Yuni sedang memasak di dapur.
"Aku pergi kerja dulu nanti jangan lupa bagi ayah kau makan"kata Mak Yuni
"Pandai lah dia nak makan bila bila masa"kata Yuni
"Haah, memang lah pandai pandai sangat menjawab je mulut tu siapa ajar nak aku cubit mulut tu"kata Mak Yuni
Yuni berdiam diri seketika waktu dia sambung memasak untuk tengah hari. Mak Yuni pergi ke tempat kerjanya. Selepas Yuni memasak dia meletakkan lauknya di atas meja. Dia bergegas keluar untuk pergi ke rumah Fana. Sesampai nya di rumah Fana dia terserempak dengan Abang Rahim.
"Aduh, macam mana ni aduhai aduh"kata Yuni sambil cemas
"Kenapa cemas lagi tengok abang tak makan orang ye abang makan nasi buat apa nak cemas cemas ni tak yah cemas lah buat biasa je"kata Abang Rahim
Yuni semakin cemas kembali. Fana menuju keluar rumahnya.
"Tarik nafas lepas"kata Fana
"Uhhh, lega aku"kata Yuni
Abang Rahim mendengar apa yang Yuni cakap tadi.
"Lain kali jangan cemas sangat bahaya untuk kesihatan tak elok tau"kata Abang Rahim sambil senyum
"Kenapa dengan abang kau tu Ish mengarut betul lah"kata Yuni
"Kenapa dengan abang aku"kata Fana
"Tak ada apa"kata Yuni
"Jom keluar kejap aku nak ambil motor"kata Fana
"Okey jom"kata Yuni
Dia naik motorsikalnya lalu pergi ke mall dengan segera. Sesampai nya di mall dia terserempak lagi dengan Abang Rahim. Yuni betul betul terkejut dan tak sangka.
"Ya-Allah, dia lagi kenapalah malang sangat nasib aku ni"bisik Yuni
"Apa kau cakap"kata Fana
"Mengumpat saya ke"kata Abang Rahim
Yuni cemas lagi.
"Dah jadi dah aduhai"kata Fana
"Tarik nafas lepas cool lah abang nak temankan Fana je dah terserempak nak buat macam mana kan"kata Abang Rahim
"Dah ditakdirkan"sakat Fana
"Letih lah aku macam ni setiap hari"kata Yuni
"Biarlah letih asalkan berjumpa daripada letih asalkan tak jumpa"kata Abang Rahim
Membulat mata Yuni mendengar abang Rahim berkata begitu.
"Malulah tu senyum senyum"sakat Fana
"Malu apanya tak ada maknanya"kata Yuni
Yuni memusingkan badannya dengan gembira di mall tersebut. Dia hampir terjatuh dan Abang Rahim memegang Yuni dengan erat. Mereka saling menetap matanya berdua.
"Aduh, sweet ermm"kata Fana
"Eyh,"kata Yuni
"Abang tu bukan Kak Suri tu Yuni"kata Fana
"Maafkan abang lain kali hati hati jangan ingat mall ni tempat mainan bahaya"pesan Abang Rahim
Yuni berdiam diri dan merah mukanya sambil senyum.
"Kau suka kan"sakat Fana
"Ish kau ni"kata Yuni
Share this novel