Rate

Vol 1

Horror & Thriller Series 36847

1. Air Terjun

Sampai di air terjun, kami bermandi dan mencipta satu permainan ‘Siapa selam paling lama menang’.

Aku dan abang menyelam di dalam air yang sejuk dan nyaman itu sehingga aku terasa kaki ku dipegang oleh abang lalu aku cepat-cepat timbul ke permukaan air.

Tiada sesiapa berdekatan lantas aku ternampak abang berada di pondok berkelah dengan yang lain dan dalam masa yang sama aku masih terasa kaki ku dipegang erat di dalam air.

**********

2. Enjit-Enjit Semut

Aku terdengar adik perempuan ku berusia 5 tahun sedang menyanyi ‘Enjit-enjit Semut’ dan aku menjenguk ke dalam biliknya.

Aku masuk kerana adik cakap kawan nya mengajak aku bermain sekali permainan ‘Enjit Semut’ sambil menuding jari ke arah cermin besar berhadapan kami.

Di dalam cermin, ada satu imej budak perempuan berambut panjang sedang tersenyum memandangku hingga menampakkan gigi nya yang tajam dan dipenuhi darah.

**********

3. Papa

Sedang khusyuk aku menonton filem seram, aku terdengar bunyi pintu dibuka menandakan papa sudah balik, seterusnya bunyi papa menaiki tangga kedengaran.

Aku terdengar papa terbatuk kuat semasa turun ke bawah, lalu menoleh memandang papa kerana aku risau akan kesihatan nya.

Aku melihat tiada sesiapa ditangga dan tidak lama selepas itu handphone ku berbunyi menandakan ada mesej dari papa, “Papa balik lewat sikit.”

**********

4. Lumba Lari

Pada suatu malam, awak memerhati dua orang kawan awak (olahraga sekolah) berlatih berlari di balapan dan semasa mereka berlari di hujung sana, awak terlihat seakan ada sehelai kain putih yang sedang terbang bersebelahan mereka.

Awak terkedu sambil memandang benda itu selama beberapa saat dan tiba-tiba ia menukar haluan.

Ia sedang terbang ke arah tempat awak duduk.

**********

5. Mona

Aku , Nini, Mona, Alif dan Joe ke rumah banglo yang dikatakan milik Mona Fendi dan kami masuk ke dalam pada pukul 3.30 pagi dengan bertemankan 3 lampu suluh.

Kami bosan kerana tidak menjumpai apa-apa yang menyeramkan lalu terus keluar dari rumah tersebut dan sewaktu di dalam kereta, aku mendapat panggilan dari Mona yang sedang menangis mengatakan dia tertinggal di rumah banglo itu.

Mona ada dengan kami di dalam kereta.

**********

6. Trompah

Nenek suka pakai kasut trompah.

Tiap-tiap malam bunyi kasut trompah nenek kedengaran di dalam bilik air.

Tapi nenek dah lama mati.

**********

7. Peluk

Sewaktu aku sedang nyenyak tidur, aku terkejut dan terasa anak tunggal ku, Alia, naik ke atas katil dan baring di tengah-tengah antara aku dan isteri ku.

Aku pusing dan memeluk nya dengan erat.

Dalam keadaan masih memeluk Alia, aku teringat yang dia sekarang berada di rumah atuk dan nenek nya di kampung.

**********

8. Lif Menara

Awak masuk lif yang penuh sesak dengan pelajar di Menara SAAS dan menekan nombor 9 untuk ke Akademi Pengajian Bahasa.

Dalam kekalutan dan kesesakan berhimpit di dalam lif, tiba-tiba pen kesayangan pemberian ayah terjatuh dan awak perlahan-lahan cuba tunduk untuk mengambil pen tersebut.

Semasa lif masih bergerak, pen itu bergolek lantas awak cepat-cepat merangkak ke penjuru lif untuk mengambil nya dan awak terus tersentak yang lif itu sebenarnya kosong.

**********

9. CCTV

Aku terpaksa bekerja seorang pada malam ini.

Setelah selesai meronda di setiap ruang bangunan termasuk bilik bawah tanah, aku masuk kembali ke dalam bilik kawalan dan duduk di hadapan 8 skrin cctv.

Aku memerhati feed cctv bilik bawah tanah, ada seorang perempuan berambut panjang sedang memerhati kamera sekuriti dengan tepat sambil tersenyum.

**********

10. Kepala

Jam 2 pagi, Jiha berborak di telefon awam yang terletak di tingkat 1, hujung blok Emerald dan apabila dia terasa bahu nya dicuit dari belakang, dia terus mengangkat tangan menandakan isyarat ‘sekejap’.

Sedang dia memerhati cermin tingkap di hadapan nya, dia ternampak imej orang yang mencuit bahu nya dari belakang.

Orang berjubah putih tanpa kepala.

**********

11. Gambar

Orang kata gambar adalah salah satu benda paling berharga, sebab dengan gambar lah kita boleh tengok orang yang kita rindu atau saat-saat bahagia kita.

Sebab tu sebelum saya bunuh awak saya tangkap gambar awak dulu.

Nanti kalau saya rindukan awak boleh saya tengok gambar tu selalu.

**********

12. Bayang-bayang

Malam kelmarin elektrik terputus akibat hujan lebat.

Disebabkan aku cuma mempunyai sebatang lilin, aku baring di dalam bilik dengan bertemankan cahaya lilin tersebut.

Ada bayang-bayang orang tengah berdiri dan melambai.

**********

13. ‘Fly Asrama’

Awak kaki ‘fly’ asrama dan satu malam kawan awak (Amir) pesan burger Abg Ben, jadi lepas balik dari cyber cafe, awak pun beli burger untuk dia.

Masa tengah berjalan menuju ke blok aspura, awak ternampak Amir melambai dari tingkap dorm awak di tingkat 2.

Dalam masa yang sama ada orang panggil dari belakang, awak toleh dan pelik ternampak Amir baru lompat pagar dan berjalan menuju ke arah awak.

**********

14. Kucing

Membesar dengan kucing membuatkan aku biasa dengan bunyi cakaran dekat pintu bilik aku.

Kucing aku suka sangat menyakar pintu bilik malam-malam.

Malam semalam bunyi cakaran itu masih ada, dan ia nya makin kuat walaupun kucing aku mati dilanggar kereta minggu lepas.

**********

15. Pondok

Seorang penebang balak dicabar oleh kawan nya untuk tidur di sebuah pondok di hutan yang dikatakan berhantu dek kerana dia tidak mempercayai nya.

Dia setuju dan pergi ke pondok itu lalu baring di lantai berlapikkan kain yang dibawa nya sambil berkata, “Nampak gaya cuma aku seorang je tidur sini.”

“Tak…Nampak gaya cuma kau dan aku je tidur sini,” kata satu suara yang membisik di telinga nya.

**********

16. Adik

Adik cakap ayah bunuh dia dan tanam dia di tepi pokok jambu belakang rumah.

Ayah akan memukul aku sekiranya aku bermain berdekatan pokok jambu itu dan melarang aku memakan buah nya.

Dan ayah cakap aku tak ada adik.

**********

17. Lembaga Hitam

Aku mimpi ada satu lembaga hitam bermata merah memanggil nama ku menyuruh ku terjun dari bumbung flat tempat aku duduk.

Dah sebulan aku mimpi benda yang sama, lembaga tu datang untuk memujuk, dia berdiri di hujung katil.

Tadi aku ternampak lembaga itu lagi, di hujung katil memujuk aku naik ke tingkat paling atas lantas aku tersedar yang kali ini aku bukan bermimpi.

**********

18. 3 Tingkat

Seorang jutawan ingin membeli rumah banglo 3 tingkat dan dia berkunjung ke rumah itu untuk meninjau keadaan sekeliling sebelum membeli rumah tersebut.

Malam itu dia memasuki rumah tersebut seorang dan berdiri di ruang tamu berhadapan tangga sambil berkata dengan nada lucu, “Hantu-hantu yang ada di rumah ni, datang kepada ku, aku seru!”

Dengan tidak di sangka satu suara dari tingkat 3 menjawab, “Baik! Aku turun sekarang!”, sambil ditemani dengan bunyi tapak kaki berlari turun tangga dengan laju.

**********

19. Kotak

Pada satu malam aku diarahkan untuk mengangkat satu kotak empat segi yang besar ke dalam lori di tepi jalan lantas aku mengeluarkan handphone untuk menyuluh tempat aku berdiri.

Aku ternampak gulungan rambut yang banyak bersepah-sepah di dalam lori dan juga bekas cakaran di dinding lori sebelah dalam dan dengan tiba-tiba pintu lori ditutup.

Dengan bertemankan lampu handphone, aku nampak kotak yang diletakkan di hadapan ku perlahan-lahan terbuka dari dalam.

**********

20. Ipad

Awak terjaga dari tidur dan mengambil ipad mini milik awak yang juga ada di atas katil.

Awak tengok ada banyak gambar awak sedang tidur yang di ambil malam tadi.

Tapi awak tinggal seorang.

**********

21. Teddy

Aku sayang Teddy sebab Teddy baik dan pandai cakap.

Aku beritahu mama yang Teddy nak makan sekali, nak mandi sekali, nak pergi sekolah sekali tapi mama marah dan benci Teddy.

Esok nya, Teddy cakap dia dah hantar mama pergi bercuti selamanya supaya kami dapat bermain bersama.

**********

22. Mimpi

Perkara terakhir aku lihat, jam menunjukkan pukul 12.07 sebelum dia meletakkan jari nya yang panjang dan berulat di atas dada ku, dengan tangan kanan cuba menutup jeritan ku.

Aku bangun terkejut dari mimpi, berpeluh-peluh.

Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 12.06 dan tiba-tiba pintu bilik ku terbuka perlahan.

**********

23. Dari Dalam

Aku terbangun dari tidur.

Terdengar bunyi 3 ketukan, seperti orang mengetuk kaca dan aku ingat bunyi tu datang dari luar tingkap.

Ketukan itu berbunyi lagi dan ia sebenarnya datang dari cermin di dalam bilik, cermin yang berada di hadapan katil ku.

**********

24. Tengok

Jangan pernah takut dengan hantu, jangan buka lampu bila tidur malam, awak mesti berani.

Kalau terdengar bunyi yang mencurigakan, awak mesti cari bunyi tu, tengok kiri, tengok kanan, tengok bawah katil, tengok dalam almari dan yang paling penting, jangan lupa tengok dalam selimut.

Tapi ingat, jangan sesekali tengok atas, sebab nanti dia akan tengok awak balik.

**********

25. Kawan

Masa awak kecil awak ada seorang kawan imaginasi yang selalu bermain bersama-sama dengan awak.

Sekarang awak dah besar awak dan ada ramai kawan di sekolah.

Tapi kawan imaginasi awak tu tak habis-habis ajak awak bermain dengan dia, sebab tu dia selalu ketuk pintu bilik awak malam-malam.

**********

26. Ketukan

Dila terdengar ketukan di pintu yang mengatakan itu kawan nya, Nia.

Dia hanya diam di dalam selimut dan membiarkan bunyi ketukan itu memecah hening malam.

Nia sedang nyenyak tidur di katil bersebelahan.

**********

27. Alami

Awak sedang membaca satu blog seram.

Tanpa sedar sebenarnya awak akan alami benda yang sama macam yang ditulis dalam blog itu.

HAHAHAHA.

**********

28. Insan terakhir

Awak adalah insan terakhir yang tinggal di dunia.

Awak berada di dalam sebuah bilik di pinggir kota.

Tiba-tiba, awak terdengar ada bunyi ketukan di pintu bilik.

**********

29. Peminat

Aku mempunyai ramai peminat di sekolah sampai ada satu hari aku dapat surat cinta dan bunga (tidak tahu dari siapa) yang diletakkan di bawah meja ku.

Hampir setiap hari dia menghantar surat memuji-muji kecantikan ku, kadang kala memberi coklat dan Teddy Bear.

Mula-mula memang romantik dan aku gembira tetapi aku berasa takut apabila menjumpai surat cinta yang seterusnya berada di dalam laci bilik ku di rumah.

**********

30. Bilik Stor

Apai dan Pa’an melepak di bilik stor asrama sambil menghisap rokok di dalam gelap kerana khuatir kantoi dengan warden.

Bahu kiri Pa’an dicuit, dia menoleh ke kiri dan cepat-cepat menghulurkan kotak rokok ke tangan Apai sambil memegang bahu Apai lantas berkata “Habiskan lah wei, “

Apai duduk di sebelah kanan Pa’an.

Share this novel

sakura
2021-02-17 14:47:12 

wauuu

sakura
2021-02-17 14:47:12 

wauuu

sakura
2021-02-17 14:47:11 

wauuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience