RING!!! Jam loceng berbunyi. Ainnur menggeliat, tersentak tatkala bunyi jam loceng itu bergema kuat memecah keheningan malam. Kelopak mata dibuka sedikit, namun beberapa saat kemudian matanya tertancap pada jarum jam yang terletak di dinding. “Hah?! Betul ke ? Pukul 6.30 pagi? Dah lambat ni.” Gumamnya sendiri. Berlari-lari anak Si Ainnur berlalu menuju ke katil sebelah.
“Hoi, Hura bangun lah kita dah lambat ni. Dah pukul 6.30 pagi dah ni. Aku mandi jap, kau kejutkan yang lain.” Jerit Ainnur dari permukaan pintu bilik air. Tergopoh-gapah Hura berlari ke bilik sebelah ingin mengejutkan Rabiatul dan Zahra. Macam lipas kudung lagaknya. Macam kena kejar anjing pun ya juga, macam kena rasuk hantu pun iya haihhhhh seram nyahhhh kalau tengok muka dia. Bertempek bedak sejuk yang merekah-rekah perghh nenek lampir kalau nampak ni comfirm dia resign babe. Bersara terus nenek lampir tu. HIHIHI~
Pintu di ketuk bagai tiada hari esok rasa macam nak pecah dah pintu dibuatnya. KEDUNG KEDANG KEDONG !!! “Hoi bangun lekas kita dah lambat ni.” Jerit Hura di telinga Rabiatul. Entah apa yang dibebelkan si empunya mulut pun aku tak tahu. Sayu-sayu bunyi bebelan kedengaran. Pot pet pot pet mulutnya meleteri pemilik susuk tubuh yang masih elok berbungkus dalam selimut lagi.
Seminit berlalu Hura masih memekik-mekik di telinga Rabiatul. “Hah? Apa? Kenapa? Siapa?” Soal Rabiatul bertubi-tubi. Rabiatul terjaga dari lenanya. Jantung bagai nak jatuh dari tangkai nyawa akibat jerkahan Hura yang mengejut.
‘Apa pula dia merepak ni haih.’ Gumam Hura. Orang dah lambat lagi dia tanya soalan banyak-banyak pula. “Kita dah lambat ni cepat siap kejut Zahra tu cepat.” Hura terus melangkah kearah biliknya untuk bersiap. Huru-hara betul lagaknya.
Dengusan kasar dilepaskan. Pot-pet-pot-pet-pot-pet aja minah ni. Orang nak tidur mimpi Park Seo Jun yang kacak tu pun terbantut. “Zahra bangun. Aku nak mandi ni”. Ujar Rabiatul tuala dicapai sambil langkah malasnya menuju ke bilik air. Bibir digesel berkali-kali pada bahu yang berlapik dengan T-shirt cotton berwarna kelabu, seolah-olah sedang membersihkan air liur basi. Itu semua tindakan automatik ketika dalam keadaan separuh sedar.
‘Apa pagi -pagi memekak ni. Kacau betul lah orang nak tidur, eh pukul 1.50 pagi? Awalnya nak pergi class. Harini hari buang tabiat semua orang ke apa ni?’ Terpinga-pinga aku sendirian di atas katil. Tertoleh kanan dan kiri aku dibuatnya. Eh apa dah jadi ni??????
Langkahku yang longlai menuju ke bilik Ainnur. Melihat Ainnur dari atas sampai bawah dengan memek muka yang penuh kehairanan, tenungku lama ke muka Ainnur, kemudian dikerling pula jam di pergelangan di telefonnya.
“Pasaipa tak siap lagi ni, nanti lambat lah tengok pukul berapa dah ni.” Bebel Ainnur sambil membetulkan lipatan tepi tudung dirapikan. Mulutnya masih membebel-bebel mengatakan sudah lambat untuk pergi ke sekolah. Pot pet, pot pet, pot pet macam nenek kebayan. Mulut tak reti diam
Aku tidak beriak malah tidak berkutik dari pintu, senyum sinis dibibir terukir. Buang tebiat apa pagi-pagi buta nak pergi sekolah pak guard pun masih tengah membongkang agaknya. Kucing dekat sekolah pun masih membuta lagi. Mana ada orang pergi sekolah jam 2.00 pagi. Jam 2.00 pagi ni biasanya manusia masih bermimpi-mimpi lagi tau.
Aku menunjukkan jam di telefonnya. “Jam dinding pukul 6.30 jam loceng pukul 2.10 pagi." Selamba aku menjawab.
Aduhhh masak lah aku kali ni.” Gumam Ainnur. Memek wajah agak mendung di pamerkan ke arah cermin. Bibirnya tersenyum hambar. “ERRR, aku salah kunci jam kot, aku tak perasan, hehehe sorry” Jawab Ainnur dengan riak muka serba salah. 'Macam mana boleh salah ni, aku rasa betul dah aku kunci malam tadi.'
“Aku nak sambung tidur.” Balasku sambil melangkah masuk ke biliknya, sekejap sahaja kelibatku hilang di balik pintu. Lesap~
Usai Ainnur menukar pakaian, dia menghempaskan badannya keatas katilnya, sambil membelek-belek jam locengnya. Jam dikunci pukul 5.30 pagi. Dia memejamkan mata untuk beberapa saat kemudian.
“AINNUR!!!!” Jerit Rabiatul dan Hura sambil meluru laju ke arah Ainnur. “Ya Allah, Engkau selamatkan lah Ainnur dari sebarang musibah. Sesungguhnya dia seorang yang baik dan berbudi pekerti.” Doaku dalam hati setelah mendengar suara petir milik Rabiatul dan juga Hura. Beberapa minit kemudian suasana kembali tenang seperti biasa. Dengkuran kecil mulai kedengaran.
******
Beberapa hari telah berlalu. Hari berganti hari masa berlalu dengan sungguh pantas. RING!!!!! Jam loceng milik Zahra mulai kedengaran dalam keadaan yang mamai Zahra bangun lalu bingkas menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersiap. Selesai mandi dan bersiap Zahra mengejutkan rakan-rakannya. Selesai sahaja menunaikan Solat Subuh, mereka pun menyiapkan sarapan dan bekal untuk dibawa kesekolah.
“Hari ni kita masak nasi gorenglah. Tak sempat lah nak masak macam-macam. So macam mana geng okay tak nasi goreng? Nasi goreng tom yam?” Tanya Rabiatul. Dia tanya dia sendiri yang jawab. Baik tak payah tanya. Nasi goreng tom yam sememangnya menjadi kegilaan kami semua. Sedap pun sedap. Mudah, ringkas dan sedap, yang penting kenyang. Yummy yummy~~~ Makan sehingga menjilat jari. Wow macam iklan pula. Hahahah~
“Okay, cun!!” Jawab Ainnur, dan Hura serentak. Proses memasak dimulakan. Riuh rendah bunyi gelak tawa mereka memecah keheningan pagi subuh itu. Setengah jam berlalu. Jam dinding yang berada di dapur dikerling Hura. “Cepat makan kita dah lambat ni. Pukul 6.55 pagi dah ni. Cepat sikit makan tu.” Bebel Hura. Si Hura ni kalau tak membebel bukan Hura lah orangnya. Benda kecil pun bebelannya panjang betul ~~~~~~ Risau dibuatnya.
“Lambat lagi haihhh, hari-hari lambat. Aku tunggu dekat depan pintu tau. Cepat sikit makan tu Zahra, dah lambat lagi dia lambat-lambat pula.” Bebel Rabiatul pula. Rabiatul ni badan ja kurus melidi tapi kalau bab melantak laju aja dia. Bagi la apa saja semua dia sapu licin . Sekejap aja licin macam bela saka. "Ya." Perlahan Zahra menyahut. Aku Zahra walaupun aku ni agak pendiam sikit kadang-kadang aku ni agak baran sedikit.
Jarak antara sekolah dan rumah sewa kami adalah tidak jauh maka mereka lebih gemar menaiki basikal saja. Ya lah dalam kira-kira 7-6 minit sampai dah sekolah dekat aja pun, sesuai lah naik basikal. Dalam perjalanan menuju ke sekolah sebuah motorsikal berkuasa tinggi tiba-tiba melanggar sisi tepi basikal Zahra yang berada di hadapan sekali menyebabkan Zahra gagal mengawal basikalnya lalu Zahra terjerumus ke dalam belukar.
Penunggang motorsikal yang melanggarnya dan beberapa buah motorsikal hanya memandangnya dari kejauhan dan berlalu pergi tanpa sepatah kata. “Kurang asam jawa asam gelugor, asam jawa betul. Habis kotor baju dia. Siap kau. Aku bocorkan motor buruk kau, biar padan muka kau tengok la nanti, belagak betul minta maaf pun tak memang nak kena budak ni.” Jerkah Ainnur. Zahra hanya mendiamkan diri matanya membulat besar. Senget benget tudungnya mukanya merah padam menahan amarah. Comot pakaian sekolahnya.
*******
“Kenapa baju kotor ni? Kau jatuh dekat mana? Ada luka tak? Jawab lah aku tanya ni.” Ujar Zafran. Zafran merupakan ketua pengawas yang agak kacak dan bijak. Walaupun seorang yang tegas dan berdedikasi namun di dalam hatinya ada taman yang berbunga-bunga indah.
Prihatin? HMMMM! Prihatin dekat Zahra aja, dengan orang lain? Mimpi ajalah. Prihatin ada sebab. Sebab dia ada hati dekat Minah sekor ni tapi tu lah kesian Zahra tak suka dia. Ish ish ish kesian cinta bertepuk sebelah tangan. Tak patut tak patut.
Sedih! Sedih! Zahra macam biasalah tak dengan riak mukanya yang selamba memang tak lah dilayannya di Si Zafran tu. Dia jalan menonong aja. Sikit pandang pun tak. Aduh sakitnya terasa di dalam hati. Bagai di tusuk sembilu. HUHUHUHU~
“Bangun! Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu.” Macam biasalah ketua kelas bagi salam menandakan guru dah masuk.
“Waalaikumussalam, duduk semua. Okay class harini kita ada rakan-rakan baru ya di kelas kita. Bukan satu bukan dua, tapi kita ada empat orang pelajar baru. Okay kamu boleh perkenalkan diri kamu.” Tutur Cikgu Norazni selaku guru Bahasa Melayu merangkap gurus kelas.
“Tengku Muhammad Al- Fateh Bin Tengku Muhammad Uthman.”
“ Syed Muhammad Daniel Bin Syed Muhd Ali.”
“Ungku Muhammad Athif Bin Ungku Muhammad Hashim.”
“Syed Muhammad Firdaus Bin Syed Muhammad Umar.”
“Terima kasih dan selamat datang. Baik lah kamu semua boleh duduk di tempat kosong belakang sana. Okay semua buka buku teks Bahasa Melayu muka surat 93.” Ujar Cikgu NorAzni menunjukkan kelas akan segera dimulai.
“4 ekor mamat poyo, kah kah kah!” Bisik Rabiatul ke telinga Zahra sambil melirikkan matanya ke arah hadapan kelas. Rambut pacak-pacak mesti anak orang kaya muka jambu acah-acah hot. Euwww ~~~~
“Budak depan ni yang kau langgar tadi Fateh.” Bisik Daniel yang menyedari mangsa langgar lari rakannya sebentar tadi. Fateh malas nak layan, bukan luka ataupun patah riuk. Elok ja masih hidup lagi. Comot aja sikit. Riak wajah yang sombong sambil memandang hadapan kelas. Sedikit rasa kasihan pun tidak. Hati batu, manusia apalah Si Fateh ni sekelumit rasa belas kasihan pun tak ada. Hati batu betul.
Waktu rehat penuh meja pelajar-pelajar baru kelas tingkatan 5 Sains 1. Pakej lengkap beb, ada rupa, ada harta, ada akal yang boleh diguna pakai, cuma satu ja yang membezakan mereka iaitu perwatakan mereka.
“Hai, I Qayra Aliya you all can call me Qaira and this is Syazwani and this is Alisyah” Ujar Qaira dengan nada menggedik beserta badannya dilentok-lentokkan. Gaya macam ulat bulu dah. Gatal! Perasan paling cantik lah tu.
Keempat-empat jejaka tampan tersebut pun bangun dari kerusi lalu berlalu pergi ke kantin memandangkan waktu rehat singkat jadi mereka tak mahu melengahkan masa lagi. “Oh My God! Dia blah macam tu aja?!” Jerkah Qaira menghamburkan rasa tidak puas hati. Kaki dihentak-hentak menunjukkan amarah yang terbuku di hati.
“Nasi goreng tomyam!” Jerit Ainnur. “Iya, Zahra kongsi dengan Rabiatul, aku kongsi dengan Hura. Baca doa cepat.” Ujar Ainnur sambil membahagikan bekal mereka. Mereka berborak dengan rancak sekali berselang-seli dengan tawa kecil.
“Bising lah budak belakang ni,. Gumam Fateh sambil menoleh kebelakang kearah Zahra yang sedang berselera menjamah nasi gorengnya. Nampak gayanya macam lapar sangat. Sebulan tak makan agaknya. Anak orang miskin agaknya. Kesian betul.
Ish dia ni lagi, dah lah satu class takkan makan dekat kantin pun nak dekat dengan dia juga ish! Comot dan kotor kena lumpur, lengan baju ada kesan darah bajunya pula terkoyak . Selamba ja minah ni pakai baju kotor ya. Muka lembut Zahra di tenung lama. Mulai terbit rasa serba salah sebenarnya kerana berlalu pergi tanpa memohon maaf. Terasa kejam dirinya memperlakukan seorang gadis begitu. 'Ah peduli apa, bukan masalah aku.' Ego menyelubungi diri. Dasar pentingkan diri sendiri!
"Selekeh betul la kau ni. Jatuh basikal la tu, padan muka alolololo kesiannya lain kali bawa laju-laju lagi ya nasib baik tak arwah. Bawa laju-laju lagi basikal buruk kau tu.” Ujar Qaira dengan nada mengejek. Sebenarnya dia iri hati dengan semua tingkah laku Zahra dan rakan-rakannya yang lain tidak mengira dalam semua hal termasuklah pelajaran.
Hatinya makin membahang setelah melihat Fateh memandang Zahra tanpa berkedip. Hakikatnya dia cemburu semua yang ada pada Zahra. Khabarnya Zahra merupakan anak orang kaya, namun pemakaiannya sedikit pun tidak terlihat seperti anak orang berada, kampungan dan macam orang miskin adalah. Mungkin sekadar gosip murahan saja. Entah-entah anak pungut tepi jalan.
“Oh!” Balas Zahra tanpa memandang muka Qaira. Minah ni tak habis-habis cari pasal. Menyibuk aja. Mana-mana aku pergi mesti dia ada. Rimas!
“Hey betina sundal aku cakap dengan kau jadi pandang lah muka aku. Tak guna betul!” Lantas bekas nasi goreng tom yam yang dimakan Zahra dicapai dan dilemparkan ke atas lantai “Opppssyyyy sengaja.” Ujar Qaira dengan memek muka bangga disertakan sekali dengan tawa mengejek dirinya. Kurang ajar betul. Biadap.
Alamak memek muka Zahra dah berubah habislah dia mesti nak mengamuk ni. Gumam Hura. Serta-merta menggelabah sakan mereka bertiga melihat riak muka Zahra. Jarang sekali Zahra menunjukkan riak muka sebegitu. Zahra bangun memandang tajam ke arah Qaira.
Senyuman sinis yang menakutkan dihadiahkan khas buat Qaira. ZASSS!!! Pantas jari jemari Zahra menampar kuat muka Qaira. "Mak bapak kau tak ajar ke makanan jangan di buat main?" Tegas Zahra menyoalnya. Qaira terkedu dengan tindakan Zahra. Kaku dia disitu, lidahnya kelu diperlakukan sebegitu. Bergelinangan air matanya, menahan sakit dan malu. Terkejut. Tak sangka Zahra boleh memperlakukan dirinya sebegitu sekali.
Bukan aku tak perasan ada mata-mata yang merenung aku sejak Si Minah Sengal ni memulakan perang ciptaan dirinya sendiri. Puas hati aku, sedap makan penampar. Orang lain makan nasi kau makan penampar. Angin betul aku makanan dibuang-buang. Aku dah lah lapar. Bak kata orang jangan diganngu orang yang lapar tengah makan. Buruk akibatnya.Padan muka! Gumam Zahra didalam hati.
“WHAT?! OH GOD! Dia blah macam tu aja? What the hell?! Apa tengok-tengok?” Jerkah Alisyah tak puas hati teman baiknya diperlakukan sedemikian. Aku takkan berdiam diri. Bentak Alisyah di dalam hati.
Keesokkan harinya, penuh perkarangan tempat parking motor dengan budak perempuan yang pelbagai ragam. Alaa biasa lah nak tengok budak baru la tu, eh wait a minute, motor tu??!! “Zahra, motor tu Rah” Ujar Hura menunjukkan jari telunjuknya ke arah sebuah motorsikal.
Aku nak buat perhintungan jap.” Tenang mukanya. Zahra mencapai batang besi di tepi tiang lampu kemudian menuju ke arah Fateh, senyuman paling manis dilemparkan buat Fateh.
~ Eh kejap mana dapat batang besi tu? Apa di nak buat ni? Dia nak pukul aku ke?’ ZAPPP !!! ZAPP!!! ZAPP!!! ‘Dua side mirror aku dipatahkan.’ Ikkkkk~~~~~ Bunyi cover set aku dia calarkan. ‘Sakitnya hati aku.’ Senyuman yang manis tadi kini hilang entah ke mana, hilang dibawa angin aku mulai tersedar dari anganku. Eh minah ni oleh tahan brutal juga.
Mukanya merah padam namun riak wajahnya seperti tadi kosong dan tidak beriak. “Apahal kau rosakkan motor aku?” Soal Fateh dengan lagaknya. Zahra senyum sinis lagi. Dihentak-hentaknya batang besi tadi ke meter motor Fateh. Perempuan ni memang nak kena betul lah dengan aku. Nak aja aku tampar-tampar muka minah ni. Di amati muka Zahra satu persatu. Bibir kecil, sexy, mata bundar, kening terukir cantik hurmmm hidung mancung. Dagu yang mahal tu dagu terbelah. Cantik. Fateh memuji dalam hatinya.
“Hadiah untuk perkenalan kita.” Zahra berlalu pergi menonong. Lagaknya seperti dia tak membuat sebarang kesalahan langsung. Fateh menjengilkan biji matanya di raupnya belakang rambut berkali-kali melihat keadaan motornya. “Nampaknya kau dah jumpa buku dengan ruas bro.” Zali menyakat Fateh. Makin bengang dia mendengarnya. Panas hatinya melihat Zahra dari kejauhan. Dalam tak sedar senyuman terukir di bibir Fateh.
***
Share this novel