BAB 5

Horror & Thriller Completed 5917

RoommateKu Hantu

Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roommate. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku.

Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roommatenya menutup suis lampu. Dengan selamba roommatenya menjulurkan tangannya yang memanjang macam Nang Nak dan terus menekan suis lampu.

Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.

Apabila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya. Didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roommate kerana katil dan almari sebelahnya kosong.

Keesokannya bila dibuat pertanyaan di pejabat kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud.

Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu. Lepas tu cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba periksa roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu.

Setelah diperiksa didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roommate adalah benar-benar manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience