1~ GILA

Romance Series 4349

Aku merenung langit yang membiru. Cantik. Fikiranku kini melayang entah ke mana.

"Hy". Tegur seseorang. Serta merta lamunanku mati. Toleh ke sebelah kanan dan...

"Kau buat apa dekat sini?". Soalku dingin. Heihlah, mamat ni memang taknak bagi aku tenang walau sesaat pun. Ada aje dia dekat mana-mana.

"Termenungkan masa depan kita bersama ke?". Usik Rizwan nakal. Aku terngadah. Masa depan dengan dia? Gila apa?! Memang tak arh.

"Lambert lagi la nak fikir pasal tu. Sikit pun saya tak hingin". Kataku sombong seraya bangkit berdiri dan berlalu pergi dari situ. Kalau aku tak cau, memang bala la jawabnya. Mamat cerewet yang bernama Rizwan memang suka buat aku naik angin. Argh!

**************

"Walid buat apa tu?". Soalku apabila melihat Walidku sibuk mengemas bilik tetamu. Dah kenapa rajin sangat Walid aku ni? Selalu suruh aku aje.

"Rizwan tumpang tidur sini malam ni. Tu yang Walid kemas bilik tetamu". Membulat mataku. Dah kenapa Rizwan nak tidur dekat rumah Walid aku ni?

"Dah kenapa dia tidur dekat sini? Rumah banglo dia tu besar gedebak kut". Aku berpeluk tubuh dengan mulut yang memuncung panjang. Tak puas hati betul la aku.

"Bukannya selalu dia bermalam dekat sini. Lagipun, Walid yang suruh". Aku menjulingkan bebola mata ke atas. Auta lebih aje Walid aku ni. Yelatu dia yang suruh. Entah-entah, mamat tu yang datang meraih simpati.

"Mata tu, nak Walid korek ke?". Garang Walidku menyoal. Laju aku menggeleng. Taknak aku kena korek mata. Nanti buta la, aku nak tengok pakai apa kalau buta?

"Apa kata kamu pergi buatkan air untuk Walid dan Riz". Mulutku masih lagi memuncung. Nak taknak kena la jugak aku buatkan air. Untuk Walid aku tak kisah. Tapi si Rizwan tu, tangan aku tiba-tiba jadi malas.

"Yelah, Xuna ke dapur dulu". Kakiku yang berat di gagahkan jua. Tak dapat bayangkan aku macam mana malam nanti eh? Tak keluar bilik aku nantinya. Argh!!

**************

"Jemput minum". Kataku dalam keterpaksaan. Sempat aku menjeling tajam Rizwan yang berhadapan dengan aku. Dasar mamat cerewet.

"Terima kasih". Aku sekadar mengumam halus. Kau ingat aku nak jawab sangat ke? Heh, tak hingin.

"Apa jawab camtu? Patutnya jawab sama-sama". Tegur Walid. Aku rasa nak meraung aje dekat situ. Dah kenapa Walid nak backup mamat ni pulak? Patutnya Walid sebelahkan Xuna.

"Hmm, sama-sama". Perlahan sahaja suara aku. Langsung tak ikhlas. Makin lebar senyuman yang terukir di ulas bibir Rizwan. Aku rasa nak terajang aje. Argh, gila!!

"Dah nak masuk maghrib. Walid nak masuk bersiap dulu. Kamu pun Riz, boleh ikut Walid ke masjid". Rizwan sekadar anggukkan kepalanya. Setuju untuk mengikuti Walid ke masjid.

"Kamu pun Xuna, bersiap". Arah Walidku. Aku garu kepala yang tidak gatal. Aduh, camna aku nak cakap arh? Takkan Walid tak ingat kut? Selalu Walid ingat yang awal bulan aku selalu datang period.

"Erk, Walid". Panggilku sedikit segan. Walid pusing tubuh menghadapku. Dengan muka tak bersalah Walid menyoal dengan kening kanan terangkat.

"Xuna tak boleh...". Aku gantung ayat. Berharap yang Walidku faham. Walid menayang muka blur. Manakala Rizwan pula tersenyum penuh makna. Aku tepuk dahi. Alahai, Walid...

"Ya Allah, maafkan Walid Xuna. Walid lupa". Aku menggelengkan kepala perlahan tanda aku tidak kisah. Walhal dalam hati dah menjerit-jerit untuk aku sembamkan muka dalam jamban. Argh, gila betul hari ni!!

**********

Bunyi derapan kaki seseorang menyentakkan aku yang sedang ralit membaca novel. Aku menelan liur yang terasa berpasir. Ni kali pertama kena usik. Hantu ke?

PRANG

Bunyi besi jatuh di belakang bilik aku membuatkan bulu roma aku menegak. Walid, balik la cepat!!

Derapan kaki tersebut makin lama makin dekat dengan tingkap bilik aku. Wey!! Takkan toyol kut yang nak menghendap aku?

"Psst...". Peluh mula merinik. Jantung mula berdegup kencang. Sah, toyol!!

"Psstt...". Makin meleret pula 'psst' dia eh? Toyol boleh buat camtu ke?

"Ixuna!!". Jerit si dia dari luar tingkap bilik aku. Terkejut aku di buatnya. Suara dia, kuat nak mampus.

Dengan kekuatan yang ada aku kuak daun tingkap luas. Saat terpandang raut wajah tak bersalah Azyra, membuatkan darah aku menggelegak naik. Buat apa minah sondol ni buat dekat sini? Tak habis-habis lagi ke nak cari gaduh ngan aku?

"Xuna, aku nak cakap ngan kau sikit". Terkejut bukan kepalang aku apabila mendengar suara lunak si Azyra. Selalunya kuat bukan main. Ou, dah insaf kut.

"Kau nak apa? Aku ngantuk la". Aku memberi alasan seraya ingin menarik kembali tingkap bilik. Laju Azyra menahan dengan suara kuatnya.

"Aku nak minta maaf. Kalau kau nak abang Ez balik kau ambiklah". Aku rasa nak terkencing dalam seluar pun ada. Patut ke dia cakap camtu? Haha. Dulu bukan main auta dia. Dah rampas yang orang punya, astu nak pulangkan? What the...

"Maaf di terima. Tapi untuk aku terima Ez tu, memang taklah. Aku nak tidur, bye". Terus aku tutup tingkap bilik aku. Tak aku hiraukan raut wajah kesian Azyra. Dah buang tabiat ke, datang minta maaf? Ke esok dia dah nak mati? Astaga, apa yang aku merepek ni? Tak baiklah. Kalau dengar dekat Walid, mesti mulut aku kena cili. Huargh!!

**********

"Walid". Akhirnya aku dapat menarik nafas lega. Takdelah takut sangat kalau Walid dah balik. Penakut kan aku? Ye, aku tahu.

"Walid tahu tak siapa datang tadi?". Sengaja aku ingin bermain teka teki dengan Walid.

"Siapa? Hantu?". Laju aku menggeleng. Menidakkan jawapan Walid.

"A...". Tak sempat aku nak bagi jawapan, si Rizwan sudah menjampuk. Aku mendecit sebal. Eylah, lupa pulak dengan mamat cerewet ni. Nasib aku pakai kain tuala dekat kepala.

"Ingatkan Xuna dah tidur". Ewah. Kalau aku tidur, kau dengan Walid tidur dekat luar la jawabnya. Sebab pintu aku kunci dari dalam.

"Walid. Xuna masuk tidur dulu. Assalamualaikum". Sejurus dengan itu aku berlalu pergi masuk ke tempat aku beradu. Aku tak sempat nak jeling si Rizwan dek kerana ada Walid. Kalau tak, Walid akan... 'Mata tu, nak Walid korek?'. Arr, gitchuy. Dahla, aku nak tidur. Bye!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience