BAB 10

Romance Completed 4376

Sabtu itu benar-benar pahit untuk Oman telan.Apa yang di rasakan selama ini,benar-benar terjadi dan dia sedang menghadapinya.Petang itu selepas asar,Oman dah berada di hadapan pejabat Zira.Dia sendiri tak tahu kenapa dia bersikap sampai begitu sekali.Dengan hati yang kuat,Oman menanti Zira keluar dari pejabat.Tepat jam 7 Zira keluar.Oman terus ke kereta Persona milik Zira yang sejak dari tadi dia menunggu tuannya. "oman?dari pukul berapa kau tunggu aku ni..?"zira agak terkejut melihat Oman berada di situ. "dalam 4 lebih tadi..3 kali aku ada kat sini.."memang benar katanya,3 kali dia berulang alik ke Shah Alam semata-mata menunggu gadis itu.Ternyata perbuatan Oman itu silap. Oman menerima sms terakhir dari Zira pada malam itu.. "aku xde ape nk ckp lg.aku da solat n da mandi.xyah risau ok.terima kasih banyak2..nite..". Hati oman bagai tercabut entah ke mana.Dia hilang arah.Oman terpaksa akur untuk kali yang ke dua.Semua kegembiraan bersama Zira selama ini hilang tiba-tiba.Hingga kini mereka masih tidak berhubung.Namun oman tidak pernah lupa untuk memesan pada zira akan keselamatannya.Dia tetap risaukan kawannya ini.

"bodohnya aku...kenapa aku buat semua ni..?aku hanya menyakitkan hati kawan aku sendiri..sekali pun zira membenci aku oleh kerana kebodohan dan kesilapan aku sendiri..Kau bodoh oman!kau bodoh!sanggup kau sakitkan hati kawan kau sendiri..! apa yang kau dapat bila kau buat macam tu?memang patut kalau zira nak benci atau marah kau...memang salah kau..semua ni kebodohan kau man!kebodohan kau!!...." oman marah akan dirinya sendiri.Kali ini air matanya dikeluarkan sehabis-habisnya..

Apa lagi yang boleh Oman lakukan.Dia hanya berpegang kata-katanya sendiri walaupun dia terpaksa hadapi.. Oman tidak mahu kehilangan kawan yang dirasakan cukup baik baginya.Puas dia mohon maaf pada zira,namun tak pernah dibalas lagi sms-sms dari Oman,apatah lagi panggilannya. "marah betul kau kat aku zira...maafkan aku zira...maafkan aku..." oman berbisik dalam hati.Air matanya terus mengalir....

‘’Perasaanku ini hadir tanpa ku minta, walaupun kau tidak merasakan apa yang ku rasa namun kehadiranmu sebagai sahabat memenuhi hidupku dan itu lebih beerti buatku. Biarlah ku pendam rasa ini, membiarkan ia terkubur atau terubat sendirinya. Aku lebih rela dari kehilangan seorang sahabat.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience