Rate

Vol 2

Horror & Thriller Series 36847

1. Ziarah

Sewaktu aku sedang membersikan kawasan kubur di pinggir kampung, aku disapa dengan satu suara.

“Anak makcik dah lama tak ziarah,” kata suara tersebut dengan kuat.

Tiada sesiapa di situ selain aku.

**********

2. Mayat

Sampai di bilik hotel, aku membuka pintu dan masuk ke dalam bilik yang gelap gelita itu lantas kaki ku terpijak sesuatu.

Aku membuka lampu dan melihat sekujur mayat dibalut rapi dengan kain kapan.

Tiba-tiba, ikatan kain kapan itu terbuka satu-persatu.

**********

3. Rambut

Pada suatu petang, aku membersihkan rambut panjang yang bergumpal di penutup lantai lubang tandas.

Keesokkan harinya gumpalan rambut itu masih ada lagi dan ia bertambah banyak.

Aku seorang lelaki, berambut pendek dan aku tinggal seorang.

**********

4. Gamelan

Setelah selesai latihan gamelan, semua ahli kelab pulang ke bilik masing-masing kecuali Ina.

Ina memukul gamelan sambil menghafal lirik lagu yang diberi.

Tiba-tiba, 3 set gamelan di belakang nya turut sama berbunyi.

**********

5. Stesen bas

Sewaktu menunggu bas malam tadi, aku ternampak seorang perempuan berselendang hitam melintas jalan menuju ke arah ku.

Dalam masa yang sama, satu benda terjatuh di atas bumbung perhentian bas lalu bergolek hingga ke bawah.

Tiba-tiba perempuan berselendang hitam itu menyapa sambil tersenyum, “Awak ada terjumpa mata saya?

**********

6. Wad 7

“Cik, saya duduk wad no berapa, saya terlupa.” tanya seorang lelaki kepada jururawat baru yang bertugas pada malam itu.

Jururawat itu meminta nama pesakit untuk membuat semakan di dalam buku rekod.

Rekod mengatakan yang pesakit itu mati bunuh diri di wad 7 sehari sebelum.

**********

7. Senja

Setelah 3 hari berada di rumah Opah, kami bersiap untuk pulang ke bandar selepas Maghrib.

Angah melihat Opah sedang melambai di tingkap atas rumah tersebut sambil tersenyum lebar.

Opah sedang koma dan berada di hospital pada waktu itu.

**********

8. Keris

Jika ingin memiliki keris sakti itu, Amar memesan agar Pian sentiasa meletakkan telur ayam di belakang rumah selang 17 hari.

Pada suatu malam, Pian tersentak dari tidur dengan keris itu tertikam di perutnya.

Pian telah lupa untuk meletakkan telur rebus di belakang rumah.

**********

9. Sampan

Dengan bertemankan lampu suluh, aku mengikut atuk ke muara dengan menaiki sampan pada waktu malam.

Ketika kami sedang mendayung melawan arus, ada suatu sampan melintasi kami.

Lelaki tanpa kepala berpakaian seperti askar Jepun sedang mendayung.

**********

10. Loker

Setelah Nia sakit teruk dan keluar dari asrama, aku ditugaskan untuk membersihkan loker nya.

Aku mengeluarkan semua barang-barang dan menjumpai sesuatu di hujung loker.

Satu tompokan darah yang masih baru, kuku, dan juga patung kecil yang ditusuk jarum.

**********

11. Mesin Taip

Mesin taip antik milik Pak Su yang diletakkan di stor akan berbunyi setiap malam, seperti ada yang sedang menaip dengan laju.

Oleh kerana perasaan ingin tahu amat kuat, Ned meletakkan sehelai kertas di mesin taip tersebut pada suatu hari.

Keesokannya, Ned mendapati kertas itu dipenuhi ayat yang sama berulang-ulang, “Pandang belakang.”

**********

12. Kasut Tinggi

Pada suatu senja, sedang aku berjalan balik ke rumah, aku ternampak sepasang kasut tinggi berwarna merah di tepi jalan.

Tiba di satu selekoh, aku ternampak lagi kasut tinggi itu di seberang jalan.

Malam itu, ada orang mengetuk pintu dengan kuat lalu aku membuka pintu dan terlihat kasut tinggi berwarna merah itu di depan pintu.

**********

13. Jongkang-jongkit

Rina berjalan berseorangan melalui sebuah taman permainan sewaktu pulang dari kerja.

Sampai di suatu tempat, Rina terdengar bunyi jongkat jongkit bergerak dan toleh ke belakang.

Rina melihat tiada sesiapa disitu dan tiba-tiba dia terasa bajunya ditarik lembut diikuti dengan suara, “ Jom kita main.”

**********

14. Kemalangan

Lori besar itu terbabas ke lorong sebelah kiri dan melanggar kereta ku sehingga aku tidak sedar kan apa-apa.

Aku terjaga di atas katil berpeluh-peluh kerana terkejut akan mimpi ngeri itu.

Aku cuba bangun tetapi kepala ku terhantuk kayu lalu aku terdengar suara orang ramai mendayu-dayu membacakan yasin.

**********

15. Mantera

Sikang sikalu seempit sengiyat, tidak dicari datanglah kemari membuat keringat alang ngelik keluu kelayan kusemat.

Abit kempalu kedarah disanjung, abit kedulu tenggelam si barat.

Amaran : Jangan baca mantera di atas dengan mata terbuka kerana ianya mantera menyeru pontianak.

**********

16. Barisan

Komander : “Kumpulan 6 sila buat barisan,kira dengan kuat dan pegang bahu kawan di hadapan!”

Kumpulan 6 (6 orang) : “Satu! Dua! Tiga! Empat! Lima! Enam! Tujuh!”

Orang yang ke-6 terasa ada satu tangan yang berkuku panjang memegang erat bahunya dari belakang.

**********

17. Lori

Sampai di Jalan Kebun, aku mengekori belakang sebuah lori kecil yang agak perlahan.

Sedang bersiap untuk memotongnya, aku memerhati arah belakang lori.

Susuk putih dibalut rapi sedang melompat ke arah kereta ku dengan laju.

**********

18. Penjara

Sebagai permintaan terakhir sebelum dikenakan hukum gantung, Fadil meminta untuk menjamah biji mata isteri nya.

Warden membiarkan permintaan nya yang mengarut itu sehingga lah hukuman dijalankan.

Keesokkannya, polis mendapati isteri Fadil mati dibunuh dan kedua biji mata nya tidak ditemui.

**********

19. Khemah

Ketika semua perserta berada di sungai, salah seorang dari mereka tiba-tiba menjerit bagai dirasuk.

Dengan memegang lampu suluh, Rina kelam kabut masuk ke dalam khemah untuk mengambil Kitab Yasin.

Rina tersuluh sesuatu yang berambut panjang.

**********

20. Ketawa

Abu suka mempersendakan filem seram yang ditontonnya.

Sewaktu menonton filem seorang diri, dia ketawa berdekah-dekah selama 1 minit dek melihat pocong melompat-lompat di dalam filem tersebut.

Ada suara seorang perempuan turut sama ketawa dan mengilai panjang.

**********

21. Mesej

Apabila sampai di rumah, aku membalas mesej Aina, rakan sebilik ku.

Bunyi telefon pintar Aina berbunyi menandakan ada mesej masuk dan aku perasan yang Aina meninggalkan telefonnya di atas katil bersebelahan ku.

Tiba-tiba aku menerima satu mesej dari Aina, “Satu dua tiga empat, urat kepala Aina ku kerat!”

**********

22. Bayi

Sebuah kereta yang hilang kawalan melanggar seorang makcik yang sedang mendukung bayi.

Bayi itu tercampak tinggi dan terjatuh di hadapanku.

Ianya bukan bayi tetapi batu nisan yang dibalut kain batik.

**********

23. Tandas Awam

Salih mendial nombor telefon yang dijumpai nya di tandas awam dan seorang wanita mengangkat telefon.

Salih : “Hi.. you kat mana? Nak berkenalan boleh?

Perempuan : “Boleh, I ada dekat dengan you, cuba tengok atas.”

**********

24. Kawad Kaki

“Sila angkat kaki kiri!” jerit Cikgu Din kepada ahli pasukan Kadet Bersatu.

Cikgu Din memeriksa barisan dan mendapati seorang ahli kadet tidak mengangkat kaki.

Kaki kiri nya berwarna hitam dan berbulu lebat.

**********

25. Air suam

“Abang, boleh bagi saya air suam?,” kata seorang perempuan berbaju hitam yang duduk di kerusi hadapan kaunter.

Aku mengangguk dan terus ke belakang untuk mengambil air suam yang di pesan oleh perempuan itu.

Aku teringat yang aku sudah mengunci pintu hadapan dan belakang kedai makan.

**********

26. Lapar

Aku tersentak dari tidur apabila terdengar bunyi seperti pinggan pecah berderai, betul-betul di hadapan pintu bilik.

Aku bangun dengan cepat lalu ternampak satu lembaga sedang merangkak ke arah katil ku.

“Aku lapar..........”

**********

27. Tol

Malam itu kelihatan lebuh raya agak lengang.

Sampai di tol, aku bersedia mengeluarkan wang dari beg duit.

Operator tol menghulurkan tangan yang berdarah-darah berkuku panjang sambil tersenyum.

**********

28. Selendang Kuning

Nina mengutip sehelain selendang kuning yang dijumpai nya di tepi pantai dan membawa pulang selendang itu.

Sewaktu di dalam bilik air di rumah nya, dia terdengar bunyi cakaran di yang amat kuat di dalam bilik nya.

Setelah keluar dia terpandang bekas cakaran di cermin tertulis “ Aku bebas.”

**********

29. Dia

“Dia suruh adik terbang dari tingkat 12 sebab dia kata adik ada sayap,” kata Zulaika kepada abang nya.

Abang nya bertanya, “ Dia suruh adik buat apa lagi?”

Zulaika menjawab selamba, “Dia suruh adik tolak abang dari tingkat 12 lepas tu terbang.”

**********

30. Kolah

Sedang mata ku tertutup akibat pedih nya sabun, aku meraba-raba di dalam kolah mencari cebok.

Akhirnya aku mencapai cebok dan terus menjirus air dari kepala untuk menghilangkan sabun.

Aku membuka mata dan melihat air kolah berwarna merah darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience