"What?!!". Bergegar satu rumah dengan suara kuat aku. Kucing yang enak di ulik mimpi pun terbangun.
"Xuna taknak kahwin". Bantahku semahunya. Taknak aku berkahwin dengan mamat cerewat macam Rizwan Faramy. Oh god, minta di jauhkan.
"Kenapa Ixuna taknak? Elok si Rizwan tu. Baik je budaknya". Puji Walidku melambung-lambung. Nyah, baik lah sangat. Setiap hari, kalau tak ganggu aku memang tak sah si Rizwan tu.
"Xuna taknak la Walid dengan dia". Rengekku manja. Walidku mengeluh lemah. Susah kan nak pujuk aku. Haha.
"Xuna tahu tak, kenapa Walid terima Rizwan?". Dahiku berkerut hebat. Kenapa lain macam aje bunyinya. Aku sekadar diam membisu. Bersedia untuk mendengar jawapan yang keluar dari ulas bibir Walid.
"Sebab ini amanah arwah Umi kamu". Aku menelan liur. Amanah arwah Umi? Jadi aku kena terima Rizwan la ni kan? Mak aih, masak aku.
"Arwah Umi kamu nak sangat tengok kamu kahwin dengan Rizwan, anak kawan baik dia". Bila perihal Umi aku di sentuh, mula lah aku jadi cengeng. Padahal, aku ni seorang yang boleh di katakan dingin plus takde perasaan.
"Kamu sanggup tak tunaikan arwah Umi kamu?". Soal Walid. Aku sekadar menunduk. Tak berani nak bertentang mata dengan Walid. Jujur, aku tak sanggup nak tunaikan permintaan arwah Umi. Tapi dalam masa yang sama hati aku berbelah bahagi. Mesti arwah Umi aku sedih kan kalau aku tak tunaikan?
"Ixuna Emyra". Nama panjangku di seru. Aku angkat muka dan mengangguknya perlahan.
"Kamu terima lamaran Rizwan?". Soal Walid ingin kepastian. Sekali lagi aku anggukkan kepala seraya menarik senyum manis. Walaupun ia kelihatan janggal.
"Alhamdulillah". Bukan aku tak nampak raut wajah bahagia Walid. Sangat bahagia. Membuatkan aku tidak sanggup untuk menolaknya lagi. Kalau itu boleh bahagiakan Walid dan arwah Umi, aku sanggup hadapnya.
{RIZWAN}
"Betul ke, papa?". Soal Rizwan tak percaya. Seharian dia tak sedap duduk dek kerana bimbang lamarannya akan di tolak Ixuna.
"Ye, Riz. Walid dia sendiri call papa". Lega hati Azmir melihat raut wajah gembira anak lelakinya. Maklumlah, dari 20 tahun lalu lagi Rizwan menyimpan hati dekat Ixuna. Siapa tak happy bila gadis kesayangan menerima lamarannya, kan?
"Yes!! Esok Riz nak jumpa Xuna". Rizwan berlari anak masuk ke dalam biliknya. Uit, tak sabar nak tunggu esok. Dia nak jumpa dengan gadis pujaan hatinya. Huhu.
Azmir sekadar menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil. Lucu dengan karenah anak tunggalnya itu. Dia sendiri pening dengan perangai Rizwan. Macam manalah anaknya itu bisa berkenan dengan Ixuna yang dingin.
"Ixuna sayang, abang datang!!". Rizwan menatap gembira gambar dirinya dan Ixuna yang cantik di dalam bingkai emas.
"Goodnight bakal istriku yang dingin". Rizwan mengucup lembut gambar Ixuna dan dirinya. Perlahan-lahan matanya terkatup rapat. Barulah dia dapat tidur dengan lena. Haihlah, ghisau!
Hy. Ini acc baru aku!
Share this novel