Pejam celik pejam celik, hanya dua hari lagi sebelum Aidilfitri menjelang. Baju Raya Rania dan Shifa sudah awal-awal disediakan oleh Mama. Kebetulan yang saiz dan juga ketinggian Rania serta Shifa ni sama, senang bagi Datin Seri Ecah (mama), menempah baju buat mereka berdua. Baju yang ditempah lebih memuaskan hati berbanding yang dibeli Ready-made, itulah yang selalu Datin Seri Ecah katakan.
Memang dia suka memanjakan Rania dan Shifa, memandangkan kesemua anaknya yang lain adalah lelaki. Shifa pula, pada mulanya agak segan dengan Datin Seri Ecah, tapi sifat merendah diri wanita tersebut serta kasih sayangnya yang melimpah ruah telah membuatkan Rania menganggap Datin Seri Ecah sebagai mamanya sendiri.
“Oi yong! Teman dah siap kemas barang ni. Yang Yong tu sedap-sedap duk tidur apasal? Abang Ael nak sampai dah tu, kemas dah barang?”
Rania mendaratkan punggungnya di atas katil Shifa. Shifa mengalihkan HUGOnya dan memandang wajah kawan baiknya itu. Berpeluh-peluh dahinya menahan sakit. Susah juga jadi perempuan ya, setiap bulan kena tahan ujian tersebut.
“Alahai, period pain lagi? Makan panadol dah?”
Rania bertanya cemas. Memang wajah Shifa sudah ibarat vampire, pucat lesi. Shifa pula sekadar mengangguk.
“Dah makan tadi, aku nak baring kejap, kau tolong urutkan pinggang aku beb. Lenguh tahap megapixel ni.”
Shifa berkata lemah. Dia terus meniarapkan badannya. Rania menyelak belakang baju Shifa dan memulakan tugasannya. Tiap-tiap bulan memang inilah kerjanya, a friend in need is a friend in deed, betulkan? Itulah gunanya kawan.
“ Nasib baik aku tak teruk macam ni period pain, kau ni, cubalah makan calcium pills, kalau tak makan Primrose Oil yang mama belikan tu.”
Shifa mendecit sakit apabila Rania menekan kuat di pinggangnya.
“Sakitlah. Kau ni, ubat selsema yang besar ciput tu pun aku tak makan, sahkan Primrose Oil yang dalam 2cm panjang tu. Terima kasih sajalah. Okay,okay...cik masseuse, aku dah ok. Thanks a lot! Lain kali, kau bebel je pasal ubat, lari terus period pain ni!”
Rania memberhentikan urutannya tadi. Baju Shifa ditarik turun.
“Pandailah kau ni kan? Aku report kat mama baru tahu, mama bukan main lagi belikan kau ubat nak kurangkan kesakitan kau, kau tak makan!”
‘Dah mula dah membebel mak cik ni,’
Getus hati Shifa. Shifa hanya membuat muka selamba apabila mendengar Rania berceramah tentang kesihatannya. Sepatutnya Rania ambil medic,bukannya TESL, tersalah cabang betul!
“Kau nikan, memang expert la dalam hal-hal sebegini, kenapa tak ambil medik dulu?”
Shifa bertanya, lantas memotong sesi ceramah Cik Dalila Rania binti Dato' Seri Hakimi.
“Ha? Owh...SPM aku tak cukup makan, semua B plus subjek sains, mama aku kata TESL lagi baik, and now, tengoklah kita, tahun depan grad, dah ada Masters, kalau doktor, lagi 5 tahun baru dapat pegang masters.Study pun macam nak maut, gaji dua kali lima juga kalau kerja dengan kerajaan.”
Panjang benar Rania memberikan hujah. Shifa hanya terangguk-angguk. Tiba-tiba, telefon bimbit Rania berdering.
“Seems like everybody's got a price, I wonder how they sleep at night. When the sale comes first, And the truth comes second, Just stop, for a minute and Smile...”
Nada dering I Phone 4 Rania nyaring mendendangkan lagu Jessi J-price Tag. Rania melihat sekilas nama pemanggil sebelum menyerahkan telefon bimbit canggih tersebut kepada Shifa. Shifa terkebil-kebil.
“Kenapa bagi kat aku?”
Shifa bertanya kehairanan apabila Rania secara mengejut menyerahkan telefonnya yang galak berdering tersebut.
“Emergency, Panggilan alam, aku tak dapat tahan...kau tolong jawab call Abang Ael tu.”
‘Bang!!’
Kasar, Rania menutup pintu. Sah-sah kecemasan sangat dah tu. Shifa pula masih memandang sepi I phone tersebut. Bertuah punya Rania, kalau iya pun, jawablah sekejap, suruh Ael call balik selepas ini. Ini tak, Shifa juga yang kena handle.
“Why is everybody so serious? Acting so damn mysterious Got your shades on your eyes And your heels so high That you can't even have a good time..”
Tak habis-habis pekikan dan lolongan I phone tersebut. Shifa menggagahkan tangannya untuk menekan butang hijau tersebut.
“ Hey budak kecik, aku dah macam tugu negara dah ni, tunggu kau and kawan kau yang so called cute tu, cepatlah! Panas terik kat bawah ni!”
Tanpa sempat Shifa memberi salam mahupun Helo, abang Rania sudah bersuara. Termangu-mangu Shifa dibuatnya.
“Erk...Abang Ael? Ni Shifa ni, sekejap lagi kami turun, Rania ada dalam tandas.”
Bersuara juga Shifa ni akhirnya. Megat Rafael Iman terkedu mendengar suara halus tersebut.
‘Cute suara budak ni, tuan punya suara pun mesti sama cute, kan? Ael, Ael, focus!’
Megat Rafael berdehem sesaat bagi mengembalikan fokusnya. Memang lembut betul suara Shifa sehinggakan membuat jantung Megat Rafael berdetak lebih laju berbanding kadar normal.
“Ehem... siapa tadi? Shifa ya?”
“Ya saya Abang Ael...Shifa ni...”
‘Alahai...janganlah goda abang dengan suara lembut tu Shifa oi, Mama, Ael nak kahwin!!! Ish kau ni Ael, jumpa budak tu pun tak pernah, dah jatuh hati? Mengucap anak teruna Dato' Seri Hakimi , takkan lari gunung dikejar...ehehe...tak sabar nak tengok anak angkat kesayangan mama ni!’
“Abang Ael? You still there?”
Megat Rafael Iman kembali ke dunia nyata setelah namanya diseru berkali-kali oleh Nurul Shifa.
“Ha? Oh, yes, yes...Abang ada lagi ni, lambat lagi ke Shifa adik abang tu? Abang dah nak pitam ni menunggu.”
Tanpa disengajakan, Megat Rafael mengadu manja kepada Shifa. Shifa pula menarik senyuman, tak disangkakan olehnya bahawa abang kepada kawan karibnya itu seorang yang manja. Rania selalu menceritakan tentang ketegasan, kecerdikan, dan karisma Rafael, namun sepatah pun dia tak pernah cakap yang Megat Rafael Iman bin Dato' Seri Hakimi ini adalah seorang yang manja.
“Urm...” Shifa baru sahaja ingin memberitahu Rafael namun pintu bilik dibuka kasar.
“Oi, tak habis lagi berborak? Lamanya...”
Rania kembali ke kamar tersebut dengan bersahaja. Shifa tersenyum lalu menyerahkan Telefon tadi kepada pemilik mutlaknya.
“Shifa, abang dah cramp ni berdiri...”
Di sebelah sana, Megat Rafael masih belum habis mengadu domba. Rania tersenyum nakal.
‘Abang, abang, aku set up kan dengan Shifa pun okay juga, cun la dapat kakak ipar yang memang ngam dengan aku!’
Desis hatinya.
“Hoi Abang! Manja ye kau dengan Shifa, ada apa-apa ke? Takkan lah baru dengar suara dah jatuh hati?”
Megat Rafael hampir melatah mendengar suara Rania yang menyapanya. Rania masih lagi tersengih nakal. Bila lagi nak sakat abang yang suka membuli dia kan? Ada boeing ada airbus, ada hari, wajiblah Rania balas!
“Banyak cakap lah kau ni, cepat turun! Abang penat ni! Be Fast!”
Rania menjarakkan telefonnya dari cuping telinga, inilah padah apabila membuat Megat Rafael Iman geram, habis kuat Abang Aelnya menjerit tadi.
“Hisy, mujur tak pekak aku! Memekik je kerja, dengan kau tadi tak pula dia terpekik-pekik?”
Rania bertanya kepada Shifa, sambil tangannya ligat mengambil beg-begnya untuk dibawa pulang. Shifa tersenyum manis.
“Masa dia mula-mula cakap tadi aja, tapi selepas aku beritahu aku ni Shifa, terus suara dia under control. Manja juga Abang Ael ea?”
Shifa berkata-kata sambil membetulkan rambutnya. Baju lengan panjangnya ditarik sedikit, seluar jeans yang disinsing ke paras betis tadi pula ditarik ke bawah. Rania sekadar mencebik.
“Tak pernah lagi dalam hayat aku, aku nampak dia manja. Eh, jomlah, nanti mengamuk pulak singa tua kat bawah tu.”
Rania dan Shifa tergelak. Ada pula panggil Megat Rafael singa tua. Macam-macam songeh mereka ni. Pintu bilik dikunci rapi sebelum mereka meninggalkan kampus.
Share this novel