MASA yang tinggal tak banyak lagi, tak lama lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula hanya tinggal sebulan ja lagi. Sunyi betul library petang ni, biasalah hari ni petang Jumaat tak banyak pelajar yang ingin meluangkan masa untuk mengulang kaji mata pelajaran mereka disini, mereka lebih gemar untuk mengulang kaji di rumah sahaja.
Jam tangan dikerling seketika olehku. Mana pula budak-budak ini? Janji melayu betul. Lambat sangat ni Janji pukul 2.15 pm ish pukul 3.10 p.m dah. Beli air pun lambat.
Tiba-tiba bayangan muka Fateh terlintas difikiran.
Hey kenapa pula muncul muka mamat ini lagi, menyampah betul aku disebabkan dia banyak minah-minah kepoh kat sekolah ini tak suka aku. Haih! Lagi-lagi Geng Tak Over Tak Sah tu, lagi memeningkan kepala ada aja tak puas hati dengan aku. Entah apa suka gila kat mamat ni pun aku tak tahu. Tahu la elok rupa dia.
“Eh babe, sorry kitorang lambat!" Tersengih-sengih mereka bertiga sambil menayangkan baris gigi putih. Sejam jam berlalu, buku berganti buku telah aku menelaah. Rabiatul dan Hura hampir menyiapkan latihan yang telah diberikan oleh guru.
Diorang ni mudah memahami dan cepat tangkap apa yang dipelajari, jadi tidak menjadi masalah jika belajar dengan mereka, yang menjadi masalahnya sekarang Si Ainnur. Masih lagi terkulat-kulat menyiapkan tugasan. Aku menghulurkan buku nota dan beberapa keping nota ringkas untuk Si Ainnur. Senyum sampai ke telinga minah tu. Mataku mulai mengantuk, sedikit demi sedikit mataku mulai tertutup. Seakan-akan ada batu yang menjadi pemberat di kelopak mata. Aku tertidur tanpa ku sedari.
Waktu bergerak dengan pantas lena sungguh tidurku, sebaik aku membuka mataku terpancul wajah Fateh di hadapan mata. Mimpi atau realiti? Dahi dikerut, jelingan tajam ku hadiahkan wajah ku palingkan. Bangun-bangun muka manusia ni. Apa tak ada muka lain lagi dah ke dalam dunia ni. Macam manalah boleh tercangak dekat sini pun aku pun tak tahu. Mengganggu ketenteraman awam betul. Bentakku di dalam hati.
Jam menunjukkan pukul 4.30 petang library mulai lebih lengang berbanding tadi. Rabiatul, Hura dan Ainnur mulai mengemas buku mereka begitu juga dengan aku dan juga mamat poyo tu.
Tujuan Fateh sebenarnya hanya ingin memulangkan buku nota Ainnur yang dipinjamnya kelmarin, namun apabila terlihat nota Zahra di atas meja dia jadi tertarik untuk membacanya. Diam-diam diamati si empunya nota yang sedang asyik dibuai mimpi. Zahra sering mempamerkan riak wajah yang kosong namun melihatnya lena disampingnya membuatnya merasakan ketenangan. Fateh tersenyum sendiri.
Memang tidak dinafikan lagi, Zahra memang seorang yang bijak, cara dia meringkaskan nota sangat ringkas dan padat. Nota-nota dan catatan contengan dia pun semuanya mudah utuk difahami. Jadi tak ada masalah kalau tiru nota dia. Huhuhuhu ~ No wonder lah dia jadi pelajar terpandai di sekolah ni.
SPM dah semakin dekat orang lain sibuk rancang statergi macam mana nak menghadapi SPM, Geng Tak Over Tak Sah ni pula sibuk buat plan nak kenakan Si Zahra. Segala kelengkapan dan peralatan yang ingin digunakan telah disiapkan. Qaira memang dengki dengannya. Zahra mengatasi semua yang dia miliki, selain rupa paras dah tentunya kepandaian Zahra tidak standing dengannya. Zahra sentiasa mendapat markah tertinggi manakala dirinya pula sebaliknya.
Dahulu, dirinya yang dipuja. Dirinya lah diva terhangat terhangus dipasaran, terpandai di sekolah dan segala-galanya dia lah nombor 1. Dia tak suka berada di belakang Zahra. Kini yang mengatasinya ialah Zahra kemudian diikuti dengan Fateh dan seterusnya Zafran, dia entah ke berapa entah disebabkan itu dia kini lalai dalam pelajaran. Hanyut dalam pelajaran. Zahra dilihat sebagai ancaman terbesar untuk dia terus dekat dengan Fateh serta popularitinya disekolah. Esok adalah penentu segala-galanya.
Suasana bising dengan bunyi riuh rendah suara-suara pelajar bersembang, tiba-tiba sunyi sepi seketika. Suara halilintar ketua pengawas memecah kesunyian pagi.
“Letakkan beg atas meja, semua diminta keluar dan beratur diluar! Spot check akan dijalankan. Jangan bising.” Jerit pengawas tersebut dengan tegas. Zafran hanya memantau disisi pengawas tersebut. Spot check dijalankan dengan penuh teliti. Hampir 10 minit kemudian. Pengawas tersebut keluar dengan membawa sebuah beg.
“Beg siapa ni? Sila ikut saya ke bilik disiplin sekarang.” Ujar Zafran dengan tegas ditangannya memegang beg berwarna biru gelap. Suaranya cukup tegas dan kuat “Weyh, beg kau babe asal tu kau ada bawa apa-apa ke? Kau bawa phone?” bisik Rabiatul ke telinganya. Apa pula masalah kali ni. Rasanya tak ada pula bawa yang bukan-bukan.
“Entah.” Hanya cebikkan sebagai riaksi mukanya. Muka aja nampak tenang dalam hati siapa yang tahu kan. Apa lagi bala yang akan menimpa aku kali ni. Zahra mengucap sendiri. Bosan dengan apa yang berlaku.
“Ratna Az-Zahra Farhaina! Awak tahu kenapa awak berada disini? Awak tahu kenapa beg awak dirampas?” Sindiran pedas dilontarkan oleh Cikgu Khairil. Apa pula kali ni, hurmmm apa pula dia nak bebel ni. Siapa aja lah tak kenal dengan Cikgu Khairil. Cikgu disiplin yang kuat membebel mengalahkan cikgu kaunseling. Harap aja cikgu lelaki tetapi mulutnya bising mengalahkan makcik-makcik bawang. Mulutnya pula sudah semestinya lancang apabila berkata-kata. Pedas! Tu belum siap pakej air liur menyembur-nyembur macam air hujan. Habis lencun muka.
“Awak tahu apa salah awak? Awak tahu tak merokok tu bahaya untuk kesihatan? Dan awak tahu tak? Membawa barang terlarang ke sekolah adalah kesalahan yang besar? Rokok merupakan salah satu barang terlarang yang boleh menyebabkan awak dibuang sekolah! Awak tahu tak semua ni? Awak merupakan pelajar top 1 sekolah ni Zahra Kenapa dengan kamu ni? Apa nak jadi dengan kamu ni? Kalau ada masalah datang la ke kaunseling dan berbincang lah dengan kaunselor. Bukan dengan merokok. Apa awak ingat merokok ni mampu mengatasi masalah awak ke?” Cikgu Khairil terus membebel dan terus membebel bukan didengariku, fikiranku terbang melayang ke awang-awangan. Rasa macam nak tidur pun ada. Mengantuk betul.
Siapa yang letak dalam beg aku? Ni mesti ada yang dengki dengan aku. Tak apa! Kita tengok siapa yang menang. Hurmm kita tengok siapa yang meraung, melalak dan menangis. Ligat otak aku memikirkan siapa yang menjadi dalang semua angkara ni. “Ratna Az-Zahrah Farhaina!!!!! Saya bercakap dengan awak ni!” Tengking Cikgu Khairil. Matanya terbeliak macam nak terkeluar dari tengkorak kepalanya. Panggil fullname weyhhh dah macam bapak-bapak marah anak pula rasanya.
“Oh~” Ujar Zahra senada dengan tenang lalu tersenyum kecil. Sedapnya orang tua mengata aku. Tak habis-habis nak tuduh-tuduh aku dah aku cakap bukan aku punya bukan lah. ISH!!! Sakitnya hati aku. “Boleh tak esok kita bincang balik pasal ni. Saya penatlah harini. Harini cikgu fikirlah nak hukum saya apa. Saya terima. Saya cuma nak cakap benda tu bukan saya punya.” Riak muka yang kosong dan tenang Zahra berkata-kata. Zahra berlalu pergi tanpa sempat Cikgu Khairil setuju dengan permintaanya.
Bulat mata kau, kau ingat aku takut ke dengan kau. Kepala botak tengah. Patut pun aku gelar kau Pak Cik Yu Nam Haircare pulau ditengah-tengah dengan misai lentik ala-ala muka jebon, sikit pun aku tak takut lah. Werlkkk jebon betul cikgu ni dah la kutuk aku depan-depan bikin berasap aja hati aku.
Kalau aku tahu siapa pedajal aku pagi tadi memang nahas la budak tu. Tapi masalahnya siapa orangnya? Apa salah aku sampai dia dengki dengan sangat aku? Jadi baik pun ada orang tak puas hati. Haih. Sabar sabar. Dimana ada kemahuan disitu ada makanan. Argh buat lapar ajalah fikir semua ni. Makan lagi bagus. Haih~~~~~~ Laparnya~
“Macam mana ni? Siapa yang kenakan kau? Kenapa dia buat macam tu dekat kau? Apa dengki sangat dia tu? Masalahnya macam mana ni? Nanti kau kena buang macam mana? Aku risau lah.” Bebel Hura. Muka dah macam ayam berak kapur dah, betul-betul risau si minah ni. Seram pula tengok muka dia macam ni.
“Buruk la muka kau macam tu, macam kambing tercekik rumput. Mana lah aku tahu. Esok, esok punya cerita lah.” Betul lah orang kata muka kita mampu untuk bertenang tapi hati kita tidak. Rasa nak menangis jerit-jerit pun ada weyhh. HUHUHUHU ~~~ Sedihnya ~~~~~~ Kenapalah ada orang nak buat khianat dekat aku apa la salah aku dekat dia.
Perhimpunan pagi ni, bosan sungguh. Jam tangan dikerling. Pukul 10 pagi nanti adalah penentu segala-galanya. Macam mana ya aku nak buktikan aku tak salah. Ya Allah, sesungguhnya aku yakin kau tahu segala-segalanya aku mohon bantu lah hambamu yang kerdil ini.
“Pelajar semua tahu apa itu keburukkan rokok kepada tubuh badan kita bukan? Bagus lah kalau tahu, para pelajar juga tahu apa nasib kamu semua jikalau membawa barang terlarang ke dalam kawasan sekolah. Saya cuma nak ingatkan jangan sesekali berani-berani nak bawa benda-benda tak sepatutnya ke dalam kawasan sekolah jikalau kamu tak nak kena buang sekolah. Faham semua?! Oh lagi satu, kamu semua pernah dengar atau nampak tak iklan, “ADAB DEKAT MANA? Jadi jaga kelakuan kamu dengan para cikgu ya. Jangan nak kurang ajar sangat. Ratna Az-Zahra Farhaina setakat pandai aja tapi tak beradab, you’re nothing okay!” Bebel Cikgu Khairil. Muka bengis senyum sinis dilukiskan dibibir bagi menandakan perlian di sengajakan. Saja cari pasal.
“Dia saja ja nak perli kau ni babe, saja nak tengok kau berhantu. Relax-relax eh.” Bisik Ainnur. Mulutnya di herotkan kearah Cikgu Khairil. Menyampah betul tu mukanya. “Tak guna punya jebon kau tunggu eh kau tunggu. Dasar Jebon Botak Tengah!” Sampuk Hura jari-jemarinya sambil mengepal penumbuk. Rabiatul hanya mampu melihat Zahra dengan pandangan yang redup. Kesian. Aku nak tolong pun tak tahu nak tolong apa, hanya mampu kesiankan aja si minah ni. Apa punya member la aku ni.
“Ainnur, jom pi jamban. Sakit perut lah. Ni kes pagi tadi makan nasi lemak pedas berapi tadi tu la kot!” Ainnur kehairanan. “Aik, aku makan gak Zahra oi tadak pun meragam perut aku. Perut kau tu yang selalu sangat buat masalah.” Dah tahu tak boleh melantak pedas-pedas lagi pergi lantak kan dah tak pasal-pasal sakit perut. “Sorry miss, may I go to the toilet please. Ainnur jom” “Eh kau lama ke Zahra? Aku pun rasa nak memerut juga lah. Pedih pula perut aku.” “Lama kot. Okay ja, kau jangan tinggal aku pula.”
Sunyi sepi seketika di dalam tandas sebentar. Tak lama kemudian…….
“Esok bermula lah kisah hidup aku yang bahagia tanpa bayangan hitam Zahra. Dia mesti tak tahu siapa yang letak kotak rokok tu dalam beg dia. Biar padan muka dia. Aku dah lama benci sangat dengan dia. Tu lah ada hati konon nak rampas Fateh yang handsome tu dari aku. Hello, aku ni diva sekolah tau. Dia tu perempuan kampung aja. Mana la layak nak tandingi aku. Huh tak sedar diri.” Qaira dengan sombong memandang cermin sambil mengeluarkan bedak dari poket baju. Bongkak betul.
“Cayalah babe, tak sangka otak kau yang lembab tu boleh pakai juga kan kadang-kadang. Biar dia kena buang sekolah. Pagi tadi dekat perhimpunan kau dengar tak Cikgu Khairil perli dia kaw-kaw. Auch. Suka hati aku dengar dia kena perli terukssss sangat. Bagus Syazwani cadangan kau dengan boek lah kalini.”
“Well, ni Syazwani lah. Kata support member. Takkan favourite crush member kita kena sailang kita diam aja. No no no. Kalau tak kerana idea aku masukkan sekotak rokok Dunhill tu dalam beg budak hingusan tu. Entah-entah makin ligat dia cuba pikat Fateh.” Mencibik-cibik bibirnya. Bangga diri betul lepas buat dosa.
Keluar dari bilik air aja, Zahra berjalan menunduk kebawah menyembunyikan wajahnya. Perlahan-lahan dia menutup pintu lalu menguncinya. Ohh no, Zahra senyum sinis lagi. Menakutkan betul. Perang akan bermula. Oh tidak! Nasib korang la girls, member hanya mampu tengok ja, tak mampu nak halang kang dengan aku-aku sekali pula kojol kang. Bisik hati kecil Si Ainnur.
“HA HA HA !!!” Zahra ketawa sambil memandang ke arah mereka. Habislah~~~~
********
Zahra dan ketiga-ketiga minah bajet lawo tu berdiri tegak di dalam bilik disiplin. Jam ditangan dikerling sebentar. 10.00 pagi. Kini tiba lah masanya, bagi penentu segala-galanya.
“Rasanya saya nak jumpa Zahra aja, yang kamu bertiga ni kenapa pula datang sini? Apahal dengan muka kamu bertiga ni? Sememehh (muka sedih) aja. Kenapa? Zahra! Dah sedia dengan apa hukuman kamu?" Tanya Cikgu Khairil dengan nada yang sombong sambil memegang rotan buluh panjang ditangannya.
Dengan muka yang selamba Zahra menolak Qaira selangkah ke depan daripada mereka bertiga. Terkulat-kulat Qaira peluh dingin mulai terbit menitik-nitik di dahi dan membasahi mukanya padahal bilik tersebut dilengkapi dengan penghawa dingin. Oleh kerana takut, Qaira menarik tangan Syazwani untuk ke depan bersama-samanya. Syazwani enggan ke depan malah menarik tangan Alisyah pula. Mereka bertiga saling tarik-menarik di antara satu sama lain. Menyebabkan Cikgu Khairil bersama tiga lagi guru disiplin naik berang.
“Saya tak ada masa nak layan kamu bertiga, kalau tak ada apa-apa sila keluar!” Tengking Cikgu Khairil. Panas hatinya melihat adegan tak berbayar tersebut. “Kau nak aku cakap ke atau kau sendiri yang nak mengaku? Atau kau nak aku bantai kau lagi sekali? Bisikku ke telinga Qaira.
“Errr, cikgu sebenarnya saya ….. sa … saya .. errr arrr ish!”
“Saya apa?!!!”
“Opocot, saya dan kawan-kawan saya yang letakkan rokok tu dalam beg dia.” Laju Qaira menjawab akibat terkejut tengkingan Cikgu Khairil.
“Apa???!! Tapi kenapa? Kamu bertiga ni, selalu buat masalah! Menyusahkan betul.” Rugut Cikgu Khairil tangan meraup mukanya sendiri nada kesal di lepaskan. Dengusan kasar kedengaran kuat. Kesal dengan sikap pelajarnya.
“Jadi manusia jangan suka buat kerja tuhan. Menghukum tanpa mengenal pasti situasi. Saya tak perlukan maaf cikgu, cikgu boleh simpan ja.” Tenang tapi pedas kata-kata yang dilemparkan oleh Zahra.
HAHAHAHAHAHAH!!! Padan muka kau jebon botak tengah. Tu lah cari pasal dengan aku lagikan haa kan dah mendapat. Puas hati aku.
Keesokkan harinya, disebabkan kes tersebut, selama seminggu Cikgu Khairil menjadi tajuk bualan yang terhangat terhangit dan terhangus dipasaran. Menghukum tanpa usul periksa. Auch! Harap-harap cikgu tu tak berhentilah. Pasal budak-budak bertiga tu aku tak tahu lah apa jadi dekat diorang malas aku nak masuk campur.
Share this novel