BAB 8

Horror & Thriller Completed 5917

Hantu Banduan Part I

Masa hari pertama sekolah, kiranya masa tingkatan satu, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. Tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu. Bila dah tersedar, aku keluar dari dorm kemudian berjalan ke koridor. Aku pandang bawah, pandang block lain, aku pun tak tahu kenapa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2 pagi.

Lepas jalan-jalan, aku masuk balik dorm, dan baring atas katil. Masa tu, semua kawan dah tidur mati, ada bunyi kipas buruk je. Selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi orang jalan jalan di koridor. Aku bukak mata, tapi takda ape pun, fikirku, mungkin kawan ke tandas kot. Takpe lah, sambung tidur balik.

Lepas beberapa minit, aku dengar lagi orang jalan jalan. Kali ni, bukan tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seolah- olah, bunyi tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Masa tu, memang tak berani bukak mata la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang.

Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi tapak kaki ni dah masuk dalam dorm aku. Kamitidur, tak tutup pintu. Tutup pun takda makna, sebab tak boleh lock. Pastu Bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.

Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil kot, tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat kamit baca doa dan surah surah yang aku ingat.

Masa tu, badan aku mula terketar, mata dipejam rapat, selimut digengam erat, takut hantu tu tarik selimut je. Dan aku pastikan kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku. Malah nafasnya jelas kedengaran disebelah kaki katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience