macam perempuan je, kantoi nanti kang macam mana?" Katanya dengan cemas, dia turut tidak terkecuali.

"Kau senanglah tumbuhan ini boleh tolong kau!" Bidasnya dengan marah apabila adiknya sempat mengejek dia. "Tch! Kau yang lambat! Bye bye!" Dia terus menggunakan tumbuhan di sekelilingnya supaya dapat berlari lebih laju.

"Woi!" Hariq mengetap gigi kegeraman. "Fariq Azraq!!"

"Bye!!" Jeritannya hanya dibalas dengan selamat tinggal, makin sakit hati dia dibuatnya.

"Tak apa, tak apa." Dia mula tersengih sinis. "Power of lightning, give me your speed." Arus elektrik mula mengelilingi dirinya, "kau ingat. Kau seorang je boleh gunakan kuasa kau? Siap aku kerjakan dekat rumah nanti!"

Katanya seorang diri dengan nada geram. Ada ke patut dia panggil Hariq perempuan? Nak rasa kena renjat kilat dia lah tu.

Dengan kelajuan kilat dia terus berlari pulang ke rumah. Dia menghela nafas lega apabila mendapati ibu bapanya masih tidur. Dada diurut lembut. "Selamat aku..."

Dia terus jatuh melutut dengan nafas yang tidak teratur, sebelah matanya ditutup menahan mengah. 'Tak guna. Aku masih tak boleh nak kawal kuasa ini,' gumamnya di dalam hati.

Tak lama kemudian, Rafiq muncul dan dia terus mendekati Hariq yang masih dalam keadaan mengah. Dahinya berkerut melihat abangnya. Tangannya disilang ke dada.

"Kau guna kuasa kau buat apa? Dah tahu kan, kau tak dapat kawal kuasa itu lagi? Kalau kau pitam dalam tengah hutan macam mana?!" Soalnya dengan marah dan nada risau di dalamnya. Hariq sekadar tersenyum mendengar kata-katanya.

Dia tahu Rafiq risaukan dirinya walaupun dia tidak mahu mengaku. "Hahaha," kening kanannya terangkat-angkat mendengar gelaknya.

"This is not funny you idiot brother!" Bentak Rafiq seraya mencengkam kolar bajunya dengan kasar dan menggoyangkan badannya dengan laju. Hariq meleraikan tangan Rafiq yang masih menggoncang tubuhnya.

Jelas wajahnya yang kelihatan bengang padanya. "Bertenanglah, aku dah okay kan? Tak payahlah risau sangat." Ujarnya dengan tenang. Dia hanya mampu menghela nafas melihat abangnya yang bersahaja.

"Don't do anything stupid anymore! Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?!" Kali ini nadanya jelas risau, Hariq tersenyum kecil. "Heh! Sayang jugak kan kau dengan aku?" Katanya bersahaja.

Fariq yang baru sedar dengan perubahan nadanya, sedikit memerah mukanya menahan malu. "Ma-mana adalah! Kalau ada apa-apa jadi macam mana nak jawab dengan ibu dan ayah?" Bidasnya dengan suara yang sedikit gugup.

Hariq tersengih sambil menggosok rambut Fariq dengan kasar. "Yelah tu... Dalam hati mesti cakap 'malunya aku!' kan?" Soalnya selamba membuatkan mukanya bertambah merah.

"Hariq!!"

Ketawanya meletus, seronok sebenarnya kenakan adiknya yang seorang ini.

- - -

Malam akhirnya menjelma, Hariq dan Fariq sedang makan malam bersama ibu bapanya. Mujur ibu bapanya tidak tahu yang mereka keluar tanpa pengetahuan mereka.

Masing-masing menghembus nafas lega. Kalau tidak habislah kena kurung di dalam rumah sahaja. Sebenarnya mereka tertanya kenapa ibu bapanya sering menghalang mereka bermain dengan kanak-kanak lain?

Atau disebabkan kuasa mereka yang berbeza ini, mereka dihalang bermain bersama kanak-kanak lain? Mereka hanya mampu mendiamkan diri tentang itu kerana risau ibu bapa mereka akan marah.

Setelah habis makan mereka buat kerja sendiri. Ibunya membasuh pinggan dan gelas, ayahnya pula kelihatan sedang menonton televisyen bersama Fariq. Hariq terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik.

Hembusan nafas berat dilepaskan seraya baring di atas katilnya. Dia melemparkan pandangan ke luar jendela. Langit yang gelap bercampur unggu itu ditatap. Dia lebih suka menyendiri tetapi kadang-kala dia juga ingin bermain dengan yang lain.

Tiba-tiba dia mengukir senyuman seraya menghela nafas. "Tak lama je lagi. Aku harap mereka juga dapat keluar dari rumah nanti," katanya seorang diri. Sebelah tangannya diangkat dan memetik jarinya lalu cas-cas elektrik mengalir di tangannya.

"Kenapa susah sangat aku nak kawal kuasa ini? Seolah ada sesuatu yang menghalang aku gunakan kuasa ini." Ujarnya seorang diri, dan dia sebenarnya agak cemburu dengan adiknya kerana mampu mengawal kuasanya dengan baik.

'Hariq.... Bangkitkan aku.... Hariq....'

Dia mendengus kasar. 'Suara itu lagi!' Bentak hatinya kegeraman, sejak kebelakangan ini dia sering mendengar suara halus itu berbisik di telinganya. Tetapi dia tidak pernah beritahu sesiapa tentang hal itu termasuk Fariq.

- - -

Tepat jam 12:00 pagi semua penghuni di dalam rumah itu sudah lena diulit mimpi kecuali dua beradik itu. Hariq dan Fariq serentak bangun dari baring. Hariq memandang ke arahnya, dia turut memandang ke arah Hariq.

Mereka serentak mengangguk kepala kemudian bangun dan membuka jendela yang tertutup tadi. Mereka mula mengukir senyuman. "Ready?" Soalnya dengan nada perlahan.

"I'm ready when you are," balasnya dengan nada teruja. "1...2....3!"

Serentak si kembar itu terjun ke bawah dan mendarat ke tanah. "Mari pergi!" Kata Fariq lalu mula mengawal persekitarannya. "Ehem!" Dia mengangguk lalu menggunakan kuasanya, mengejar Fariq yang sudah mara ke hadapan dulu.

'Hariq.....'

Dia mengetap gigi apabila suara itu muncul secara tiba-tiba, dia menggeleng kepalanya ingin menyingkirkan suara itu dari kepalanya yang terasa berdengung dan berat.

Setelah beberapa ketika mereka berhenti di sebuah tasik yang kelihatan mengalir tenang. Bulan dan bintang jelas kelihatan menyinari malam yang kelam. "Wah...."

Hariq dan Fariq melihat dengan mata yang bersinar. Hilang sudah sakit kepalanya akibat suara yang muncul tadi. 'Cantiknya!' Itu yang terdetik di dalam hati mereka sekarang.

Tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan sebaya mereka di sebelah kanan. Rambutnya putih panjang tetapi berkilau, bajunya berwarna biru laut bersama iris matanya yang biru.

Gadis itu tersenyum seraya mengembungkan pipinya. "Hai Hariq! Fariq!!" Jeritnya membuatkan dua beradik itu terkejut.

"Mak kau datuk penunggu!!"

"Oi! Hantu malam!"

Serentak dua beradik itu melatah lalu jatuh terduduk kerana terkejut. Gadis itu sudah menutup mulut menahan tawanya dari meletus dari bibir mungilnya.

"Emyriel!!" Marah Fariq pada gadis itu, Hariq membuat muka blur. 'Apa benda pulak ini?'

"Hahaha! Apalah itu pun terkejut! Cuba tengok abang Hariq ini boleh pulak blur dekat situ!" Kata gadis bernama Emyriel sambil ketawa. "Emyriel mari sini kau!!"

Jerit Fariq kegeraman sambil mengejar Emyriel yang sudah memulakan langkah seribunya. "Tak nak! Bluek!!" Jeritnya sambil menjelirkan lidahnya, Fariq mengetap gigi semakin geram apabila dipermainkan gadis itu.

Hariq memeluk lututnya sambil memerhatikan adiknya yang ralit mengejar gadis itu. Dia tersenyum kecil sebelum ketawa lalu menggeleng kepalanya.

"Yo! Apa kecoh-kecoh ini?" Soal suatu suara, serentak dengan itu muncul seorang kanak-kanak lelaki sebayanya di sebelah Hariq. Rambutnya hitam dan berhud hitam, iris matanya yang kelabu ralit memerhatikan dua sekawan itu berkejaran sana sini.

"Yo! Azraq!" Sapa Hariq seraya bangun dan berdiri di sebelahnya. "Kau rupanya Hariq, apahal tu?" Soal lelaki yang bernama Azraq kepadanya.

"Oh... Itu...- Emyriel buat kitorang terkejut tadi. Kau faham-faham je lah perangai diorang bila jumpa kan?" Balasnya selamba sambil memeluk tubuh. Azraq menggeleng kepalanya, "apa nak jadilah...."

Hariq mula tersengih sendiri apabila Azraq mula membebel. "Haih..... Dark wind..."

Tiba-tiba angin yang lembut tadi bertukar jadi sedikit kencang sehingga membuatkan dua sekawan itu melayang ke udara kemudian jatuh betul-betul di hadapan Azraq.

"Wah!!" Serentak mereka menjerit terkejut. "Aduh!" Emyriel mengaduh sakit, manakala Fariq mula buat muka apabila melihat Azraq di hadapannya.

"Kau ini Azraq! Sibuk lah!!" Jerit Fariq dengan bengang, dia mengembungkan pipinya tanda tidak puas hati. Tanpa mereka sedar Hariq mengetap bibirnya cemburu melihat kawan-kawannya semua dapat mengawal kuasa mereka.

'Hariq~'

Dia mengetap gigi. Suara ini lagi! Tak guna! Dengusnya di dalam hati.

Kepalanya digeleng kuat menghilangkan rasa sakit kepala setiap kali suara halus itu berbisik. "Hei kita nak main ke gaduh sekarang ini?" Soal Emyriel tiba-tiba, mereka termasuk Hariq berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum.

"Jom main!!" Jerit Fariq dan Azraq serentak, Emyriel terus bangun dari duduknya. Dia menggenggam kedua-dua tangannya lalu membawa tangannya ke dada sambil menutup matanya. Aura dingin mula terasa keluar dari tubuhnya.

Serentak dengan itu, dia membuka matanya lalu tangannya diangkat ke atas seolah membaling sesuatu. Tidak lama kemudian butir-butir salji putih muncul bersama kilauan cahaya sehingga menyentuh tanah.

Mereka memerhatikan penuh teruja. "1...."

Emyriel mula mengira mereka tersenyum menanti. "2.....- 3!!"

Azraq dan Emyriel serentak mengeluarkan kuasa ais mereka ke udara lalu butir-butir putih campuran hitam muncul seolah bermusim sejuk. Wap keluar dari mulut mereka kerana aura dingin jelas terasa.

Mereka terus bermain tanpa mempedulikan sesiapa yang mungkin akan lalu di kawasan itu walaupun sudah lewat malam. Tanpa mereka sedar seseorang memerhatikan mereka dengan tajam, matanya jelas kosong seolah tiada emosi.

"Buat masa ini baru tiga budak yang aku jumpa. Dan mereka dapat kawal kuasa mereka dengan baik kecuali budak lelaki yang berambut putih itu." Ujarnya sambil menekan alat penghubung di telinganya.

'Aku nak kau cari maklumat tentang budak yang tak dapat kawal kuasanya itu. Mungkin dia adalah "kunci" yang kita cari itu.'

"Baik tuan." Jawabnya akur dengan arahan ketuanya.

Hariq yang terasa diperhatikan menoleh ke arah pokok tempat dia bersembunyi tadi. Kosong. Tiada sesiapa di situ selain dirinya dan kawannya. 'Siapa tadi itu?' Soalnya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience