BAB 4

Romantic Comedy Completed 18656

“Mama, hari ni kita nak berbuka dengan apa?”

Shifa bertanya kepada Datin Seri Ecah yang sudah mesra dipanggil dengan gelaran mama. Datin Seri Ecah yang sedang bertungkus-lumus di dapur itu memandang sekilas ke arah Shifa yang sudah bersedia untuk membantunya itu. Tidak disangkal lagi, Shifa memang seorang yang rajin. Kontra dengan anak perempuannya, Rania. Rania dari balik tadi sehingga ke sekarang, masih lagi statik di hadapan televisyen, dengan abangnya.

“Mama tak masak hari ni, mama tanak nasi je, nanti kejap lagi Ael keluar pergi bazaar.”

Datin Seri Ecah berkata dengan lembut. Shifa pula tersengih dari tadi.

“Owh, macam tu, kalau begitu, biar Shifa buatkan air. Dah pukul 6:00 ni, sempatlah sejuk nanti.”

Shifa masih lagi ingin membantu mama angkatnya itu. Datin Seri Ecah hanya menggelengkan kepala.

“Shifa, semua mama dah siapkan, kalau Shifa nak tolong, nanti dekat-dekat nak berbuka, siapkan Ael teh halia, dia suka minuman panas, dia tu, balik terawih baru dia makan berat-berat ni.”

“Ok set mama! Nanti Shifa buat teh halia yang super duper yummy buat Abang Ael!”

Shifa memeluk erat Datin Seri Ecah.

“Make sure super duper yummy ye Fafa, kalau tak, dengan Fafa Fafa sekali abang makan, nak?”

Shifa terloncat sedikit apabila mendengar suara garau di belakangnya itu. Terkejut tau, tiba-tiba je main sergah orang! Abang dengan adik sama aja.

“Ish Ael ni, apa pulak cakap macam tu, tak baik! Ha, ni bila nak pergi bazaar? Nanti habis baru nk melopong kamu semua!”

Ha, amek kau! Kan dah kena sound dengan Datin Seri Ecah!Ael pula menarik muka selamba.

"Nak pergi la ni mama, Ael masuk dapur ni pun nak tanya permaisuri kepada baba Ael ni, nak makan lauk apa? Kang kita beli, dia pulak tak puas hati.”

Dalam bertanya itu, sempat lagi Ael memerli mamanya. Datin Seri Ecah mencebik. Sebuah cubitan dihadiahkan ke lengan sasa Ael.

“Eleh ma, setakat mama cubit tu, rasa macam kena gigit semut api sahaja. Berbaloi betul Ael work out kat Gym!”

Serentak dengan itu, jemari Datin Seri Ecah semakin giat mengetam tangan anak sulongnya itu. Terkial-kial Ael menepis cubitan berbisa mamanya.

“Ha, sakitkan? Lain kali, jangan kerek sangat macam baba kamu tu ya, cubitan mama ni berbisa, tak kiralah kamu pergi gym ke tak!”

Bangga datin Seri Ecah dapat mencubit anaknya. Ael pula memandang mama dengan senyuman sinis. Tangannya pula ralit mengusap-usap tempat yang dicubit tadi. Shifa sudah tidak tahan gelaknya, dan akhirnya dia tergelak di hadapan mama dan Ael.

“Dahla, Ael nak pergi bazaar, malas layan mama dan Fafa.”

‘Merajuk ke Ael? Lawak betul. Ada hati dia panggil aku Fafa? Eish..tak suka tak suka!’

Getus hati Shifa. Namun, dia tidak menegur Ael daripada berhenti memanggil dirinya Fafa, dari satu sudut, comel juga ya nama samaran tersebut. Fafa~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience